Wednesday, September 08, 2010
Tuesday, September 07, 2010
DESTiNASi 5
Kubahnya yang berwarna keemasan terletak di atas struktur lingkaran botol-botol kaca berwarna hijau. Sementara golongan kaya menyumbang emas, botol-botol kaca ini disumbangkan oleh golongan berpendapatan rendah. Bangunan ini terletak di sekitaran nama-nama jalan bersempena nama kota di Omani dan Afghanistan !!!
Emel Ke KUiZ RAYA 2010
Emel Ke KUiZ RAYA 2010
DESTiNASi 4
Suatu Waktu dahulu Singapura menetapkan awal Syawal, menggunakan kaedah rukyah. Sebuah kapal (yang dikendali oleh Allahyarham Abang Wahab) bersama mufti bertolak menuju ke sebuah rumah api yang dibina pada 1895 untuk melihat anak bulan. Di rumah api inilah mereka meneropong untuk memastikan kehadiran anak bulan Syawal selepas matahari terbenam !!!
Emel Ke KUiZ RAYA 2010
Emel Ke KUiZ RAYA 2010
Monday, September 06, 2010
DESTiNASi 3
Baju kurung cekak musang, lehernya dijahit tulang belut menjadi identitinya. Jahitannya agak rumit berbeza dengan jahitan 'mata lalat' atau 'karipap' itu senang sahaja. Pakaian baju kurung sekarang berasal dari Johor semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1800, ketika bersemayam di Vivo City Singapura !!!
Emel Ke KUiZ RAYA 2010
Emel Ke KUiZ RAYA 2010
Sunday, September 05, 2010
DESTiNASi 2
Sebuah perkampungan. Nama-nama jalannya bersempena nama-nama sayuran seperti kangkong, bayam, sawi, turi dan sebagainya. Setiap kali raya banjir melanda. Namun begitu menjadi Mekah setiap menjelang Syawal. Radio Warna . . . Oh bas no 13 bawa ku ke sana . . . Singgah di warung Wan Chu . . . Mencari Pak Dollah beca !!!
Emel Ke KUiZ RAYA 2010
Emel Ke KUiZ RAYA 2010
Saturday, September 04, 2010
DESTiNASi 1
Kuih ini diadun bagi membentuk doh. Adunan itu akan diuli dan dicanai dengan penggolek bergigi bagi membentuk bergigi. Kemudian inti akan diletakkan di tengah dan digulung sebelum dipotong menurut ukuran yang dikehendaki. Kedengaran paluan bertalu-talu menandakan masuk waktu solat. Dua azan dilaungkan. Satu di darat. Satu di laut !!!
Emel Ke KUiZ RAYA 2010