Tuesday, October 24, 2006

RaYa HaRi PerTaMa


Cg teringat waktu zaman lima dan enam puluhan bermain mercun, bunga api dan meriam buluh di KamPunG BeDok. Tetapi sejak pengharaman pemerintah dentuman mercun dan meriam buluh merupakan satu nostalgia masa silam.

Suasana yang penuh ceria dengan jerit pekik dan dentuman mercun serta meriam buluh mewarnai suasana malam di hari raya. Lagi kuat dentuman meriam lagi best! Terdapat pelbagai jenis mercun sama ada yang melayang di udara, meluncur seperti roket atau berputar seperti piring terbang. Kami akan bersorak gembira melihat percikan api dan dentuman yang mengiringinya. Tapi kadang kala mercun-mercun itu mendarat di bumbung rumah yang beratap atau masuk ke rumah jiran. Apa lagi cabuuuut takut dimarahi tuan rumah. ehmm! ehmm! (batuk!)


Monday, October 23, 2006

MaLaM RaYa 2006



# CeRiTa LuCu MaLaM RaYa

Selepas Majlis Kenduri Dan Selesai Menjamu Hidangan Briyani Dam Cg Tanya Herman, Mana Haziq. Herman Memberitahu Bersama Mamanya. Bila Cg Jumpa Mamanya Di Pintu Masjid, Haziq Tiada Dan Beritahu Haziq Bersama Papanya Herman. Haziq Di Mana? Kecoh! Haziq Hilang! Teringat Cg Suatu Masa Lalu, Selepas Sembahyang Raya, Masjid Darul Ghufran Membuat Pengumuman Sesiapa Yang Hilang Anak Sila Ke Pejabat Masjid. Utihnya AlHakim Hilang! Cg Kelam Kabut Mencarinya! Kini Giliran Haziq Pula! Hahaha . . . Rupanya Dia Main Motor Dah! Nasib Baik Tak Ada Pengumuman! Hilang Anak Kali Kedua!

Sunday, October 22, 2006

MaLaM SePuLuH LiKuR

KUIZ RAYA 2006


JAWAPAN YANG TEPAT AKAN DIBERIKAN CENDERAHATI. JAWAPAN BERKAITAN DENGAN KUIH RAYA & EMELKAN JAWAPAN
TARIKH TERAKHIR 24 OKTOBER 06
SELAMAT BERJAYA

Saturday, October 21, 2006

KUIZ RaYa


Nantikan ESOK KuIz RaYa

MaLaM SemBiLaN LiKuR

Alhamdulillah kita hampir tamat menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan ini. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan akan datang.

Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkahan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja.

Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan Puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan Puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."

Malam 06 : 2 TAHJUD + 2 TAHJUD + 2 TAHJUD + 2 TAHJUD + 2 WITIR
Malam 07 : 2 TAHJUD + 2 TAHJUD + 2 TAUBAT + 2 HAJAT + 2 WITIR
Malam 08 : 2 TAHJUD + 2 TAHJUD + 2 TAUBAT + 2 HAJAT + 2 WITIR
Malam 09 : 2 TAUBAT + 2 TAHJUD + 2 TAHJUD + 2 HAJAT + 2 WITIR
Malam 10 : 2 TAUBAT + 2 TAHJUD + 2 TAHJUD + 2 HAJAT + 2 WITIR

# Sembahyang Witir 2 Rakaat Jika Sudah Mengerjakan Sembahyang Witir Bersama Terawih Agar Jumlahnya Tetap Ganjil.
# Sembahyang Hajat : Surah Rakaat Pertama : Al Kafirun : 11 Kali Dan Rakaat Kedua Surah Ikhlas Juga 11 Kali.

Friday, October 20, 2006

MaLaM LaPaN LiKuR


Thursday, October 19, 2006

MaLaM TuJuH LiKuR

Telah sahih dari Ummul Mukminah Aisyah ra yang telah bertanya Rasulullah apakah yang perlu dibaca pada malam LAILATUL QADAR jika beliau menjumpainya maka dijawab oleh Rasulullah dengan bersabda : "Berkatalah kamu : Allahumma sesungguhnya Engkau Maha Pengampun yang menyukai mengampunkan hambaMu maka ampunilah aku"
( hadith sahih riwayat tirmidzi dan Ibn majah ).

Doa ini ialah berikut :

اللَّهُمَّ اِنَكَ عَفُوٌّ تُحِبُ اَلفْوَ فَاعْفُ عَنِّيِ

Sesungguhnya pada malam Al-QADAR ini segala doa dimakbulkan dan hendaklah seseorang itu berdoa dengan kebijaksanaan dan untuk kebaikan dan bukanlah untuk keburukkan. "Dan berdoalah kamu kepada Aku (Allah) nescaya Aku (Allah) akan makbulkan"
(Surah Al-Ghafir : 60)

Ketahuilah hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya , cukuplah kita memohon kebaikan dari Allah dan meminta Allah yang menentukan apa yang baik untuk kita bukan sebaliknya kita yang memandai-mandai meminta yang bukan-bukan tanpa kita mengetahui apakah ianya baik untuk kita atau sebaliknya.

Wednesday, October 18, 2006

MaLaM ENam LiKuR

DIALOG TAHUN LALU

ISTERI : HARI RAYA Ini Kita Mesti Tukar BAru
SUAMI : No Poblum
ISTERI : Pertama Perabut Baru, Langsir Baru, Gelang Baru. Kita Beraya Di Kampung Dulu Dan Kemudian Kita Adakan Rumah Terbuka Jemput Artis. Ok Bang? Tahun Ini Kita Berjaga SePanjang MALAM RAYA Sampai Pagi.
SUAMI : No Poblum
ISTERI : Abang Ada Apa Apa Yang Baru?
SUAMI : Ada . . .
ISTERI : Ayang juga No Poblum. Apa Dia?
SUAMI : Orang Baru!

DIALOG TAHUN KINI

ISTERI : HARI RAYA Ini Kita Mesti Tukar BAru
SUAMI : No Poblum
ISTERI : Pertama Azam Baru. Jadi Isteri Yang Soleha. Suka Menderma. Tidak Tinggalkan Sembahyang dan Tidak Mengumpat. Ok Bang? Tahun Ini Kita Berjaga SePanjang MALAM LAILATUL QADAR Sampai Pagi.
SUAMI : No Poblum
ISTERI : Abang Ada Apa Apa Yang Baru?
SUAMI : Ada . . .
ISTERI : Ayang juga No Poblum. Apa Dia?
SUAMI : Orang Baru!

Tuesday, October 17, 2006

MaLaM LiMa LiKuR

QIAM 10 MALAM TERAKHIR
WAKTU: 3.15 – 4.30 AM


Malam 1 : 2 TAUBAT + 2 TAHJUD + 2 HAJAT + 2 WITIR
Malam 2 : 2 TAHJUD + 2 TAHJUD + 2 TAHJUD + 2 TAHJUD + 2 WITIR
Malam 3 : 2 TAUBAT + 2 HAJAT + 2 TAHJUD + 2 TAHJUD + 2 TAHJUD + 2 WITIR
Malam 4 : 2 TAUBAT + 2 HAJAT + 2 TAHJUD + 2 TAHJUD + 2 WITIR
Malam 5 : 2 TAHJUD + 2 TAHJUD + 2 TAHJUD + 2 TAHJUD + 2 WITIR

# Sembahyang Witir 2 Rakaat Jika Sudah Mengerjakan Sembahyang Witir Bersama Terawih Agar Jumlahnya Tetap Ganjil.

# Hidangan Sahur : SeDulang 4 Orang – Nasi, Daging, Ikan Kering, Kobis, Sambal, Ayam, Keropok, Buah-buahan dan Minuman Panas & Sejuk.
# Hidangan Istimewa : Piza, Ayam Goreng, Kentang Goreng
# Hidangan Rohani : Dosa & Pahala

Monday, October 16, 2006

MaLaM EmPaT LiKuR


Sunday, October 15, 2006

MaLaM TiGa LiKuR


Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

Saturday, October 14, 2006

MalaM DuA LiKuR


Friday, October 13, 2006

MaLaM SaTu LiKuR

Malam ini dikenali Malam SATU LIKUR

Pada TANGGAL-TANGGAL GANJIL bulan Ramadan itu, kita digalakkan beribadah dan beriktikaf kepada Allah SWT. Antara lain menunaikan solat tasbih, solat lailatul qadar, tahajud, hajat, dan salat sunah lain. Kita digalakkan berzikir, membaca tasbih, istigfar, tahmid, takbir, serta mengumandangkan kalimah toyyibah. Semoga kita menemui malam LAILATUL QADAR malam 1000 BULAN.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

# duapuluh satu = satu likur
# duapuluh tiga = tiga likur
# duapuluh lima = selangkung
# duapuluh tujuh = pitulikur
# duapuluh sembilan = sangalikur

Friday, October 06, 2006

CanDat SOTonG




Sila Baca Artikal CANDAT SOOTOONG Di Berita Minggu
Hari Ini : 8 Oktober 2006

Tuesday, October 03, 2006

FaDhiLat SoLat TeWaRih 2


Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.