Monday, April 11, 2011

11.04.11



Mi Rebus Tulang

Thursday, March 24, 2011

11.03.11



12.12.12


KEJADIAN tsunami dahsyat di Jepun telah membuat manusia beranggapan apakah peristiwa sebegini membawa petanda dunia kini semakin sampai ke penghujungnya.

TSUNAMI yang berasal dari perkataan Jepun bermaksud "ombak gergasi" sudah cukup untuk menggerunkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Tiada sesiapa yang boleh mempertikaikan kemampuannya untuk memusnahkan apa saja yang berada di hadapannya.

Melihat kepada telahan umum ramai yang beranggapan tahun 2012 adalah tahun di mana satu bencana besar akan berlaku malah ada yang begitu yakin kiamat akan melanda manusia pada tahun tersebut.


Kiamat 2012

Filem Kiamat 2012 berkenaan kalendar kaum Maya yang berusia 5,125 akan tamat pada 21 Disember 2012. Kalendar Maya kuno dikatakan amat tepat terutama membabitkan perubahan pada planet.

Tamadun ini yang pernah wujud kira-kira 200 tahun sebelum masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu. Tamadun ini mempunyai 22 kalendar yang merangkumi kitaran masa cakerawala dan sistem solar.

Pada tarikh 21 Disember 2012 Bumi dikatakan akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet Bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.


Planet Nibiru

Adalah dijangkakan pada 23 Disember 2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada Bumi apabila ia menceroboh sistem solar Bumi.

Apabila ini berlaku kesan paling buruk adalah ia akan memutarkan kedudukan kutub-kutub sekarang kepada terbalik (polar shifting). Bagi mereka yang percaya ia dikaitkan dengan peristiwa banjir besar zaman Nabi Nuh alaihissalam dahulu.

Bagaimanapun planet ini dikatakan tidak akan menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat mampu memudaratkan hidupan-hidupan yang menghampirinya. Selain itu Planet Nibiru dipercayai berkuasa magnetik dan boleh menganggu kestabilan geografi bumi.


Kod Rahsia

Selain itu teori akan berlaku kiamat pada 2012 diperkuatkan lagi dengan penemuan kod rahsia dalam Kitab Injil Perjanjian Lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan penyelidik. Menurut mereka, bumi akan dihentam asteroid sehingga menyebabkan kemusnahan besar-besaran.

Di Asia, hal yang sama telah ditunjukkan oleh berbagai buku yang ditulis oleh para astrologi China dari Dinasti Chang sejak tahun 1766, akan berlaku bencana besar pada 3778 M (yang bertepatan dengan tahun 2012).

Seorang ahli astronomi Jepun, Haido Itakawa pula berkata pada tahun 1980 bahwa planet-planet matahari akan tersusun di dalam satu garis di belakang matahari, dan ini kemudiannya akan mengakibatkan kejadian kemusnahan di angkasa raya sekaligus menghentikan kehidupan di atas muka bumi juga pada tahun 2012.


Islam

Namun begitu soal kiamat merupakan hal ghaib yang harus dipercayai oleh setiap Muslim namun tarikh sebenar hanya diketahui oleh Allah SWT seperti firmannya dalam surah al A'raf: 187, maksudnya :

"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba".


Petikan artikel 'Dunia Penghujung Zaman?' Oleh Hfizahril Hamid di M2, Mingguan Malaysia 20.03.2011

Sunday, February 20, 2011

09.10.11



Sunday, February 13, 2011

Belacan & Paku



Sunday, January 30, 2011

B'day ETi & YAN




Wednesday, January 26, 2011

Eti 2011




Friday, January 21, 2011

YAN 2011




Thursday, January 06, 2011

Bil PerCUMA




Tuesday, January 04, 2011

9 Jenis SiHiR


1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri): Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

2. Al-Mahabbah: Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta ataupun berlaku curang.

3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal): Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.

4. Al-Junun (menjadi pelupa dan tersasul): Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

5. Al-Khumul: Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6. Al-Hawatif: Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

7. Al-Marad (sakit): Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

8. Nazif: Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

9. Ta’til tawaj: Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.

# Buaya-Merah

Tuesday, December 28, 2010

Bertunang 3



Bertunang 2



Bertunang 1



Saturday, December 25, 2010

SKRiP Menyunting




MAJLIS PERTUNANGAN
MUHAMMAD AL-HAKIM & NADIAH

25 DEC 2010 (SABTU)

BAHAGIAN PERTAMA

1. Bismillah . . .
2. Doa berbicara lancar :


. . . atau doa-doa lain yang sesuai.
3. Syukur kepada Allah s.w.t & selawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w . . .
4. Saya mewakili abang saya Encik Abd Kadir Saleh sekeluarga untuk menyampaikan salam kepada Encik . . . . . sekeluarga, semoga dilindungi Allah dunia dan akhirat.
5. Saya membawa amanah untuk disampaikan, kata orang > > >

Cantik memanjat pohon ara,
Nampaknya cantik berseri laman;
Besar hajat tidak terkira,
Hendak menyunting bunga di taman.

6. Ya! menyunting bunga untuk anak saudara saya yang bernama Muhd AlHakim Bin Abd KAdir
7. Rombongan peminangan ini berhasrat untuk mendapatkan persetujuan daripada pihak perempuan :
8. Pertama sama ada peminangan meminang anak gadis yang bernama Nadiah ini diterima dengan rela hati tanpa paksaan.
9. Kedua persetujuan wang hantaran semasa majlis pernikahan sejumlah SDG $8,000 tunai, bersih.
10. Ketiga saya menyerahkan sebentuk cincin tanda ikatan pertunangan.
11. Keempat menyerahkan beberapa dulang hantaran iringan sebagai hadiah sampingan.
12. Saya berhenti seketika untuk memberikan peluang pihak perempuan untuk menjelaskan empat perkara yang saya telah saya utarakan tadi. Persilakan . . .

Ucapan balas wakil pihak perempuan > > >


BAHAGIAN KEDUA

1 Membalas dengan serangkap pantun :

Orang membelat di tepi pantai,
Banyak dapat ikan tembakul;
Yang kita hajat sudah tercapai,
Yang kita doakan sudah terkabul.


2 Alhamdullilah syukur apa yang dihajatkan telah dipersetujui oleh pihak perempuan.
3 Pertunangan ini akan berlangsung selama antara setahun hingga dua tahun. Namun kita doakan agar dapat dipercepatkan. Insya-Allah tahun depan!
4 Sesunggunya jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Sekiranya putus pertunangan atau jodohnya tidak kesampaian, semoga tali persaudaraan tetap kita kekalkan. Untuk itu tiada dakwa-dakwi. Segala apa yang diberi dan diterima, diberi dan diterima dengan ikhlas.
5 Namun begitu marilah kita berdoa agar niat murni kita diberkati oleh Allah s.w.t. Semoga jodohnya kekal selamanya.

Ucapan balas wakil pihak perempuan > > >
Bacaan doa selamat ringkas > > > sama ada pihak lelaki atau pihak perempuan


BAHAGIAN KETIGA

Bila hendak pulang selepas menjamu selera :

1 Syukur alhamdullilah >

Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati

2 Saya mengambil kesempatan memohon maaf jika tersalah bahasa dan tingkah laku rombongan kami serta mengucapkan terima kasih ke atas tuan rumah sekeluarga yang sudi menerima kedatangan kami dan menjamu kami semua dengan hidangan yang menyelerakan.
3 Saya mewakili rombongan peminangan ini meminta diri untuk berangkat pulang dan menyampaikan salam dari pihak perempuan dan hasil persetujuan kita kepada abang saya, bahawa permingannya telah diterima.
4 Saya akhiri dengan wabillahi taufik walhidayah . . . .

Angkat barang hantaran &
Selawat ramai-ramai > > > Salallah ala-Muhammmad . . .

# Tip-Tip > > >
1. Aturcaranya mungkin berubah ikut suasana > Bijak untuk ubahsuai ayat dan isi
2. Untuk pantun tulis di nota kecil > senang dirujuk / atau skip jika tidak sesuai - ikut keadaan
3. Untuk doa juga tulis di nota kecil > senang rujuk jika terlupa (hafal lebih baik)
4. Untuk elakkan gementar cakap jangan tengok orang > tengok barang hantaran
5. Selamat Berjaya !
6. Terima Kasih !!


Monday, December 06, 2010

Maal-Hijrah 2010



Tuesday, November 30, 2010

HEPi B'DAY NURATIQA



Monday, November 29, 2010

HEPi B'DAY NURHAZIQ


video

Saturday, November 27, 2010

Rumah Baru 16



Bilik air merupakan ruang sulit di dalam sebuah rumah seperti anggota sulit tubuh badan yang sering menjadi intaian si cicak ketika kita berada di dalamnya.

Tumbuhan yang sesuai > pokok duit "money plant". Mudah dijaga. Petik dan rendam dalam bekas. Air diganti setiap dua atau tiga hari, Tanpa gunakan tanah.

Peranan tumbuhan di dalam bilik mandi, pertama sebagai hiasan yang enak mata memandang kehijauannya. Tumbuhan hijau merupakan terapi yang dapat mententeramkan fikiran.

Peranan kedua merupakan sumber oksijen yang membersihkan karbon dioksaid yang bersumber daripada bahan-bahan yang dikeluarkan daripada tubuh badan kita yang baunya seakan #@)&*%%$#?

> Bersambung

Friday, November 26, 2010

Rumah Baru 15



Inilah berus yang digunakan untuk menggosok tubuh badan ketika mandi. Lebih enak rasanya bila digosok ketika tubuh badan tidak dibasahi air.

Cara gosoknya dari atas ke bawah beberapa kali, sama ada di tangan, perut, belakang badan dan kedua belah kaki. Lakukan ketika bangun pada waktu pagi ataupun ketika mahu tidur, ataupun sebarang masa yang anda teringin. Rasanya sungguh menyegarkan. Gosok! Jangan tak gosok !! Anda mesti mencubanya !!

# Dapatkan di kedai parmasi SGD $9.00. Di Johor lagi murah!
# Terima kasih > SweetDarling

> Bersambung

Thursday, November 25, 2010

CSI > JiN 4


Jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua :

> masuk ke dalam tubuh wanita berkenaan menyebabkan si mangsa benci kepada seseorang
> menukarkan wajah seseorang apaila si mangsa melihatnya

Cara melindunginya dan menangkis serta menepis semua perbuatan ghaib daripada menimpa diri kita. Lindungi diri kita dengan :

> Jangan tinggalkan solat lima waktu
> Banyakkan zikir yang diwariskan oleh nabi Muhammad saw umpamanya zikir al-Mathurat

> Menyebut nama Allah dalam setiap perbuatan (salah satu daripada 99 nama Allah)
> Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke tempat gelap

> Jangan menyakiti binatang seperti anjing ataupun kucing
> Jangan tidur bersendiri, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur

> Jangan buang air kecil di lubang ataupun takungan air
> Jangan membunuh ular yang masuk ke rumah sewenang-wenangnya
> Jangan mendedahkan aurat tanpa seurat benang > ditakuti timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita berkenanan.

Wallah wallam!

> Bersambung


Wednesday, November 24, 2010

CSI > JiN 3


video

# TENUNG PADA MATANYA !!!

>BERSAMBUNG

Tuesday, November 23, 2010

CSI > JiN 2


Upacara permandian dilakukan untuk mengeluarkan makhluk ghaib yang telah menyerap tubuh badan seseorang mangsa.

Jika mangsanya adalah kaum Adam, akan dibantu oleh kaum Adam, begitu juga jika mangsanya kaum Hawa, ia akan dibantu oleh kaum yang sejenisnya.

Empat orang pembantu diperlukan untuk melakukan tugas semasa permandian mangsa. Seorang pembantu diperlukan untuk menyapu kuntuman bunga ke seluruh tubuh si mangsa dari kepala hingga ke kaki. Seorang diperlukan untuk menyiram dari kepala sebanyak 183 jirusan. Seorang lagi diperlukan untuk mengira jirusan. Seorang lagi pembantu diperlukan untuk memapah si mangsa jika sekiranya si mangsa dalam keadaan lemah ataupun pengsan semasa dimandikan.

Sebelm memulakan tugasan para pembantu dikehendaki membaca surahtul-lahab (tabad yada aabilahabi watab) dan surahtul-nasr (izajaa anasrullaha walfath) bagi menguatkan semangat dan sebagai pendinding. Para pembantu tidak boleh berkata-kata dan teruskan tugas sekiranya terdengar, ternampak, terhidu atau terasa sesuatu ketika melakukan tugas.

Proses permandian ini berlangsung selama lebih kurang setengah jam.

> Bersambung

Monday, November 22, 2010

CSI > JiN 1



> Bersambung

Friday, November 19, 2010

Rumah Baru 14


Woodlands Yang KuKenali @Aidil-Adha



Thursday, November 18, 2010

Rumah Baru 13


Woodlands Yang KuKenali @Aidil-Adha



Wednesday, November 17, 2010

Rumah Baru 12


Woodlands Yang KuKenali @Aidil-Adha



Tuesday, November 16, 2010

Rumah Baru 11


Woodlands Yang KuKenali @Pasar Tani



Monday, November 15, 2010

Rumah Baru 10


Woodlands Yang KuKenali @Assyafaah



Sunday, November 14, 2010

Rumah Baru 9


Woodlands Yang KuKenali


Masjid Penempatan Melayu Sembawang


Saturday, November 13, 2010

13 NOV 2010


Woodlands Yang KuKenali @BottleTree



Friday, November 12, 2010

Rumah Baru 7

Woodlands Yang KuKenali

Tak kenal maka tak cinta. Woodlands juga setanding Bedok, Tampines, Geylang ataupun Pasir Ris.

Selain beriadah di Waterfront, mandi-manda di pantai Sembawang, membeli belah di Civic Center, Woodlands juga menyediakan sistem bas dan MRT yang dihubungkan dengan semua destinasi di Singapura, di samping menawarkan pusat pengajian hadis di Masjid Assyafaah.

Sebuah Restauran Makanan Laut Halal terdapat di sebelah Masjid Penempatan Melayu Sembawang. Anda menjamu selera sambil melihat pemandangan Selat Teberau yang menyediakan hidangan secara buffet ataupun set.

Harga yang dikenakan untuk buffet ialah $19.90 setiap orang dewasa. Sementara Restoran Sakura (bawah tanah) yang terletak di Admiralty Park (Bersebelahan Republik Poli) pula mengenakan bayaran $25.00+.

Ikut kami menjamu selera esok di Sembawang Seafood pukul 7.30 malam - Hari istimewa untuk salah seorang ahli keluarga kami.

> Bersambung

Thursday, November 11, 2010

TerBONGkar - EPiLOG


Semuanya sudah berakhir. Tiada jalan keluar. Singapura negara bebas yang mengamalkan kebebasan beragama. Tidak seperti di Malaysia yang berpaksikan perundangan Islam. Tindakan undang-undang akan dilaksanakan ke atas sesiapa yang murtad.

Kita tinggal dalam dunia tanpa sempadan. Dunia global yang terdedah dengan pelbagai gejala-gejala putih & hitam. Sama ada kita terpengaruh atau dipengaruhi ataupun mempengaruhi.

Episod TerBONGkar 1 hingga 11 ini belum berakhir kerana para pelakunya masih belum menghembuskan nafas terakhir. Pergolakan masih berlaku. Walaupun di permukaan air mengalir tenang, tetapi arusnya di bawah tidak dapat kita jangkanya.

Jika anda bertemu dengan watak-watak yang digambarkan secara kebetulan ataupun disengajakan, apakah yang anda akan lakukan? Sambutlah salam mereka dan ukirkan sebuah senyuman!

Mulai minggu depan kami akan membongkar satu lagi episod kehidupan. Realiti bukan fantasi. Episod kali ini diberi nama Cinta Terlarang. Hebat bukan! Skandal? Anda fikirlah sendiri!


Wednesday, November 10, 2010

TerBONGkar 11



> Bersambung

Tuesday, November 09, 2010

TerBONGkar 10


Aku cuba mencari pasangan seperti mana yang kau sarankan sama ada di kalangan ahli keluarga, teman-teman dan jiran tetangga kita.

Tetapi masalahnya mereka berprasangka buruk terhadap penampilanku. Penampilanku sebagai seorang ahli muzik. Mereka meragui keupayaan aku dapat memberikan sara hidup dan kebahagian kepada anak gadis mereka.

Kenalanku bukan seketurunan denganku. Kami berbeza latar belakang bahasa, bangsa dan agama yang memperjuangan seni mnuzik untuk menyara hidup kami. Adalah lumrah untuk kita jatuh cinta di dalam lingkaran hidup yang sama! Guru kahwin dengan guru, polis dengan polis, begitu juga kami.

Aku ditemukan dengan Laura yang menerimaku seadanya. Laura tidak memaksaku untuk memahami kepercayaannya, masakan aku akan bertindak sebaliknya. Kami disahkan bersama secara civil tanpa halangan kepercayaan masing-masing. Terpulang kepada diri masing-masing untuk mengamalkan selepas berumah tangga atau sebaliknya ataupun menganut fahaman yang sama di antara kami.

Kepada adik bungsuku, kami ucapkan tahniah kerana menimang cahaya matanya yang pertama dan kepada adikku yang kedua yang berusia awal empat puluhan janganlan terus kecewa dan membujang. Bagi diriku kami masih tetap berdua belum bertiga. Kepada ayah dan ibu, maafkan aku jika aku derhaka kepadamu berdua!

> Bersambung

Monday, November 08, 2010

TerBONGkar 9



Akhirnya kau telah membuat keputusan. Keputusan yang melukakan hatiku dan hati ibumu. Hati seorang ayah dan hati seorang ibu.

Gambarmu mnenyambut hari jadimu menjadi tatapan kami sekeluarga untuk melepaskan rindu, sejak kau menjauhkan dirimu daripada kami. Walaupun kau tidak berhijrah keluar negera dan masih berada di sini, namun usahaku dan adik-adikmu untuk bertemumu bagaikan mencari sehelai rambut hitam di kegelapan malam yang pekat!

Ada yang mencadangkan agar aku menggunakan khidmat penyiasat privet (PI) untuk mengesan keberadaanmu. Namun kami sekeluarga tidak akan membazirkan ribuan dolar kerananya, jika akhirnya jasadmu kami temui sedangan jiwamu tidak bersamamu.

Walaupun usaha teman-teman MPku juga gagal, namun aku berterima kasih di atas keprihatinan mereka membantu. Para asatizah, teman-teman dan ahli keluarga yang lain, kami ucapkan terima kasih. Kami sekeluarga telah berusaha semampu mungkin. Tetapi kerana kelemahan kami, usaha itu tidak membuahkan hasil.

Kini kami serahkan kepada Allah s.w.t. Allah maha mengetahui. Allah maha berkuasa. Qadak & Qadar adalah ketentuan Allah. Kami pasrah ke atas ujian yang diberikan kepada kami sekeluarga!

Kepada Steven, inilah harapan dan doa kami :
Aku ayahmu, ibumu dan kedua adikmu bersedia menerimamu kembali, sekiranya hatimu berubah untuk kembali ke pangkuan keluarga. Buang yang keroh ambil yang jernih.

> Bersambung

Sunday, November 07, 2010

Rumah Baru 6


Woodlands Yang KuKenali @WaterFront


> Bersambung

Saturday, November 06, 2010

Rumah Baru 5


Cicak atau cecak ini adalah binatang reptil yang biasa merayap di pohon atau di dinding rumah/bangunan.

Kalau di rumah, cicak ini merayap di langit-langit (siling rumah), di kornis ataupun bersembunyi di belakang bingkai gambar!

Cicak-cicak ini mampu melekat di tempat menegak kerana di kakinya terdapat bulu-bulu halus menahan daya graviti sehingga cicak tidak jatuh ke bawah.

Cicak-cicak ini membuang kotorannya merata tempat. Terutama di kawasan lampu gantung. Tahi-tahinya bertaburan di bawah ataupun di belakang bingkai gambar!

Sedangkan semua tahi/najis haiwan dan manusia cuma satu warna, si cicak-cicak ini mempunyai dua warna. Hitam dan ditop-up dengan warna putih, macam eskrim!

Pernahkah anda bertanya kenapa tahi cicak berwarna hitam dan putih! Sila beri komen!

Haiwan reptil ini hanya mempunyai satu saluran untuk buang najis dan air kencing, berbeza dengan manusia yang mempunyai dua saluran. Saluran itu mempunyai 3 fungsi (3 in 1) Untuk membuang najis, air kencing dan hubungan intim!

Ohya ada satu lagi kebiasaan cicak, suka ngintip di bilik mandi. Gemar melihat orang mandi... Hehehe...!

> Bersambung

Friday, November 05, 2010

Rumah Baru 4


Woodlands Yang KuKenali

A Jarak Perjalanan

01 Ke sekolah YCK cuma 15 minit (Tampines 25 minit)
02 AlHakim tidak perlu keluar 5.30 pagi untuk ke tempat kerja
03 AtiQa terpaksa bertolak seawal 6.00 am (Tampines 7.00 am)
04 Ibu Iton ke Poli Bedok & Darul Aman > sejam perjalanan
05 Tapi Jarak pergi dan pulang ke Johor cuma 5 minit

B Unit Rumah *05-313

01 Lokasinya bersebelahan pusat beli-belah Woodlands North Plaza
02 Hampir sama bentuknya cuma lebih kecil dan tiada ekstra bilik
03 Bilik airnya sama besar - boleh letak bathtub, tapi air mahal!
04 Pandangan dari ruang tamu tidak terlindung - berangin
05 Diberi 3 tempat letak kereta

C Jiran Tetangga

01 Cuma terdapat sebuah jiran (kurang mesra & beranjing)
02 Bilangan jiran Melayu lebih kurang 13 unit
03 Ahli keluarga HMS : Keluarga BakDon & Arin Oja
04 Pasar Marsiling (macam Geylang) cuma 5 minit
05 Tempat makan : Al-Amin, Plaza 888, Botak, Mr Teh Tarik

> Bersambung

Thursday, November 04, 2010

TerBONGkar 8



Wednesday, November 03, 2010

TerBONGkar 7


Sebenarnya aku tidak kisah Steven kembali ke pangkuanmu. Aku tidak pernah memaksanya untuk bersamaku. Dia sudah dewasa untuk membuat keputusan.

Tetapi yang membuatkan aku sedih ialah peranan orang ketiga. Bukan calang-calang orang yang kau bayar untuk merampas milikku. Hebuh satu kampung! Sehingga teman-temanku memperli aku supaya belajar pakai tudung! Mereka ramalkan aku akan gigit jari!

Begitu juga ahli keluargaku, mereka menempelakku dengan kata-kata sindiran yang menikam kalbu. Aku akan jadi janda! Sebelum sempat menunaikan janji untuk mereka menimang cucu!

Kerana peranan orang ketiga itu hubungan kami mula terjejas. Kepercayaan antara kami mula diragui. Aku tidak salahkan Steven, kerana dia diasak kiri kanan agar memberikan jawapan secepat mungkin!

Malam itu sepulangnya dari sesi 'memujuk' Steven bertindak keluar apabila aku mempersoalkan kejujurannya. Segala usahaku untuk menghubunginya, sia-sia. Steven mendiamkan diri! Penat jariku memetik SMS, tidak dijawab!

Aku tidak perlu menangisi kehilangan Steven. Steven sudah membuat keputusan. Keputusan untuk meninggalkan aku dan kembali ke pangkuan keluarganya.

Akhirnya igauan-igauan yang sering menggangguku setiap malam dari hari pertama kami diberikan sijil sebagai suami isteri menjadi kenyataan! Pahit untukku menelannya!

> Bersambung

Tuesday, November 02, 2010

TerBONGkar 6


Aku benar-benar @%#*^? Aku benar-benar tidak faham. Kenapa mesti membabitkan orang luar. Jika kau gagal melaksanakan tugas, terimalah kegagalan itu dengan hati terbuka.

Keadaan yang tengah gawat ini bertambah rumit bila kau membabitkan orang luar yang tiada kena mengena dengan keluarga kita untuk menyelesaikannya. Aku juga mempunyai harga diri. Isteri dan teman-temanku meragui kejujuranku!

Bukan satu tetapi tiga pemimpin masyarakat setempat memburuku. Untuk seketika aku menjadi orang buruan seperti Mas Selamat. Sedangkan kehadiranku tidak mengancam keselamatan negara.

Hidupku terseksa. Dan aku macam bola. Kena tendang dari satu penjuru ke satu penjuru untuk mendengar ceramah & khutbah mereka. Memboringkan!

Mereka berjanji akan melakukan apa saja dan sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi asal sahaja aku bersetuju dengan kehendak mereka. Adakah wang SDG $7K akan memberikan aku kebahagian? Kebahagian yang abadi?

Dan sebelum aku melahirkan tanda persetujuan, berita itu telah disampaikan kepadamu. Dan kau tersenyum lebar kerana usahamu membuahkan hasil.

Untuk pengetahuanmu, aku tidak akan menjual kebahagianku dengan nilai $7K ataupun $7,000.000.00 !

> Bersambung

Monday, November 01, 2010

TerBONGkar 5


Aku hilang maruah diri. Aku terpaksa jajakan masalah keluargaku kepada orang luar. Aku terpaksa tebalkan muka demi kasihku padamu. Perlukah aku berdiam diri? Perlukah aku berkasar denganmu? Perlukah aku mengambil tindakan undang-undang?

Aku merujuk bantuan kepada teman-temanku yang berprofil tinggi dalam pemerintah - pemimpin masyarakat. Mereka sangkakan aku bergurau. Mereka terkejut. Tidak percaya perkara ini boleh berlaku ke atasku. Aku ingatkan mereka kisah anak Nabi Noh yang tidak mahu menaikki perahu ayahnya!

Alhamdullilah mereka bertiga berganding bahu berusaha menyedarkan kamu tentang kekeliruan yang menyelubungi minda kamu bahawa langkah yang kau ambil itu bukanlah langkah yang bijak. Menyongsang arus!

Dalam masa terdekat mereka telah melaporkan detik perkembanganmu kepadaku. Salah seorang temanku sanggup menampung kos yang berjumlah SDG $7K untuk membantumu dari segi perundangan. Kamu memahami maksud dan tujuan mereka.

Berita yang kunanti-nantikan akhirnya sampai ke telingaku. Aku benar-benar gembira dan bersyukur. Air mata yang telah lama kering, tiba-tiba mengalir tanpa diundang apabila mendengar persetujuanmu untuk menukar nama di kad pengenalan Steven ke nama asalmu yang berbinkan namaku.

> Bersambung

Sunday, October 31, 2010

Rumah Baru 3


Semalam kami menerima tetamu ketiga, Khuzaimah (16 bulan) sekeluarga bersama atuk dan neneknya dari Blk 501 Woodlands.

Alhamdullilah rumah kediaman kami Blk 841 Woodlands #05-313 telah mula berfungsi seperti biasa. Oleh itu kami membuka pintu untuk sesiapa sahaja yang sudi berkunjung ke rumah kami.

Walaupun begitu, kunjungan hendaklah dilakukan pada hari-hari biasa disebabkan pada hujung minggu (Sabtu dan Minggu) kami bermalam di 32 Nusa Idaman, Johor. Hubungi kami di talian 6363 2041 untuk kepastian.

Anda tidak perlu risau untuk memenuhi undangan kami. Kami memahami kesulitan tetamu untuk berkunjung disebabkan kedudukan rumah kami di utara Singapura.

Untuk pengetahuan ahli keluarga HMS, majis minum teh yang kami rancangkan sebulan selepas berpindah tidak dapat kami adakan, untuk mengelakkan kegiatan timbal balas.

Namun begitu insya-Allah majlis minum teh itu kami satukan dengan majlis menyarung cincin pada 25 Disember 2010.

Akhir sekali, Kami sekeluarga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali dan Hari Raya Aidil-Adha 2010 serta berbahagia di samping keluarga.

Saturday, October 30, 2010

Rumah Baru 2



> Bersambung

Friday, October 29, 2010

Rumah Baru 1

Salam Untuk Semua

Terima kasih kerana berkunjung ke lelaman kami. Siri TerBONGkar hanya bersiaran dari hari Isnin hingga ke hari khamis, empat hari seminggu.

Siapakah Aku yang pertama? Aku yang kedua? Aku yang ketiga? Secara kasar itulah konflik keluarga yang lumrah terjadi dalam masyarakat. Apa yang menariknya ia membabitkan mereka yang berprofil tinggi dalam masyarakat. Nantikan sambungannya pada minggu depan.

Rumah Baru 1

Alhamdullilah! Syukur kepada Allah s.w.t. Akhirnya kami selamat berpindah dari Tampines St 33 ke Woodlands St 82 pada hari Jumaat : 1 Oktober 2010.

Kami menjangkakan akan berpindah pada 1 Januari 2011. Tetapi tanpa dijangkakan proses itu dipercepatkan sehingga kami kelam-kabut dibuatnya. Menguruskan kerja renovasi dan perpindahan. Gara-gara agent rumah yang ingin cepat dapatkan komisennya!

Namun begitu ada hikmahnya yang tersembunyi. Proses itu berlaku sebelum peraturan HDB yang menghadkan hanya satu pemilikan hartanah pada 1 September 2010.

Jika proses itu berlaku selepas tarikh 1 September 2010, alamatlah ditelan mati emak, diluah mati bapak.

> Bersambung

Thursday, October 28, 2010

TerBONGkar 4



> Bersambung

Wednesday, October 27, 2010

TerBONGkar 3


Aku mencintai anakmu. Anakmu juga mencintai aku. Tanpa batas bangsa, bahasa dan agama. Cinta sejati seperti Romeo dan Juliet atau Laila Majnun. Cinta itukan anugerah tuhan.

Salahkah aku mencintai anakmu dan anakmu mencintaiku. Menjadi isteri yang sah pada anakmu. Yang bakal melahirkan zuriatmu. Mengapa aku dipandang hina. Mengapa kehadiranku dalam keluargamu bagaikan duri dalam daging!

Kau menuduhku menggunakan pelbagai tipu daya untuk memikat anakmu. Tergamak kau mengatakan aku menggunakan bomoh, dukun dan ilmu hitam untuk memiliki anakmu.

Sedangkan kau cakap tidak serupa bikin. Kata orang mengata dulang paku serpih, mengata orang kau yang lebih. Pada satu pagi aku temui sesuatu yang ganjil! Sesuatu yang ganjil bertaburan di depan rumahku!

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Dua puluh tahun telah berlalu. Marilah kita hidup harmoni dalam masyarakat Singapura yang berbilang bangsa. Yang mengamalkan kebebasan kepercayaan beragama.

Janganlah kerana namaku Laura menjadi punca segala keretakan dan permusuhan yang tiada penghujung!

> Bersambung



Tuesday, October 26, 2010

TerBONGkar 2


Aku tidak perlu menangis meratapi jalan kehidupan yang kulalui. Persetan dengan mereka. Aku berhak menentukan hala tuju destinasi hidupku.

Kau telah membesarkanku. Menyekolahkanku. Mendidikku. Tidak perlu aku ucapkan terima kasih! Kerana itu tanggangjawabmu. Namun begitu aku ucapkan terima kasih.

Sedangkan pantai lagikan berubah, inikan pula hati manusia. Kau mengongkongku, selamaku berteduh di bumbung rumahmu. Hidupku tiada kebebasan. Bila aku mengecapi dan menikmati kebebasan, kau menuduh aku telah tersesat jalan. Jalan lain ke syurga!

Steven. Nama yang tercatat di kad pengenalanku. Mengapa mesti dipertikaikan! Obama atau Osama ataupun Mas Selamat! Apa ada pada nama? Ia hanya pengenalan diri.

Aku bukan berkelulusan menara gading. Namun bakatku dalam bidang seni menjadi sumber rezekiku. Menyara diriku dan isteriku yang kaulemparkan pelbagai tohmahan.

Memang aku merahsiakan keberadaanku daripada pengetahuanmu. Aku tidak mahu diganggu. Hentikan usahamu yang tidak jemu-jemu menjejakku. Jika kau inginkan kedamaian dalam hidup, aku juga mahukan kedamaian dalam hidupku.

Detik-detik masa bersamamu yang lalu telah menjadi lipatan sejarah. Tidak mungkin ia akan berulang kembali jika kau tidak mahu menerima realiti kehidupan yang kulalui!

> Bersambung


Monday, October 25, 2010

TerBONGkar 1


Air mata mengalir membasahi pipi dua dekad yang lalu. Kini tidak lagi mengalir. Kekeringan. Kemarau panjang. Pandanganku kabur. Bukan jerebu kebakaran hutan tetapi jerebu kehidupan!

Siapakah aku? Seorang pendidik bangsa. Bukan seorang yang kudidik, malahan ratusan atau ribuan insan yang kudidik ketika berkecimpung dalam dunia pendidikan selama lebih 40 tahun! Teman hidupku juga kalangan asatizah yang berkelayakan. Menunjukkan insan jalan siratul mustaqim > jalan ke syurga!

Aku dikurniakan tiga cahaya mata yang sujud kepadaMU tanpa disuruh, lima kali sehari. Walau sepenat mana pulang dari kerja atau ketika syaitan-syaitan bergayutan di kelopak mata pada waktu subuh, mereka tetap sujud dengan keikhlasan hati! Syukur alhamdullilah!

Panorama kehidupan familiku itu adalah 20 tahun yang lalu. Kini jerebu kehidupan melanda hidupku. Aku kehilangan. Bukan harta! Bukan jasad di badan! Bukan cinta sejati!

Kini aku mengerti apa itu senyum dalam tangisan! Adakah ini dugaan, ujian atau cabaran yang Kau galaskan ke pundakku? Maha suci Allah yang maha mengetahui. Aku insan kerdil menerimanya seikhlas mungkin.

> Bersambung


Wednesday, September 08, 2010

SelaMat HaRi RaYa