Tuesday, July 31, 2007

SeHari SelemBar BeNang


Monday, July 30, 2007

1 MisteRi XIII

Setiap cerita MisteRi akan dihiasi dengan ilustrasi pada awal cerita bagi memberikan gambaran atau idea mengenai cerita MisteRi. Ilustrasi ini bertujuan untuk menarik perhatian pembaca terutama golongan remaja, menimbulkan perasaan ingin tahu dalam diri mereka supaya membaca cerita MisteRi tersebut seperti ilustrasi 1 MisteRi XII

Setiap cerita MisteRi itu akan diakhiri dengan dicatitkan nama penyumbang dengan menggunakan nama blog masing-masing. Ia bertujuan untuk menghargai sumbangan di samping mempromosi blog penyumbang cerita MisteRi.

Diharapkan para blogger HMS setidak-tidaknya menyumbang sebuah cerita MisteRi. Kadang kala kita menganggap cerita (pengalaman) itu tiada apa yang menarik. Tetapi sebenarnya pada orang lain ia adalah sesuatu yang baru, dan menarik untuk dikongsi. Mengapa tidak emelkan ke TamanBahasa?

Atau jika ada saudara-mara atau kenalan atau rakan sekerja anda yang ingin menyumbang cerita MisteRi mereka, kecil tapak tangan nyiru TamanBahasa tadahkan. Hubungi emel TamanBahasa.

TamanBahasa telah mempromosikan projek 1 MisteRi sepanjang bulan Julai. Alhamdullilah. Terima kasih di atas sambutan peminat setia TamanBahasa.

Segala maklumat terkini akan dipostkan pada setiap malam Jumaat setiap minggu untuk pengetahuan para penyumbang. Teruskan menaip kemudian emelkan ke TamanBahasa.

Sama-sama kita jadikan impian menjadi realiti 1 MisteRi.

Sunday, July 29, 2007

1 MisteRi XII

Thursday, July 26, 2007

1 MisteRi XI

Satu peristiwa yang aku alami baru-baru ini ialah ketika aku menemani isteriku yang dimasukkan ke wad bersalin di sebuah hospital swasta. Pada ketika itu isteriku ditempatkan di sebuah wad berkatil dua, tetapi hanya kami berdua yang berada di dalam bilik tersebut.

Ketika itu bukan main gembira lagi kami berdua kerana bebas melakukan apa sahaja dalam bilik yang sebegitu luas itu. Tidak ada apa-apa kejadian berlaku sehinggalah pada hari kedua aku di sana.

Ketika itu aku dan isteriku terpaksa berada di bilik makmal untuk menjalani beberapa ujian. Pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar menyebabkan aku dan isteriku tertahan di sana sehingga waktu isyak.

Setelah pemeriksaan selesai, aku dan isteriku pulang ke wad dan aku gembira melihatkan sebuah bungkusan hadiah berada di atas katil isteriku serta terhidu keharuman bau bunga. Setelah aku amati ternyata hadiah itu datangnya daripada salah seorang ahli keluargaku.

Aku pada mulanya tertanya-tanya kenapa beliau tidak menunggu kami tetapi kemudiannya menganggap bahawa beliau mungkin kesuntukan masa. Lagipun kami lama berada di makmal, jadi tentulah beliau ada hal lain yang perlu diuruskan.

Aku cuba menghubunginya. Tetapi tiada jawapan lalu aku pun menghantar SMS mengucapkan terima kasih atas kesudiannya melawat isteriku di hospital di samping meminta maaf kerana aku tidak dapat bertemunya ketika lawatannya.

SMS yang aku terima benar-benar membingungkanku.
“Oi Mail buat lawak ke? Tahniah!”

Apabila aku berjaya menelefonnya beliau menafikannya. Aku pula yang merasa pening dengan penafiannya yang bersungguh-sungguh.

Pada mulanya aku menganggap beliau bergurau sementara beliau pula menyangka aku cuba mempermain-mainkannya dan akhirnya perkara itu tergantung begitu sahaja.

Sehingga kini yang menjadi kemusykilan kepada aku, siapakah yang masuk ke wad isteriku dan membawa hadiah barangan keperluan bayi semasa aku dan isteriku berada di makmal hospital? dan wad itu berbau keharuman bunga !

Seram bulu romaku setiap kali mengingati perkara tersebut. Aku tidak pernah menceritakan perasaanku kepada isteriku dan aku tidak tahu apakah itu hanya mainan minda dan perasaanku semata-mata.

Mungkinkan aku terlalu keletihan kerana tidak cukup tidur menemani dan melayani isteriku ketika dia di wad bersalin atau mungkin . . . . Ahh ! ! !

Wednesday, July 25, 2007

AniQmania GalaXy

Tuesday, July 24, 2007

1 MisteRi X

TamanBahasa ingin berkongsi maklumat dari segi muka surat dan jumlah perkataan yang diperlukan untuk melahirkan sebuah cerpen.

Perkiraan ini berdasarkan sebuah buku cerpen Melayu terbitan Singapura di pasaran yang mempunyai 107 muka surat dijual dengan harga $12.00. Di dalamnya terkandung 12 buah cerpen. Panjang cerpennya lebih kurang antara 1000 patah perkataan sehingga 2600 patah perkataan. Buku cerpen ini telah diulang cetak 3 kali.

Sekiranya anda menulis menggunakan Microsoft Word serta font Arial bersaiz 12 anda perlu menulis antara 3 hingga 7 muka surat. Ini berdasarkan kepada perkiraan : 36 baris X 10 perkataan = 360 patah perkataan.

3 muka surat : 1080 patah perkataan
4 muka surat : 1456 patah perkataan
5 muka surat : 1800 patah perkataan
6 muka surat : 2160 patah perkataan
7 muka surat : 2520 patah perkataan

Kita memerlukan 30 buah cerita MisteRi pelbagai kejadian MisteRi sebelum diperhalusi untuk diterbitkan.

Bila sudah mencapai bilangan cerita MisteRi yang akan diterbitkan TamanBahasa dan anda akan duduk berbincang untuk memperhalusi baik dari segi tema, plot (jalan cerita), perwatakan serta bahasa yang digunakan.

Untuk sementara ini taip dan terus menaip sebuah cerita MisteRi setiap minggu. Kemudian emelkan ke TamanBahasa.

Monday, July 23, 2007

AniQmania GalaXy



HaziQo : Yee yeeh . . Kami adalah pasangan gusti yee yeeh! Tag team dari AyanGzo PunGGoleRo. Saya HaziQo dan teman saya BatRiSyo akan patah-patahkan tulang ayam anda. Yee yeeh! Senjata saya ialah perut saya. Awas! anda akan terpelanting bila kena perut saya. Yee yeeh!

BatRiSyo : Mamamama . . . Senjata saya ialah mulut saya. Saya akan masukkan apa saja ke mulut saya. Mamamama . . .Saya akan gigit! Saya akan kunyah! Saya akan jilat! Saya akan mamamama . . .

HaziQo : Yee yeeh! Kami juara GuStiMania 0707. Adik kami AniQo telah kalahkan tag team daripada MyKiDz dan JomLepak pada 21 07 07 di TMC. Yee yeeh! Adik kami lebih dahulu minum susu gantung! Yee yeeh!

BatRiSyo : Mamamama . . . Kepada tag team SyugaWijr (IraRo, SuffiO & HaatiMo) dan Ylo Inda House (JuliaNo, ImanDo & NaDiro) terima kasih kerana menyokong kami di gelanggang TMC! Mamamama . . .

# Hadiah Juara : Bekalan Pampes Selama 999 Hari

Saturday, July 21, 2007

KetuPat HarMoni


Menganyam ketupat.

Anda pernah menganyam ketupat? Berapa lamakah anda belajar menganyam ketupat. Lima minit? 10 minit? atau 60 minit? atau sampai sekarang masih terkial-kial. Tahun demi tahun berlalu sehingga ada yang mengangkat bendera putih!

Hari Jumaat (20 Julai) yang lalu kita meraikan Hari Keharmonian Kaum di semua sekolah di Singapura bagi mengeratkan hubungan kaum di kalangan masyarakat di negara kita, terutama di kalangan generasi muda. Kata orang melentur buluh daripada rebungnya!

Setiap tahun Cg mengajar kemahiran menganyam ketupat kepada para pelajar dan para pendidik yang berminat untuk mempelajarinya. Hampir 90 peratus daun janur itu terburai sementara bakinya kebanyakannya lupa untuk membuat ketupat yang kedua atau ketiga!

Tetapi Cg begitu kagum dengan seorang pelajar yang bernama KelVin. Dia pelajar menengah 1 Ekspres yang mengambil Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

Cg seakan tidak percaya. Cg hanya membimbingnya sekali sahaja tetapi hasilnya sungguh mengkagumkan. Kata orang otaknya cair. Dia begitu tekun dan sabar serta cara memegang daun ketupat itu macam penganyam veteran!

Dalam masa dua jam KelVin dapat menganyam ketupat satay, bawang, pasar, jantung dan manggis. Bukan itu sahaja, dia turut membantu Cg mengajar para pelajar lain yang berminat untuk mempelajarinya termasuk dua guru Melayu yang inginkan tunjuk ajar menganyam ketupat manggis!

# Untuk kegiatan menganyam ketupat ini Cg memerlukan lebih kurang 150 helai janur yang Cg beli pagi-pagi buta (6.45 pagi) di Pasar Geylang sebelum ke sekolah. Secekak berharga $2.00. Terdapat lebih kurang 50 helai janur bagi setiap cekak.

# Penyertaan sungguh membanggakan daripada para guru dan pelajar yang bukan Melayu yang berminat untuk mempelajari kemahiran menganyam ketupat. Kebanyakannya berpuas hati apabila berjaya menganyam ketupat satay!

Friday, July 20, 2007

1 MisteRi IX

Wednesday, July 18, 2007

1 MisteRi VIII

Alhamdullilah. Sejauh ini usaha TamanBahasa mula membuahkan hasil. TamanBahasa telah mula menerima pelbagai cerita MisteRi yang dikirim oleh anda yang ingin merialisasikan impian kita bersama. Membukukannya menjadi 1 MisteRi!

TamanBahasa memahami segala kesulitan yang dialami oleh para penyumbang. Selain masalah isi cerita, masalah utama ialah tiada masa untuk menaip. Hampir setiap hari kita dibebankan dengan pelbagai tugas yang tiada tanda noktah.

Setelah menerima bahan-bahan yang anda kirimkan, kini TamanBahasa mula mengorak langkah kedua. Untuk pengetahuan anda semua, insya Allah TamanBahasa akan mengadakan rundingan dengan pihak penerbit buku pada 07 Ogos 07. Diharapkan rundingan itu akan merealisasikan impian kita menjadi realiti.

Untuk mencapai impian, kita memerlukan pengorbanan. Pengorbanan masa untuk menulis dan menyemak sesuatu hasil karya penulisan.

Kepada penyumbang, TamanBahasa mengucapkan jutaan terima kasih dengan pantun dua kerat : Terima Kasih Daun Keladi. Jika Ada Kirimkan Lagi.

Sementara yang masih ‘terkial-kial’ terimalah pantun dua kerat pembakar semangat daripada TamanBahasa untuk anda : Sehari Sepotong Ayat. Esok Jadi Sebuah Hikayat.

Monday, July 16, 2007

SeWa 15 TaHun

Monday, July 09, 2007

1 MisteRi VII

Setelah menimbangkan beberapa saranan, TamanBahasa kini meluaskan skop penulisan bukan setakat berfokus kepada MisteRi, tetapi juga kepada tema-tema yang menarik perhatian pembaca.

01. KembaRa

Pengalaman anda melancong ke pelbagai pelusuk dunia yang ingin anda berkongsi dengan pembaca. Sama ada kenangan yang terindah atau sebaliknya. Informasi ini berguna untuk para pelancong sebelum menjejakkan kaki mereka ke destinasi yang dituju. Jauh berjalan luas pandangan. Emelkan ke TamanBahasa.

02. DiaRi CiNta +16

Tema PerCiNtaan. Tetapi khusus semasa anda bersekolah menengah. Sejak di bangku sekolah gelombang tsunami perCiNtaan telah mula melanda para remaja yang masih menuntut. Ceritakan pengalaman anda berCiNta semasa bersekolah menengah. Sama ada gagal ataupun berjaya hingga ke jinjang pelamin. Sila emelkan CiNta Monyet ataupun CiNta Sejati anda ke TamanBahasa.

03. SkanDal +18

SkanDal berlaku di mana-mana. Penuh Rahsia! Kejutan! Ketegangan! Menjadikan ia isu hangat dan gosip sepanjang jalan kehidupan. Bila ia terbongkar, SkanDal menjanjikan serangan jantung tanpa dirancang! Emelkan SkanDal politik, rumahtangga, pertandingan, dana kebajikan atau apa saja SkanDal ke TamanBahasa.

TamanBahasa bersikap terbuka. Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkah. Marilah kita sama-sama merealisasikannya menjadi kenyataan. Emelkan segala karya anda ke TamanBahasa.

Sunday, July 08, 2007

BeRita HaRian 07 07 07

Saturday, July 07, 2007

BeRita HaRian 07 07 07


ARtikal BerSnoRkel Di ReDang DisiaRkan di BeRita HaRian HaRi Ini 07 07 07 Muka SuRat 24 Dalam Halaman EkstRa. Cg HantaR ARtikal Ini Pada HaRi Isnin Setelah Copy & Paste Dari Post LamBaian ReDang 7 BeRsama 10 Keping GambaR TeRmasuk 2 GambaR Famili GRoup.

Semoga Semua TeRhibuR. ReDang SepeRti Sebuah Studio Dalam Laut! Subhanallah! Kenangan TeRindah!

Friday, July 06, 2007

1 MisteRi VI

Thursday, July 05, 2007

1 MisteRi V

Dewasa ini kita mengalami kegersangan buku-buku Melayu oleh penulis tempatan (Singapura). Bahan bacaan kebanyakannya 99% terbitan dari Malaysia yang mempunyai cita rasa dan impian yang berbeza dengan kita.

TamanBahasa berharap dapat memperkayakan khazanah buku-buku Melayu terbitan tempatan. Para pelajar kita begitu sukar mendapatkan buku tempatan untuk mengisi minda dan masa lapang mereka.

Usaha kita ini jika dipandang dari satu sudut individu ia adalah satu sumbangan yang kecil. Tetapi jika lidi-lidi penyapu itu diikat dan disatukan ia akan berupaya menyapu segala kekotoran di dunia.

Semak kembali fail dan blog anda. Jika ada cerita MisteRi, anda cuma copy dan paste di emel TamanBahasa. Begitu mudah. Jangan fikirkan tentang bahasa atau jalan ceritanya. Anda cuma copy dan paste serta emelkan ke TamanBahasa.

Sama ada bahasanya anda menggunakan bahasa Melayu, Inggeris atau bercampur aduk, itu tidak menjadi masalah, emelkan ke TamanBahasa. Yang penting, asli. Bukan cetak rompak. Nanti di dakwa di mahkamah!

Wednesday, July 04, 2007

1 MisteRi IV

Tuesday, July 03, 2007

1 MisteRi III

Bagaimana dengan bayarannya?
Keuntungannya siapa yang nikmati?

Ada dua bentuk pembayaran yang TamanBahasa tawarkan. Yang pertama seperti yang diamalkan oleh pihak majalah dan akhbar bahawa segala sumbangan yang terpilih dibayar mengikut kualiti cerita dan pembayarannya hanya sekali.

TamanBahasa akan membayar sama ada $50, $100 atau $200 apabila karya itu terpilih untuk dicetak. Tapi hasil karya tersbut menjadi milik penerbit - TamanBahasa.

Yang kedua ialah bentuk perkongsian. Anda & TamanBahasa sama-sama mengeluarkan kos penerbitan sekitar $10,000. Sama ada dua atau tiga perkongsian. Jika ramai kos perkongsian menjadi rendah. $2,000 jika terdapat 5 orang yang ingin berkongsi.

Risikonya juga tinggi. Bermaksud, anda & TamanBahasa berkongsi keuntungan jika buku itu laris di pasaran dan anda & TamanBahasa sama-sama menanggung kerugiannya jika buku-buku itu tidak terjual.

Pelaburan menghasilkan sebuah buku memerlukan jangka masa antara 2 hingga 5 tahun untuk dikecap hasilnya. Pemilihan dan penulisan memerlukan jangka masa setahun. Diikuti tahun kedua dengan percetakan dan promosi serta penjualan.

Keuntungan dan kerugian akan dapat dijangka pada tahun ketiga sama ada buku-buku itu laris di pasaran dan perlu diulang cetak ataupun buku-buku itu masih berlonggok tidak terjual.

TamanBahasa merangka percetakan seribu buah buku yang dijual dengan harga $9.90 setiap satu. Jika terjual semua bermakna baru setakat mendapat pulangan modal $9,900 (-$100). Pihak penerbit (anda & TamanBahasa) hanya akan menikmati keuntungan apabila dicetak lebih daripada 1000 buah buku.

Russell Lee menikmati keuntungan apabila karya-karyanya diulang cetak sehingga 800,000 buah buku.

Pasaran buku Bahasa Melayu tertumpu di perpustakaan nasional, sekolah dan individu. Di Singapura terdapat 20 perpustakaan nasional, 292 buah sekolah : rendah (172) dan menengah (98) dan JC (22). Sekiranya mereka membeli 2 buah buku bermakna 624 buah buku terjual. Insya Allah melalui promosi di pesta buku bakinya akan terjual.

Anda & TamanBahasa akan merealisasikan impian menjadi kenyataan. 1 MisteRi.

Monday, July 02, 2007

1 MisteRi II


Kenapa TamanBahasa memerlukan bantuan anda semua? Setiap orang mempunyai kemampuan yang terbatas. Kita mungkin mempunyai dua atau tiga pengalaman MisteRi yang pernah kita alami. Ini tidak cukup untuk menghasilkan sebuah buku bacaan.

Sebuah buku bacaan selalunya memuatkan lebih kurang 20 cerpen pilihan untuk dipasarkan bergantung kepada panjang pendeknya cerita tersebut. Berbeza dengan MisteRi, penulisan cerpen hanya memerlukan daya imaginasi seorang penulis sedangkan penulisan MisteRi adalah pengalaman sebenar peribadi seseorang.

Dengan mengumpulkan beberapa pengalaman MisteRi lebih dari seorang, barulah buku itu dapat dihasilkan. Drama televisyen bersiri Hidayah memerlukan 16 penulis skrip untuk menghasilkan drama bersiri itu setiap minggu.

Begitu juga Russell Lee penulis hantu yang telah menghasilkan 15 buah buku cerita hantu yang disumbangkan oleh orang ramai kepadanya. Setakat ini hampir 800,000 buah bukunya terjual di pasaran menjadikannya “Asia's top writer of ghost stories”

TamanBahasa akan bertindak sebagai moderator atau fasalitator untuk memilih, mengedit dan menyusun segala cerita yang dikirim oleh anda semua sebelum diterbitkan.

PASIR MAS : MisteRi penanaman enam ‘jenazah’

Enam batang pisang ditusuk paku dan dikafankan dengan kain putih yang ditemui polis selepas menggali semula pusara di Perkuburan Islam Kampung Banggol dekat sini semalam . . . BHM 1 Julai 2007

TamanBahasa percaya anda juga pernah mengalami, menyaksikan atau mendengar pelbagai MisteRi sepanjang hidup anda yang lebih hebat daripada berita di atas. Sila emelkan cerita anda ke TamanBahasa.

Dan jika anda memiliki gambar-gambar MisteRi dalam simpanan anda sila emelkan ke TamanBahasa berserta penerangan mengenainya. Hidup ini 1 MisteRi. Biar MisteRi itu kita realisasikan bersama.

Sunday, July 01, 2007

1 JulAi 1 MisteRi

Assalamualaikum wr wb
Kepada Peminat Setia TamanBahasa

TamanBahasa bercadang untuk membukukan pengalaman MisteRi yang pernah kita alami bersama. Sama ada di rumah, di tempat kerja, di sekolah, di jalanan atau di mana saja. Mengapa tidak diabadikan dalam sebuah buku yang bertemakan MisteRi.

Jika anda boleh bercerita dan menulis, emelkan kepada TamanBahasa. Jika anda tidak yakin dengan kebolehan anda, tulis ceritanya secara ringkas dengan butiran yang penting. TamanBahasa akan mengolahnya menjadi sebuah cerita MisteRi!

Sebaiknya cerita MisteRi itu adalah pengalaman peribadi anda, keluarga anda atau teman anda. Dan cerita MisteRi itu belum pernah diterbitkan di mana-mana akhbar, majalah atau buku. Klik TamanBahasa untuk kita kongsi bersama.

Anda boleh menggunakan nama sebenar atau nama samaran untuk merahsiakan identiti anda. Mungkin untuk mengelakkan fitnah atau menyinggung perasaan seseorang. TamanBahasa berjanji akan merahsiakan MisteRi anda.

Maksud MisteRi. Sesuatu yang berlaku masih belum dapat difahami dan dimengerti. Sesuatu yang terahsia. Ia bukan cerita hantu. Tetapi ada elemen-elemen alam ghaib. Anda usah keliru. Anda emel apa sahaja di TamanBahasa, kami akan mengubahsuaikannya.

Insya Allah MisteRi pengalaman yang anda alami ketika melancong, ketika menjalani perkhidmatan negara, ketika melakukan ibadat haji/umrah atau ketika bersendirian pasti memberikan manfaat kepada sesiapa yang membacanya.

Peluang ini terbuka kepada semua peminat setia TamanBahasa. Sama ada anda seorang pelajar, seorang peguam, doktor ataupun tuan majistret! Ataupun anda seorang artis, seorang suri rumahtangga ataupun anda yang sedang membaca lelaman maya ini!

TamanBahasa terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih jika anda sudi untuk sama-sama merealisasikan MisteRi.