Wednesday, December 14, 2005

DISNEYland HK

Hari Pertama : 13 Dis 2005

Kami bertolak dari Singapura pada 6.50 pagi. Terima kasih kepada JJ dan Iskandar yang menghantar kami pada pukul 4.00 pagi. Ini cerita bajet airline - JetStar. Tempat duduk selesa dan penerbangan alhamdullilah berjalan lancar dan tiba di HK pada pukul 10.30 pagi. Oleh kerana bajet airline - surat khabar pun bajet - TODAY (free). Sesiapa yang hendak menggunakan TV dikenakan sewa $12.00. Sementara nasi goreng $8.00 dan air minuman o.k - untuk ini kami beri 4 star.

Tiba-tiba dalam penerbangan Kapten keluar dan mengumumkan lucky draw. Semua bording tiket penumpang dimasakukan dalam pelastik dan kapten memilih satu tiket untuk dapat tiket penerbangan percuma JetStar mana-mana penerbangan. Nasib tak menyebelahi kami. Penumpang lain menang. Untuk lucky draw yang tak pernah dibuat orang ini kami beri 5 star.



Sesampai kami di HK kami menuju ka Hotel yang berdekatan dengan Avenue Of Star terletak di daerah Kowloon yang di kelilingi oleh Little India - seperti di Singapura. Jadi masalah makan terhurai - cuma menunya samalah seperti di Little India - untuk hotel kami beri 4 star. Sebelah petang kami menyusuri Avenue of Star yang menjadi tarikan utama pengunjung melihat bekas tangan bintang-bintang filem HK seperti Bruce Lee, Jet Lee, Meegi Mee dan lain-lain - untuk ini kami beri 4 star. Pemandangan HK dari Koowlon pada waktu malam seperti Kota Singa dengan pencakar langitnya dan lampu yang bergemelapan.

Jumpa anda esok hari. Hari melawat Disneyland. Selamat Malam

Hari Kedua :14 Dis 2005



Hari ini kami melawat Disneyland yang menjadi tarikan terbaru di HK. Perjalanan dari hotel ke Disneyland hanya memakan masa 40 minit melalui pelabuhan dan jembatan terpanjang di HK seperti jembatan Pulau Pinang. Bayaran masuknya lebih kurang $60.00 untuk semua permainan dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam. Untuk acara hari ini Kak Etty menjadi pengacaranya.



Kawasan Disneyland ini adalah tanah tambak yang dibangunkan di Pulau Lantau. Seperti orang jakun - semua pengunjung berebut-rebut bergambar dengan watak-watak kartun yang menjadi idola generasi masa ini. Si Tikus, si itik, si anjing serta watak-watak manusia seperti -puteri-puteri dalam dunia fantasi mat saleh. Kita lupa pada watak Bawang Putih bawang merah atau Puteri Gunung Ledang.

Jenis-jenis permainan yang terdapat di Disneyland sebanyak 22 jenis permainan yang kami rasakan agak terhad, 4 jam sudah habis - oleh kerana ia sesuai untuk golongan sekolah rendah kami beri 3 star. Kami bergitu terhibur dengan persembahan Lion King yang sungguh mempersonakan dengan sistem bunyi dan lakunan yang WOW! untuk ini kami beri 5 star.



Pada pukul 3.30 diadakan perarakan watak-watak kartun sepanjang jalan Main Street USA. Perarakan yang meriah dan menghiburkan sehingga sesak di kiri kanan jalan. Di Disneyland dibahagikan kepada empat kawasan; iaitu Main Street USA, Adventureland, Fantasyland dan Tomorrowland. Sementara menanti acara bunga api - Haziq menjadi tarikan krew TV untuk merakamkannya untuk siaran TV pada bulan Feb 2006. Ramai para pengunjung yang bergambarnya - untuk 'pelakon kecil' ini kami beri 5 star.




Persembahan utama pada pukul 7 malam ialah pertunjukan bunga api yang berlatar belakangkan Istana Disneyland. Pertunjukan bunga api yang disertakan dengan tayangan filem animasi Disney dan alunan musik yang 'power' benar-benar menepati jenama Disney - untuk ini kami beri 5 star.

Cerita lucu :

# Sepanjang dua hari ini - kami makan di pelbagai restoran India (Halal) di Nathan Road dan di Mody Road. Harganya sudah tentu dua kali ganda daripada di Little India Spura. Apa nak buat. . . nasib badan! untuk ini kami beri 3 star. Allamdulilah syukur pada nikmat Allah. Makanan Islam agak terhad di HK jika dibandingkan dengan di Beijing.

# Di Disneyland kami tidak dibenarkan membawa makanan dari luar. Di pintu masuk semua beg diperiksa seperti di Koswe. Makanan halal tiada di Disneyland. Jadi bagaimana kami hendak makan? Jadi kami masukkan makanan di beg sandang dan kami beritahu 'baby food' - kami terlepas dari pemeriksaan - nasib baik ada Haziq - Allamdullilah kalau tidak kebulurannya kami seharian.

Hari Ketiga : 15 Dis 2005

Hari ini selepas sarapan kami memasuki pulau HK dari Kowloon melalui terowong bawah laut, iaitu kira-kira 100 kaki di dalam laut. Dari HK kami melihat pemandangan Kowloon yang berbeza dengan HK. Tahu apa makna Kowloon? (dapatkan jawapan di bawah).

Lawatan kami di HK ialah melawat rumah 10 orang terkaya di HK seperti Li Ka Shing, Stanley Ho, Run Run Show dan lain-lain jutawan terkaya di HK. Rumah-rumah mereka terletak di puncak gunung di HK yang menghadap laut (Fang Shui) Kami juga bergambar di depan panthouse Haziq Chan (Jackei Chan) di puncak gunung dari Repulse Bay. Selain itu kami melawat tempat lain yang kami rasa tak perlu diceritakan - untuk lawatan ini kami beri 2 star aje!

Di kedai Jewellery Ayah dan Kak Etty menang kuiz dan diberikan batu permata. Wow! Pada sebelah petang kami menaiki MRT dari HK ke ShenZhen (seperti JB) untuk bermalam di sana. Selepas makan malam kami shopping giler. Harga tak masuk akal. Ayah beli SD 1 GB cuma S$35 sedangkan di Spura lebih kurang $100. Tapi masalahnya duit dah susut. . . barang murah giler - untuk ini kami beri 5 star.

Cerita lucu :
Di Repulse Bay ada Batu Cinta. Pegang satu tangan dapat satu lover. Dua tangan dua lover. Dua-dua tangan dapat banyak lover.

# Jawapan Kowloon : 9 gunung = 9 dragon = Kowloon

Hari Keempat : 16 Dis 2005

Hari ini kami berada di Kota ShenZhen yang pesat berkembang macam HK. Kami melawat beberapa tempat menarik antaranya Kampung China yang memaparkan bangunan-bangunan yang terdapat di seluruh negeri China seperti Taman Mini Malaysia di Melaka. Lawatan kami diakhiri dengan pertunjukan budaya China yang pelbagai bangsa dan agama selama sejam. Untuk lawatan sehari ini kami tidak berkesempatan bershopping di Tong Men seperti Petaling Street di KL yang menawarkan harga yang tak masuk akal oleh itu kami beri 2 star.

Pada pukul 8.30 malam kami kembali semula ke HK dengan menaiki MRT daripada ShenZhen dan menempah makanan malam melalui telefon. Yang bagusnya kedai mama di HK ini tidak kenakan bayaran service. Jadi kami makan malam di bilik hotel dengan nasi, ayam tandori dan kari daging serta buah lai. Untuk perkhidmatan ini kami beri 4 star.

Cerita lucu :

Oleh kerana hendak ke Tong Men kami skip lawatan ke Window Of World - macam Taman Mini Malaysia tetapi bangunan antara bangsa. Jadi kami ada masa 3 jam untuk bershopping. Rancangan untuk ke Tong Men. Kami merancang menaiki MRT tetapi masa kami habis kerana itik bercakap dengan ayam. Kami dapat naik MRT tapi bila sampai tak cukup masa. Kami berpatah balik untuk kejar bas kami yang akan ke tempat lawatan bersama rombongan yang lain. Kami seperti amazing race yang diketuai oleh Kapten Haziq. Untuk amazing race ini kami beri 3 star.

Hari Kelima : 17 Dis 2005

Hari ini kami baring-baring atas katil kerana kepenatan berjalan dan berlari selama 4 hari di HK dan di ShenZhen. Waktu petang kami akan ke Mong Kok untuk bershopping kali terakhir sebelum berangkat ke Singapura pada pukul 8 malam. Mong Kok benar-benar memenuhi cita rasa pelanggan - murah dan pelbagai jenis - jaraknya dua kali lebih panjang daripada Petaling Street di KL dan pelbagai jenis barangan. Yang penting harganya 'bisa diatur'. Untuk ini kami beri 4 star.

Ekstra 1 :

Lawatan kami serentak dengan persidangan WTO di HK jadi kawasan CBD ditutup sepanjang persidangan hingga 18 Dis kerana setiap hari ada tunjuk perasaan - untuk ini kami beri 2 star.

Ekstra 2 :

HK pada waktu siang sibuk dengan kegiatan bisnes (penduduknya 7 juta) dan pada waktu malamnya dipenuhi dengan kegiatan kelab malam, KTV, rumah urut dan XXX dan bila dihampiri 'gadis-gadis cute' kebanyakannya mengenali Singapura 'nice and clean' bila mereka tahu ayah dari Singapura (agaknya pernah 'bertugas' di Singapura) - ayah setiap malam jadi kutu embun. Untuk ini kami beri 3 star.

Cerita lucu :

Tour guide kami bernama sky. Bila pulang kami buat bodoh tak nak bayar tips. Akhirnya dia cari jurubahasa. Selepas 'kecoh-kecoh' akhirnya dapat diskaun. Nama sky tapi sepatah haram tak tahu English. Untuk ini kami beri 1 star.

Akhir Kalam :

Jika anda ingin ke Disneyland HK kami cadangkan anda ke Disneyland Tokyo atau di USA. Untuk barang tiruan ini - Disneyland HK - kami galakkan anda 10 tahun akan datang di mana projek keseluruhannya mungkin siap seperti barang original di USA.

# Memori di Beijing = 5 star
# Disneyland HK = 2 star

* Ranking kami : 1 hingga 5 Star.