Friday, September 26, 2008

F1 SINGapura



Perlumbaan kereta di Singapura bermula pada tahun 1961 berlangsung di litar lumba Thomson Road. Perlumbaan kereta dan motorsikal itu dikenali dengan Singapore Grand Prix dan akhirnya terkubur pada tahun 1971.

Cg bersama adik-beradik lelaki sering dibawa oleh HMS ke perlumbaan tersebut. Kami menyusur hutan di tepi litar untuk mencari lokasi yang sesuai untuk menonton. Selalunya kami memilih tempat di selekoh yang berliku atau selekoh ular.

Pada masa tersebut perlumbaan kereta dan motorsikal dilangsungkan dalam satu perlumbaan. Berbeza pada masa kini sama ada kereta sahaja atau motorsikal. Kami begitu terpesona dengan lumba motorsikal kerana pemandu dan motorsikalnya seakan baring ketika memotong selekoh.

Antara nama pelumba yang masih diingati ialah Tanaka. Pada masa tersebut kebanyakan jaguh pelumbanya datang dari negara matahari terbit.

Hari ini setelah 37 tahun menghilang, deruman engin kereta kembali bergema di negara kita. Nostalgia masa lalu kembali bermain di kotak fikiran. Jika dulu terpaksa meredah hutan berbatu-batu dan berhujan, kini duduk selesa di depan TV dan dapat menonton keseluruhan litar dan ulang tayang aksi potong memotong serta rempuhan.

Namun begitu keghairahan menonton di litar tidak sama dengan menonton di depan TV yang selesa. Walaupun pandangan terbatas di satu selekoh tetapi ngauman engin dan aksi di depan mata - power giler !!!

Thursday, September 25, 2008

KUiZ RAYA 08


MELINTANG

4. DIHIASI GERBANG DAN BERMANDIKAN CAHAYA LAMPU LAP-LIP
5. ZAKAT SEBELUM SEMBAHYANG RAYA
7. RAYA SINGAPURA MENGIKUT KAEDAH APA?

KE BAWAH

1. ISTILAH HARI RAYA DI INDONESIA
2. PENYANYI LAGU RAYA KUPOHON RESTU AYAHBONDA
3. MENGISYTIHARKAN JATUHNYA HARI RAYA
6. DILAUNGKAN 7 KALI PADA RAKAAT PERTAMA SOLAT RAYA
8. SATU KEMESTIAN DI HARI RAYA

MENJEMPUT ANDA MENGUJI MINDA DALAM KUIZ RAYA 08. PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA RAYA PERTAMA. SIAPA CEPAT DIA DAPAT !!!

SILA EMELKAN JAWAPAN KE TAMANBAHASA

Sunday, September 21, 2008

KuiZ RaMaDhan 08



TahNiah Kepada Pemenang KuiZ RamaDhan 2008

Tuesday, September 16, 2008

IFtar RamaDHan



Alhamdullilah. Syukur kepada Allah. Kita melepasi separuh perjalanan bulan Ramadhan. Semoga kita semua sihat untuk meneruskan amal ibadat yang tidak terkira ganjaran pahalanya.

Untuk itu kami Keluarga TamanBahasa mengundang semua ahli keluarga HMS ke rumah kami untuk majlis IFTAR beramai sekiranya ada kelapangan termasuk yang di rantauan.

Tarikh : 20 Sept 08 (Sabtu)
Tempat : Blk 313 Tampines.

AturCara :

06.30 - Majlis Baca Yasin & Tahlil Ringkas
07.02 - Jamuan Berbuka Puasa Bersama MyKidz-Roos Melalui MSN

08.11 - Sembahyang Isyak Berjemaah
08.20 - Sembahyang Tarawih 8 Rakaat & Witir 3 Rakaat

09.00 - Jamuan Makan Malam
09.15 - Penyampaian Hadiah Kuiz Ramadhan
10.00 - Bersurai

Harap tag sama ada dapat hadir atau sebaliknya untuk tujuan logistik.
Atau SMS Kak Iton : 9074 8304

Terlebih dahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih

Monday, September 15, 2008

WuDhuk Zahir & Batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam Bin Yusuf menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata :

"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.”
Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu?"

Hatim menjelaskan :
"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Saturday, September 13, 2008

Bazar Ramadhan


Tuesday, September 02, 2008

KuiZ RaMaDhan 08



RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan penuh berkah, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan setan-setan pun dibelenggu. Pada bulan Ramadhan terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan.

SYURGA

Tempat nikmat yang abadi yang disediakan untuk mereka yang beriman dan melakukan amal soleh.

NAMA-NAMA SYURGA

[01] Jannatul

[02] Jannatul Firdaus
[03] Jannatul Adnin
[04] Jannatul Ma’wa
[05] Jannatul Khuldi
[06] Jannatul

[07] Jannatul Muqamah

[08] Di syurga terdapat empat sungai, iaitu sungai dari air tawar, sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai dari air arak yang lazat rasanya dan sungai air madu. Di dalamnya juga diperolehi berbagai macam buah-buahan. Ada lagi empat mata air iaitu: Salsabil, Zanjabil, Rohiiq dan Tasniim.

]09] Ada lagi dua mata air yang mengalir dan dua mata air yang memancar, iaitu Al-kaafuur dan Al-
. Di dalamnya juga diperolehi segala sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati.

NIKMAT SYURGA

Abu Hurairah r.a. berkata :
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :

Tiga macam DOA yang tidak akan tertolak :

[10] Doa imam (pemimpin hakim) yang adil.
[11] Doa orang
ketika berbuka.
[12] Doa orang yang teraniaya, akan diperkenankan Allah.

Ibn Abbas r.a. berkata :
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :

[13] Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s., puluh hasta.

[14] Usianya bagaikan Nabi
33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan.

Ibn Abbas r.a. berkata :
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :

Sesungguhnya di dalam syurga ada bidadari yang dijadikan daripada empat macam : Misik, Anbar, Kafur dan Za'faran

[15] Dalam hadis : Di antara wanita-wanita di dunia ini ada yang kecantikannya melebihi daripada kerana amalan perbuatannya ketika di dunia sebagai 'ashaabul yamiin' (golongan kanan).

SILA EMELKAN JAWAPAN DENGAN KLIK > TAMANBAHASA

Monday, September 01, 2008

JaMUan HaRi JaDi