Wednesday, October 24, 2007

NiaGa Multi LeVel 1


99 rezeki sumbernya datang daripada perniagaan!

Kita orang Melayu ketinggalan jauh terkebelakang dalam bidang perniagaan. Kita cetek dalam selok-belok bidang perniagaan. Modal niaga yang sejemput. NetWorld kita kekampungan bukan global! Serta tidak berani menanggung risiko!

Akhir-akhir ini dianjurkan seminar menjana wang melalui internet. Anak-anak muda yang menceburinya kini bergelar jutawan. Mereka berniaga melalui internet, berniaga tanpa sempadan.

Ketika Cg mengunjungi IT Expo beberapa anak muda yang berjaya memberikan tips berniaga melalui ebay. Pelanggannya bukan 3.5 juta penduduk Singapura. Tetapi 5 bilion penduduk dunia.

Menceburi NiaGa Multi LeVel secara kebetulan. Mula-mula jumpa teman di Expo (Ogos semasa Indonesia Fair) yang memperkenalkan produk XanGo. Seminggu kemudian di sekolah pihak SWC mengundang syarikat XanGo memperkenalkan produk mereka kepada para guru.

Cg tidak menghadiri talk tersebut yang berlangsung selama dua jam. Mereka mengatakan kos jus sebotol agak mahal dan terkejut bila Cg dapat menawarkan harga yang termampu. Sejak itu bermulalah langkah pertama.

Pembeli pertama itu telah mencubanya dan kemudian menyebarkan berita itu kepada teman-temannya. Kini kedua-duanya menjadi ahli dan pengedar. Yang peliknya Cg tak sangka mereka pula yang berminat untuk menjadi ahli.

Alhamdullilah!

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Great work.

11:05 AM

 

Post a Comment

<< Home