Sunday, July 27, 2008

NurZetty AbdKaDir



Sunday, July 20, 2008

CuCu Ke 3


Sunday, July 13, 2008

KiSah & TelaDan



Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab, Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab, Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq. Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kita mencintai Rasulullah . . . Sadaqah Jariah salah satu daripadanya mudah dilakukan, pahalanya? MasyaAllah . . . macam meter teksi . . . jalan terus. Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

01. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah.

02. Sumbangkan kerusi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah.

04. Bantu pendidikan seorang anak.

05. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.

06. Bagi CD Quran atau Do'a.

07. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.

08. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

09. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah..

10. Bagikan email ini dengan orang lain.. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Aminnnnnn...

Wednesday, July 09, 2008

HeRo YCK



DUA RAKAN SELAMATKAN WARGA TUA DARI LEMAS
Oleh Nurraihan Abdul Hamid

MEREKA mendapat sijil kemahiran berenang sekitar tujuh tahun lalu iaitu ketika di darjah tiga dan kemahiran berenang tersebut nampaknya memberi manfaat kepada dua rakan karib itu apabila mereka berjaya menyelamatkan seorang warga tua daripada lemas di Sungai Singapura pada 28 Jun lalu.

Ketika kejadian berlaku, kedua-dua rakan sejak darjah satu itu sedang bersembang di sebuah kios minuman. Ketika sedang bersembang, Muhammad Syarifuddin Zainal (YCK 2006) dan Syahrul Ili Sani (YCK 2008), kedua-duanya 17 tahun, melihat seorang lelaki tua terjatuh ke dalam sungai dan terkapai-kapai di permukaan air.

Mereka lantas terjun ke dalam sungai itu bagi menyelamatkan lelaki berusia 66 tahun yang kudung kaki kanannya itu.

Keberanian dan bakti mereka terbukti tidak dipandang sepi. Semalam, mereka diberi sijil penghargaan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu majlis ringkas di ibu pejabat Divisyen Pertama pasukan itu di Queensway.

Menyingkap kejadian di bawah jejatas Esplanade sekitar 10 malam itu, Syarifuddin berkata dia dan Syahrul Ili sedang duduk bersembang di sebuah kios minuman kopi berdekatan apabila melihat warga tua itu terjatuh ke dalam sungai.

'Puas saya cari boya keselamatan di keliling tempat kejadian, namun tidak berhasil. Lantas, saya terjun untuk menyelamatkan apek itu,' jelas penuntut tahun pertama Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Bishan itu.

Syahrul Ili, yang terjun kemudiannya, berkata dia tidak terfikir langsung tentang keselamatan dirinya ketika cuba menyelamatkan warga tua itu.
'Saya cuma ingat hendak selamatkannya!' kata pelajar menengah lima Sekolah Menengah Yio Chu Kang itu.

Kedua-dua remaja itu kemudian dibantu dua pegawai SCDF yang turut terjun bagi menarik warga tua itu ke tebing sungai.

Mengenai sijil yang diterima, Syahrul Ili berkata: 'Ini adalah antara pencapaian yang amat membanggakan. Peluang menyelamatkan nyawa orang tidak datang selalu'.

Berita Harian : 10 Julai 2008

Saturday, July 05, 2008

PeSta Makanan