Tuesday, June 10, 2008

Pelayaran 3




Hari ini selepas bersarapan kami memulakan pelayaran ke Pulau Rawa pada pukul 9.00 pagi. Pelayaran mengambil masa lebih kurang 30 minit. Pulau Rawa jauh ke tengah Laut China Selatan.

Di sebelah Pulau Rawa terdapat dua buah pulau. Pulau Susu Dara. Sebuah besar dan sebuah kecil. Pulau Susu Dara (kecil) dikatakan terkena kanser payu dara, sebab itu kecil.

Sejam kami bersnorkel dan bermandi-mandi sebelum kami berlayar pula ke Pulau Perhentian Kecil (dipanggil kampung) untuk melihat perkampungan nelayan yang mempunyai seramai dua ribu penduduk dan terdapat sebuah sekolah kebangsaan empat tingkat.

Sebelum itu kami singgah di Pulau Batu Putih untuk bersnorkel dan memberi ikan makan. Rumah api ini menjadi panduan kapal-kapal yang belayar masuk ke perairan Malaysia.

Di Pulau Perhentian Kecil kami menjamu selera dengan memesan sata secucuk RM $1.50. Sata di Pulau Perhentian Kecil ini dibuat dan dibakar oleh ‘adik-adik’ yang telah menunjuk cara membuat sata yang kami beri nilai lima bintang.

Pulau Perhentian dibuka oleh keluarga Batin Mina yang berasal dari kepulauan Riau (Singapura) sehingga 1990 apabila Batin Sidek meninggal. Kalau tidak Singapura boleh tuntut Pulau Perhentian juga milik Singapura.

Pada pukul 1.00 petang kami makan tengah hari di Flora Fauna Chalet di Pulau Perhentian Besar yang menghidangkan ikan bakar bersambal. Di sini kami berselisih jalan dengan Azuan Hj Ali pengacara TV mulut laser untuk bersnorkel di Pulau Rawa.

Akhirnya acara snorkel berakhir dan kami kembali ke CocoHut Resort untuk bersnorkel hingga jam 6.00 petang.

Makan malam hari ini BBQ (sotong bakar, ikan bakar, ayam bakar, semua bakar, macam muka AniQ dibakar sunburn) di tepi pantai yang indah dihembus bayu laut waktu senja merangkak menutupi tabir malam.

Insya Allah esok kami akan ke Masjid Kristal.
Jumpa anda esok!

# Mama AniQ sila tag nama hotel di Selangor.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home