Raya Di RaNtaUan 7
21.12.2007
HangZhou
09.00 am Hari ini kami kembali semula ke Taman Syurga HangZhaou. Bersiar-siar di tepi tasiknya sambil diiringi lagu cinta sonata melalui pembesar suara di taman tersebut. Keadaan yang dingin dan pohon-pohon yang gugur daunnya seakan kami sedang menjalani pengambaran filem cinta sonata! Merak-merak yang berkeliaran menjadi tarikan utama para pengunjung!
Setelah itu kami menaiki feri mengelilingi tasik tersebut. Menaiki feri yang boleh muat penumpang seramai 30 orang. Cuaca dingin dan kabus masih menyelubungi alam HangZhou.

10.00 am Selepas itu kami ke ladang teh. Merasi teh dan membeli teh untuk oleh-oleh. Setiap tempat mengatakan teh mereka nombor satu!
12.00 pm Hari ini kami benar-benar rasa gembira. Kami benar-benar pergi ke Restoran Islam di sebelah Masjid HangZhou. Kami mahu makan daging kerana sudah muak dengan menu sayur. Kami dihidangkan 5 menu daging yang sungguh menyelerakan. Licin hidangan itu kami kerjakan.
01.00 pm Kami bersembahyang jamak di Masjid HangZhou dan tidak ikut bersembahyang Jumaat kerana untuk ke WuZhen.
WuZhen
03.30 pm WuZhen seperti Venis di Itali. Sampan-sampan yang didayung sebagai pengangkutan utama. Namun begitu rumah-rumah warisan dinasti itu kini menjadi museum budaya macam taman warisan di Kampong Glam dan menjadi tempat tingal artis dan warga emas yang mencari rezeki dengan menjual hasil seni mereka.
07.00 pm Malam ini kami bermalam di Internasinal Hotel 5 bintang yang terbaik sejauh ini. Tetapi sayangnya kolam renang, bowling, karaokenya semua tutup! Acara malam ini ialah meratah seekor ayam goreng RMB 28 yang dibeli di kedai Islam di sebelah masjid di WuZhen satu-satunya masjid yang terdapat di sini.
# Raya Di RaNtaUan begitu sunyi tanpa takbir dan tanpa hidangan ketupat dan rendang. Ia seperti hari-hari biasa yang kita lalui tanpa keperluannya. Begitulah nasib dan perasaan mereka yang berhijrah atau melancong ke negara yang kurang penganut Islamnya.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home