Saturday, April 26, 2008

GuRLGuRL


SELAMAT ULANG TAHUN KE 3

Monday, April 14, 2008

Pulau RinDu 4



Ke Pulau Redang telah Kami Selami

Pertama kali dapat kami himpunkan ahli keluarga HMS seramai 25 orang bersnorkel, bersnorkel dan bersnorkel tanpa henti, pagi, tengahari dan petang. Pantai, laut dan suria adalah elemen penting kehidupan di Pulau RinDu 4.

Pertama kali kami selami dasar laut untuk berGambar. Pertama kali kami berSkuba untuk meneroka dasar laut. Pertama kali kami memBuru Jerung di dasar laut. Pertama kali kami ramai-ramai muntah ketika menCandat Sotong! Pulau RinDu yang memahat seribu kenangan!

Saturday, April 12, 2008

Bapaku Ayahku Atukku



09 APRIL 1918 - 2008

Sepanjang 90 tahun Hj Muhd Salleh Bin Hj Sirat melayari kehidupan di bumi Allah, dengan rasa kesyukuran dikurniakan umur panjang. Ulang tahun datang, ulang tahun pergi. HMS masih tegak berdiri. Alhamdullilah!

Merasai pahit getir semasa pemerintahan Jepun. Melaksanakan amanah sebagai suami dan bapa. Menyumbang tenaga dalam era pembangunan negara. Kini menikmati keselesaan hidup mengisi masa dengan beribadat kepada Allah.

Beliau tidak mengharapkan penghargaan bintang kehormatan untuk disemat di dadanya. Cukup baginya doa anak dan cucu kebahagian di dunia dan di akhirat. Amin!

Thursday, April 10, 2008

Pulau RinDu 3



Ke Pulau Langkawi Telah Kami Jelajahi

Dengan 3 van kami mengelilingi pulau sumpahan Mahsuri. Ke puncak gunung dengan kereta kabel. Meredah laut mengejar helang di Pulau Singa. Bermandi manda di Telaga Tujuh dan di Pantai Cenang.

Di Tasik Dayang Bunting dikejar kera-kera liar. Di Padang Mat Sirat bukan beras yang terbakar, malahan saku-saku yang terbakar. Meneguk air kelapa dingin di Pantai Pasir Hitam dan tidak lupa menziarahi Makam Mahsuri. Pulau RinDu yang memahat seribu kenangan!

Tuesday, April 08, 2008

Pulau RinDu 2



Pulau Mutiara Telah Kami Susuri :

Kami susuri pantai yang ombaknya memutih di sepanjang pantai. Kami tidak sangka pantai yang kami jejaki itu tidak lama kemudian dilanda bencana TSUNAMI yang mengganas pada tahun 2004.

Di pantai Pulau Mutiara Batu Feringgi ahli keluarga HMS bermain ombak, jetski dan terbang ke angkasa dengan aktiviti parasiling. Syukur alhamdullilah kami semua di bawah lindungan Allah. Pulau RinDu yang memahat seribu kenangan!

Sunday, April 06, 2008

Pulau RinDu 1



Pulau-Pulau Di Malaysia Begitu Mengamit Rindu. Rindu Kepada Keindahan Alamnya. Bersantai Di Pantai. Menikmati Bayu Laut Yang Sungguh Menyegarkan. Kebiruan dan Kejernihan Air Lautnya Begitu Memukau. Hidupan Laut Menghiasi Panorama Dasar Laut. Subhanallah!

Ke Pulau Redang telah Kami Selami
Ke Pulau Mutiara Telah Kami Susuri
Ke Pulau Kapas Telah Kami Muntahi
Ke Pulau Tioman Telah Kami Renangi
Ke Pulau Pangkor Telah Kami Harungi
Ke Pulau Langkawi Telah Kami Jelajahi

Insya Allah
Ke Pulau Perhentian Akan Kami Kunjungi