Friday, March 31, 2006

GuA TemPuRunG




Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.

Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.

Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi. Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua kini dilengkapi lampu, tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.

Gua Tempurung, boleh dikunjungi menggunakan (Lebuh raya Utara Selatan) ataupun jalan Persekutuan. Jika anda menggunakan (PLUS), masuk ke susur keluar (Plaza Tol Gopeng) , belok ke kiri dan teruskan memandu sejauh 2 km sehingga menemui laluan ke Gua Tempurung di sebelah kiri. Laluan khas ini dibina bagi membolehkan kenderaan yang lebih besar besar seperti (bas) sampai ke gua tersebut.

Sunday, March 26, 2006

HAZIQ TamanDisney HK

Melancong adalah kegiatan hujung minggu dan pada masa cuti sekolah bagi warga Singapura. Kata orang JAUH BERJALAN LUAS PANDANGAN. Kegiatan ini memerlukan kos yang agak tinggi. Sebaiknya ikutlah kemampuan jangan BESAR PASAK DARIPADA TIANG. Skim pergi dahulu bayar kemudian akan menyebabkan kita menanggung HUTANG KELILING PINGGANG. Untuk itu kita perlu bersedia menabung dari awal, SEDIKIT-SEDIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT. Semasa melancong di negara orang IKUTLAH RESMI AYAM BETINA jangan ikut resmi ayam jantan dan bertindak secara rasional, kata orang masuk MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBIK, MASUK KANDUNG KERBAU MENGUAK atau DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG. Tingkah laku DI PADANG SENDIRI BERJINGKIT-JINGKIT, DI PADANG ORANG BERLARI-LARI perlu dihindarkan kerana ia akam mencemarkan negara kita sendiri. Jangan kerana NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA. Akhir sekali segala pengalaman yang dialami semasa melancong YANG BAIK JADIKAN TELADAN, YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN.

Saturday, March 25, 2006

TERUKIR impian 12 Mac 06


Create your own video at One True Media


MenCIPTA ViDEO 3

1. KLIK PADA : http://www.onetruemedia.com/
2. CREATE YOUR OWN :
3. SAMA ADA CREATE MONTAGE / SLIDESHOW (VIDEO ATAUPUN PHOTO)
4. ATAUPUN CREATE PHOTO BOOK (ALBUM)
5. MUDAH, SENANG DAN CEPAT
6. KEMUDIAN POST DI BLOG (COPY DAN PASTE – VIDEO CODE)
7. ATAUPUN DOWNLOAD DI KOMPUTER – MPEG-4 FILE

TIPS
1. TERDAPAT PELBAGAI LAGU DISEDIAKAN (ENGLISH)
2. ATAU UPLOAD LAGU SENDIRI (MP3)
3. UPLOAD LAGU KEMUDIAN LIHAT JANGKA MASANYA
4. KATAKAN 3 MINIT 30 SAAT
5. KEMUDIAN UPLOAD PHOTO / VIDEO IKUT JANGKA MASA LAGU
6. SELAMAT MENCUBA

Saturday, March 18, 2006

Tanjung PIAI






Friday, March 17, 2006

KUKUP

Cuti sekolah bermula – seminggu sahaja. Kali ini kami melancong ke TANJUNG PIAI, tanah TERSELATAN bagi benua ASIA yang terletak di selatan KUKUP, PONTIAN KECIL, MALAYSIA. Sebelum kami menjejakkan kaki di TANJUNG PIAI, kami ke TAMAN NEGRA PULAU KUKUP.

Bila kita sebut KUKUP, apa yang tergambar di depan mata kita dan di kepala kita ialah hidangan makanan laut yang menyelerakan. Udang, ketam, sotong dan ikan kerapu. Air liur pasti meleleh. Tetapi sebenarnya KUKUP juga menawarkan satu kegiatan pendidikan dan pengetahuan untuk kita sama-sama menikmatinya dan menghargainya. Tambang bot ke Pulau KUKUP dan ke kelong hanya RM$5.00

Pulau KUKUP meliputi seluas 647 hektar yang ditumbuhi hutan bakau terdiri lebih daripada 30 jenis tumbuhan bakau dan terdapat enam batang sungai yang mengalir, iaitu Sungai Ular, Sungai Solok, Sungai Sedang, Sungai Tong Kang, Sungai Merah dan Sungai Jempol . Pulau KUKUP telah diisytiharkan sebagai TAMAN NEGARA pada 27 March 1997, untuk tujuan pemuliharaan alam sekitar di samping menggalakkan sektor pelancongan. Bayaran masuknya juga RM$5.00 untuk orang dewasa dan RM$3.00 untuk kanak-kanak. Anda pasti seronok melintasi jembatan gantungnya yang dihayun angin sepoi-sepoi bahasa.

Laluan kayu yang sejauh 1200 meter memudahkan para pengunjung bergerak walaupun ketika air pasang hingga ke paras lantai. Di sepanjang jalan kita dihidangkan dengan pandangan hutan bakau dan halwa telinga kicauan burung-burung yang menghuni di pulau tersebut. Terdapat 23 jenis burung yang dicatatkan sejauh ini. Ikan-ikan belacak (mudskipper) adalah penghuni utama hutan yang berlumpur itu. Jika anda bernasib baik anda bolehlah bergambar dengan khindzir hutan.

Laluan itu berakhir di sebuah menara setinggi enam tingkat. Dari puncak menara akan kelihatan hutan kayu bakau tumbuh menghijau meliputi seluruh pulau KUKUP. Pada cuaca terang anda akan dapat melihat daratan Singapura dan Tanjung Balai - Indonesia.

Lawatan berakhir dengan lawatan ke kelong-kelong yang terdapat di sepanjang perairan Pulau KUKUP. Kegiatan menternak ikan dan hidupan laut ini menjadi nadi kehidupan penduduk KUKUP yang terdiri daripada kaum nelayan dan pengusaha restoran makanan laut. Sekilo ikan kerapu berharga lebih kurang RM$40.00.

# Perkhidmatan feri dari World Trade Centre (Singapura) hanya pada hujung minggu ke KUKUP . Bagi sesiapa yang memandu menggunakan laluan kedua hanya memakan masa setengah jam - melalui Gelang Patah dan Pekan Nenas . Kos lawatan sehari RM$100.00 - termasuk petrol, tambang dan tiket masuk serta makan tengah hari untuk sekeluarga lima orang.

Tuesday, March 14, 2006

MalaM BERiNAi



Sanisah Huri
Joget Malam Berinai


Duduk keliling beramai ramai
Sambil berdoa Rabbul Alamin
Di malam ini malam berinai
Sembah pengantin atas pelamin

Adik dan kakak
Mari inaikan
Untuk pengantin kita raikan

Inilah malam pertama
Marilah inaikan pengantin baru

Awal pertama berinai kecil
Hanya dibuat untuk sekeluarga
malam ketiga berinai besar
Pihak pemuda bertandang sama

Amboi kacaknya
Hai hai moleknya
Bertambah seri majlis berinai

Alangkah indahnya majlis purnama
Mari inaikan pengantin baru

Tamatlah sudah malam berinai
Kini menanti hari sandingnya

Di hari minggu ramai tamunya
Sana saudara bekerjasama
Inilah lagu joget berinai
Marilah inaikan pengantin baru

Tuesday, March 07, 2006

Majlis Pernikahan & Persandingan


Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a :

. . . Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada kami : Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu. . .


Rasulullah s.a.w pernah bersabda : Apabila seseorang daripada kamu dijemput ke majlis kenduri maka hendaklah kamu menghadirinya

Saturday, March 04, 2006

HaZiQ LiL CooL 2024


Seperti kata peribahasa, MELENTUR BULUH, DARI REBUNGNYA bermaksud kelakuan, akhlak, dan bakat anak-anak mudah dibentuk mengikut kehendak kedua ibu bapanya pada masa mudanya. Ibu bapa yang akan mencorak masa depan anak-anak, BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUIHNYA ataupun BAPA BOREK ANAK RINTIK anak-anak akan mengikut tingkah laku kedua ibu bapanya sama ada yang baik atau sebaliknya. Dari itu janganlah sampai KETAM MENYURUH ANAKNYA BERJALAN BETUL kerana anak-anak akan mempunyai budi bicaranya sendiri. Sementara ibu bapa yang mengamalkan SEPERTI LABAH-LABAH CINTA KEPADA TELURNYA ataupun DITATANG BAGAI MINYAK YANG PENUH akan menghadapi masalah jika tidak ditangani dengan bijaksana. Sesungguhnya SEBAB BUAH DIKENAL POHONNYA.

Friday, March 03, 2006

Mutiara TamanBahasa

Wang $10.00 kelihatan BESAR bila masuk ke tabung Masjid -
SeBESAR $100.00
TETAPI
Wang $100.00 kelihatan KECIL bila masuk ke pusat membeli belah -
SeKECIL $10.00

Thursday, March 02, 2006

DreamWorld


Semasa kami berada di negara kangaro secara kebetulan kami bertemu keluarga Johan di DreamWorld. Jika ke DreamWorld jangan lupa merasakan pengalaman permainan 'WipeOut'. Pasti Menyeronokkan. Permainan ini kami beri nilai 4 bintang!