Wednesday, June 13, 2007

LamBaian ReDang 2


Udara pagi pantai sungguh segar dan nyaman. Angin bertiup dari Laut China Selatan. Selepas bersapan pagi awal pada pukul 7.30 pagi kami dijemput oleh wakil Coral Reef Resort untuk ke Merang pada pukul 7.45 pagi.

Perjalanan ke Merang mengambil masa 45 minit. Kami menerima berita bahawa rombongan bas seramai 15+1 orang telah tiba awal pada pukul 6.00 pagi. Alhamdullilah kami semua berkumpul di Jeti Merang untuk menaiki feri ke ReDang!

Cik Wani kita beli oleh-oleh untuk ayahnya yang tercinta di jeti Merang. Feri itu cukup-cukup untuk membawa kami semua seramai 25+1 orang. Pemandunya Cik Faizal memandu dengan cukup hebat melawan gelombang laut China Selatan.

Pulau Redang menyambut kehadiran kami pada pukul 10.00 pagi. Di sini kami bertemu dengan rombongan keluarga MUIS yang akan berangkat pulang. Kejernihan air laut dan panorama yang memukau begitu mempersonakan kami semua. Keletihan perjalanan sehari semalam terasa terubat apabila kami menjejakkan kaki di pantai ReDang!

Atur Cara Hari Ini :

12.00 tengahari makan siang
14.30 snorkeling
16.30 minum teh
19.00 makan malam BBQ
21.00 mencandat sotong (insya Allah)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home