Friday, September 26, 2008

F1 SINGapura



Perlumbaan kereta di Singapura bermula pada tahun 1961 berlangsung di litar lumba Thomson Road. Perlumbaan kereta dan motorsikal itu dikenali dengan Singapore Grand Prix dan akhirnya terkubur pada tahun 1971.

Cg bersama adik-beradik lelaki sering dibawa oleh HMS ke perlumbaan tersebut. Kami menyusur hutan di tepi litar untuk mencari lokasi yang sesuai untuk menonton. Selalunya kami memilih tempat di selekoh yang berliku atau selekoh ular.

Pada masa tersebut perlumbaan kereta dan motorsikal dilangsungkan dalam satu perlumbaan. Berbeza pada masa kini sama ada kereta sahaja atau motorsikal. Kami begitu terpesona dengan lumba motorsikal kerana pemandu dan motorsikalnya seakan baring ketika memotong selekoh.

Antara nama pelumba yang masih diingati ialah Tanaka. Pada masa tersebut kebanyakan jaguh pelumbanya datang dari negara matahari terbit.

Hari ini setelah 37 tahun menghilang, deruman engin kereta kembali bergema di negara kita. Nostalgia masa lalu kembali bermain di kotak fikiran. Jika dulu terpaksa meredah hutan berbatu-batu dan berhujan, kini duduk selesa di depan TV dan dapat menonton keseluruhan litar dan ulang tayang aksi potong memotong serta rempuhan.

Namun begitu keghairahan menonton di litar tidak sama dengan menonton di depan TV yang selesa. Walaupun pandangan terbatas di satu selekoh tetapi ngauman engin dan aksi di depan mata - power giler !!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home