Cuti sekolah bermula – seminggu sahaja. Kali ini kami melancong ke TANJUNG PIAI, tanah TERSELATAN bagi benua ASIA yang terletak di selatan KUKUP, PONTIAN KECIL, MALAYSIA. Sebelum kami menjejakkan kaki di TANJUNG PIAI, kami ke TAMAN NEGRA PULAU KUKUP.
Bila kita sebut KUKUP, apa yang tergambar di depan mata kita dan di kepala kita ialah hidangan makanan laut yang menyelerakan. Udang, ketam, sotong dan ikan kerapu. Air liur pasti meleleh. Tetapi sebenarnya KUKUP juga menawarkan satu kegiatan pendidikan dan pengetahuan untuk kita sama-sama menikmatinya dan menghargainya. Tambang bot ke Pulau KUKUP dan ke kelong hanya RM$5.00
Pulau KUKUP meliputi seluas 647 hektar yang ditumbuhi hutan bakau terdiri lebih daripada 30 jenis tumbuhan bakau dan terdapat enam batang sungai yang mengalir, iaitu Sungai Ular, Sungai Solok, Sungai Sedang, Sungai Tong Kang, Sungai Merah dan Sungai Jempol . Pulau KUKUP telah diisytiharkan sebagai TAMAN NEGARA pada 27 March 1997, untuk tujuan pemuliharaan alam sekitar di samping menggalakkan sektor pelancongan. Bayaran masuknya juga RM$5.00 untuk orang dewasa dan RM$3.00 untuk kanak-kanak. Anda pasti seronok melintasi jembatan gantungnya yang dihayun angin sepoi-sepoi bahasa.
Laluan kayu yang sejauh 1200 meter memudahkan para pengunjung bergerak walaupun ketika air pasang hingga ke paras lantai. Di sepanjang jalan kita dihidangkan dengan pandangan hutan bakau dan halwa telinga kicauan burung-burung yang menghuni di pulau tersebut. Terdapat 23 jenis burung yang dicatatkan sejauh ini. Ikan-ikan belacak (mudskipper) adalah penghuni utama hutan yang berlumpur itu. Jika anda bernasib baik anda bolehlah bergambar dengan khindzir hutan.
Laluan itu berakhir di sebuah menara setinggi enam tingkat. Dari puncak menara akan kelihatan hutan kayu bakau tumbuh menghijau meliputi seluruh pulau KUKUP. Pada cuaca terang anda akan dapat melihat daratan Singapura dan Tanjung Balai - Indonesia.
Lawatan berakhir dengan lawatan ke kelong-kelong yang terdapat di sepanjang perairan Pulau KUKUP. Kegiatan menternak ikan dan hidupan laut ini menjadi nadi kehidupan penduduk KUKUP yang terdiri daripada kaum nelayan dan pengusaha restoran makanan laut. Sekilo ikan kerapu berharga lebih kurang RM$40.00.
# Perkhidmatan feri dari World Trade Centre (Singapura) hanya pada hujung minggu ke KUKUP . Bagi sesiapa yang memandu menggunakan laluan kedua hanya memakan masa setengah jam - melalui Gelang Patah dan Pekan Nenas . Kos lawatan sehari RM$100.00 - termasuk petrol, tambang dan tiket masuk serta makan tengah hari untuk sekeluarga lima orang.
1 Comments:
Very cool design! Useful information. Go on! » » »
8:02 AM
Post a Comment
<< Home