RaYa HaRi PerTaMa
Cg teringat waktu zaman lima dan enam puluhan bermain mercun, bunga api dan meriam buluh di KamPunG BeDok. Tetapi sejak pengharaman pemerintah dentuman mercun dan meriam buluh merupakan satu nostalgia masa silam.
Suasana yang penuh ceria dengan jerit pekik dan dentuman mercun serta meriam buluh mewarnai suasana malam di hari raya. Lagi kuat dentuman meriam lagi best! Terdapat pelbagai jenis mercun sama ada yang melayang di udara, meluncur seperti roket atau berputar seperti piring terbang. Kami akan bersorak gembira melihat percikan api dan dentuman yang mengiringinya. Tapi kadang kala mercun-mercun itu mendarat di bumbung rumah yang beratap atau masuk ke rumah jiran. Apa lagi cabuuuut takut dimarahi tuan rumah. ehmm! ehmm! (batuk!)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home