Wednesday, June 30, 2010

Cabaran 3


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Mengapa mesti berpindah? Blk 313 Tampines telah merakamkan detik-detik sejarah selama hampir 10 tahun. Kebanyakan kita takut untuk keluar dari zon selesa. Jadi kenapa mesti berpindah?

Untuk menyesuaikan diri dengan keadaan serba baru dan terasing memerlukan masa dan kesabaran bagi menikmati suasana yang berbeza. Nabi menggalakkan kita berhijrah. Sedangkan hidup kita pun berhijrah dari satu alam ke alam yang baru dan terasing!

Bermula dari 48D Bedok Road selama 28 tahun, kemudian berpindah ke flat sewa Blk 25 Balam Road. Pada tahun 1985 memiliki rumah sendiri di Blk 294 Tampines. Kemudian berpindah ke Blk 313 Tampines pada tahun 1998.

Pilihan utama ke Woodlands kerana harganya serta berdekatan dengan Nusa Idaman, Johor. Insya-Allah pada 8 Sept 2010 ke HDB appointment pertama! Dari Blk 313 ke Unit 05-313

Nantikan Esok Cabaran Ke 4


Tuesday, June 29, 2010

Cabaran 2


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Cabaran kedua yang kami hadapi ialah berpindah rumah. Sebelum berpindah, rumah baru yang memenuhi cita rasa perlu dicari. Telah diputuskan bahawa kami akan berpindah di daerah utara Singapura, Woodlands agar senang berulang alik ke Johor @Nusa Idaman.

Beberapa rumah 4 bilik model A telah dikunjungi. Ada yang tingkat bawah atau setinggi tingkat 11. Harga yang tawarkan antara $300K hingga $350K berbanding di Tampines antara $400K hingga $450K.

Pucuk DiCita Ulam Mendatang. Blk 311 tingkat lima koner. Biliknya besar dan luas. Cuma seorang jiran. Berdekatan dengan pasar basah, NTUC, Poliklinik, MRT dan perhentian bas. Jarak perjalanan hanya 5 minit seperti di Blok 313 Tampines. Kemudahan 5 bintang.

Harga telah dirundingkan. Dua kali lawatan ke unit rumah telah dilakukan. Pemilik rumah menyatakan persetujuan. Insya-Allah kami akan berpindah ke blk 311 Marsiling. Tetapi manusia merancang tuhan menentukannya !!

Nantikan Esok Cabaran Ke 3


Monday, June 28, 2010

Cabaran 1


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Alhamdullilah majlis perasmian rumah baru di 32 Jalan Idaman pada 1 Mei 2001 telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kegenjutan apabila timbul masalah kanopi yang dipasang pada minit-minit terakhir.

Buat masa kini rumah 32 Jalan Idaman menjadi rumah hujung minggu. Sejak urusan jual beli dan renovasi yang berlangsung hampir setahun, terpaksa berulang alik hampir setiap kesempatan agar semuanya berjalan lancar. Mempelajari satu pengalaman baru. Kesibukan yang tiada penghujung. Itu baru memiliki dua rumah. Bagaimana pula agaknya jika mempunyai dua . . . !

Setiap kali berehat di hujung minggu di 32 Jalan Idaman, minda dan fizikal kembali segar menghadapi cabaran baru dalam rotin harian di Singapura. . kerja! kerja! kerja!

Alhamdullilah, syukur kepada Allah Subhanallah Taala yang memberikan rezeki, kesihatan dan nikmati hidup yang dikecapi selama ini.

Nantikan Esok Cabaran Ke 2

Wednesday, June 02, 2010

32 Time.Com