Saturday, June 04, 2005

Memori Di Beijing Jun 2005

Asalamualaikum

Hari pertama
Terima kasih kepada yang menghantar tengah malam 3.06.05. Hampir ketinggal SIA, kerana ketinggalan passport. Ade ade aje! Sarapan pukul 4.00 pagi dan selamat tiba pada pukul 7.00 pagi.

Pagi-pagi buta diajak ke Temple of Heavan, kemudian ke Hotel Harmony dekat dengan Wong Fujing (macam Orchard Road). Malam nanti tengok akrobatik dan makan malam. Waktu subuh 2.00 pagi hingga 4.00 pagi. Masya-Allah!

Perkhidmatan internet ini satu minit satu yuan (dua puluh sen) cepat-cepat taip dah!
Sehingga jumpa di lain lembaran. Salam sayang untuk semua terutama Haziq!

Image hosted by Photobucket.com

Hari 1

Perjalanan 6 jam kurang membosankan walaupun tak dapat tidur semalaman, kerana dapat tengok wayang di skrin tempat duduk penumpang. Ada 60 saluran tayangan digital. Ayah dapat menonton 7 wayang, secara fast forward supaya cepat habis! dan boleh rewind kalau tertinggal.

Malam ke Wang Fujing. Bila baik macam itik berbual dengan ayam untuk ambil teksi ke hotel. Polisnya pun berbual itik. Akhirnya balik jalan kaki lebih kurang 15 minit. Kalau teksi 10 yuan ( dua dolar )

Hari 2

Sarapan pagi air + roti + telor aje. Yang lain faham-faham aje. Selepas sarapan berkunjung ke Tembok Besar China . Berada di puncak pada pukul 12.00 tengah hari. Kali ini ayah sampai di puncak teratas bersama 3 abdul ( Arfan, Asyraf, dan Zafran ). Sewa baju perang Gengis Khan 10 yuan ( 2 dolar )

Image hosted by Photobucket.com

Kemudian seperti biasa berkunjung ke gedung batu jed , pasu Beijing, batu kristal ( kristal ungu – lambang percintaan ) dan akhir sekali ke rumah tea ( demontrasi minum tea ) kali ini giliran teman-teman ayah giler tea, semua pakai kredit kad ( paling kurang 1000 yuan setiap orang ).

Makan tengah hari di Badaling ( Tembok Besar Cina ) hidangannya Peking Duck ( Halal ) menu istimewa China. Kemudian ke Ming Tomb sebelum ke Restoran Mongolia ( makan malam ) dan tiba di Hotel pada pukul 10.00 malam. Di cyber café - 30 minit cuma 5 yuan ( 1 dolar ). Kepenatan! Tapi puas kerana sampai di puncak Great Wall of China!

Hari 3

Hari ini kami ke Tienamen Square untuk mengambil gambar kumpulan lalu ke Forbidden City selama tiga jam untuk melalui kawasan seluas 47 hektar. Gambar di bawah inilah 3 Abdul yang menjadi teman sepanjang perjalanan ayah.

Image hosted by Photobucket.com

Sesuatu yang pelik ayah dapat kesan kali kedua ini ialah setiap bangunannya ada kekata China dan Islam di Forbidden City begitu juga di Summer Palace. Lihat pada gambar, sama ada untuk dewan raja, bilik permaisuri, dan juga bangunan-bangunan lain termasuk bangunan 'temple'. Pemandu pelancong tidak dapat menjelaskan kaitan bahasa arab tersebut?

Image hosted by Photobucket.com

Cerita menarik di Summer Palace ialah seorang guru telah sesat jalan. Beliau berjalan di sebelah kiri hingga menyeberangi jembatan lalu ke sebuah pulau di tengah tasik, sedangkan kami berjalan di sebelah kanan dan menunggunya selama sejam. Kerana kelambatannya lawatan itu dibatalkan kerana kesuntukan masa. Begitu ceritanya.

Seperti biasa tidak lengkap kalau tak pergi ke kedai mutiara, pusat perubatan Cina, dan shopping.

Hari 4

Hari ini lawatan bermula dengan melawat kilang sutera. Panjang sebiji kepompong ( cocoon ) ialah 1,300 meter. Untuk memastikan keasliannya jika sutera itu dibakar baunya busuk. Seperti biasa ditunjukkan proses daripada ulat sutera hingga jadi kain. Selepas itu kami ke universiti zaman Ming bagaimana 10% pelajar terbaik dari seluruh Cina belajar, mengambil peperiksaannya sebelum diterima menjadi pegawai kerajaan. Selepas makan tengah hari kami ke Jalan Sutera ( Xiu Shui Street ). Kalau tahun lalu ia adalah kawasan terbuka di kiri kanan jalan macam Petaling Street di K.L kini ditempatkan di dalam sebuah bangunan yang berdekatan dengan Wang Fujing. Xiu Shui Street kini masa bukanya seperti gedung membeli-belah yang lain.

Image hosted by Photobucket.com

Semangat Silk Street dahulu yang penuh sesak dengan tawar-menawar dan tarik-menarik masih terasa Cuma agak kurang sedikit, kerana sebahagian penjualnya berada di sebalik kaunter. Harganya masih dianggap murah berdasarkan skill tawar-menawar. Jika ke Beijing jangan lupa ke Xiu Shui Street.

Cerita tambahan : Kebanyakan kanak-kanak Cina bahagian depan dan belakangnya berlobang supaya senang untuk melepaskan hajat.

Image hosted by Photobucket.com

Cerita menarik kedua : Sepatutnya semasa musim panas ( summer ) tiada hujan atau banjir. Selama empat hari ini kami ditimpa hujan dan sesekali banjir kilat, sehingga jalan rayanya sesak nafas! Selepas makan malam di restaurant lembu, tiba-tiba hujan batu turun. Seorang pelancong Malaysia ( wanita tua - orang Perak kot?) tiba-tiba membasahkan dirinya lalu memungut ‘batu’ hujan itu kemudian membaca selawat tiga kali sebelum menelannya. Menurutnya menelan ketulan hujan batu’ itu akan mencerdaskan otak! Macam Iman jangan tak cuba petua orang Perak ini? Pelik tapi benar?

Hari 5

Hari ini acara sebebas-bebasnya kerana semua lawatan utama telah dapat diselesaikan dalam masa empat hari. Pagi ini kami berpecah, yang ikut ayah akan ke Masjid Nunji sementara yang bukan Islam meneruskkan perjuangan di Silk Street.

Ayah naik teksi bayarannya cuma 23 yuan ( 5 dolar ) tapi balik 16 yuan ( 3 dolar ) . Tapi terasa sedih kerana tidak dapat bersembahyang di dalamnya – Masjid itu ditutup semuanya untuk ubahelok. Kami Cuma bergambar di luar. Selepas itu kami ke Muslim Supermarket ( macam Mustaffa Center ) di sebelah masjid dan makan tengah hari di sebelah pusat membeli-belah tersebut.

Cerita lucu : Kami order nasi goreng 10 yuan ( 2 dolar ) sepinggan sebanyak 6 pinggan. Selain itu seekor ayam dan sepinggan sayur. Itu aje. Tetapi bila hidangan sampai sepinggan nasi goreng itu banyaknya macam di Capela Jalan Kayu untuk makan 4 – 6 orang. Bayangkan ada 6 pinggan nasi goreng. Bukan untuk 6 orang tapi untuk 30 orang! Kha ha ha ha !

Cerita lucu kedua : Jarak perjalanan dari hotel ke Wang Fujing ( tempat membeli-belah ) cuma 20 minit perjalanan. Tapi kami mengambil masa hampir 1 jam 30 minit kerana tersesat dan kes budak-budak nak buang air. Kecoh cari bangunan untuk melepas, hingga tersilap turn lalu tersesat. Kha ha ha ha!

Image hosted by Photobucket.com

Malam ini kami sambut hari jadi keenam Zafran. Ayah hadiahkan mainan Power Ranger ! Selamat Hari Jadi. Semoga Jadi Anak Yang Soleh, Berilmu dan Selamat Dunia dan Akhirat. Amin!

Hari 6

Hari ini hari terakhir kami di Beijing. Sebelum berangkat kami akan melawat sebuah sekolah menengah di Beijing untuk mengetahui sistem dan kaedah pengajaran yang diterapkan di bilik darjah.

Selepas itu kami akan check out pada tengah hari dan menghabiskan masa di pusat membeli-belah untuk habiskan wang sebelum berangkat ke lapangan terbang pada pukul 7.00 malam. Masa berangkat pada tengah malam – 1.00 malam dan insya-Allah tiba di Singapura pada pukul 6.05 minit pagi. Jumaat – SQ 0821 Terminal 2. Jumpa anda di sana !

Selepas melawat sekolah terbaik di Beijing ( setiap kelas 50 pelajar - sesak! ) kami menaiki subway ( MRT ) yang mengenakan bayaran hanya 3 yuan ( 60 sen ) setiap perjalanan. Perjalanannya seperti MRT dan terdapat penerangan dalam bahasa Inggeris. Selesa dan cepat daripada menaiki bas atau teksi. Jika sesiapa yang hendak ke Beijing gunakan subway untuk perjalanan di kawasan bandar.

Cerita lucu : Tengah sibuk nak naik subway - Asyraf nak 'melepas'. Kecoh takut terburai. Sebelum itu kami makan di restoran Islam di Wang Fujing. Cuma 105 yuan ( 20 dolar ) untuk enam orang. Makanannya macam restoran di pusat membeli-belah di Singapura, yang paling rendah kosnya lebih kurang $80 dolar . Asyraf melepas di sebuah tandas berelektronik ( 50 sec ) macam jamban untuk orang kahwin. Tapi tak ada air. Pakai selet aje. Kha ha ha

# Ayah dah beli beberapa ekor Panda untuk dibawa pulang
# Gambar Haziq tertinggal di Hotel Harmony Tingkat 3 Bilik 509