Sunday, November 30, 2008

SelaMat HaRi JaDi



MUHD NUR HAZIQ - 29 NOVEMBER 2008

NUR ATIQA - 30 NOVEMBER 2008

Saturday, November 22, 2008

Harimau Putih 2



Sesiapa yang ingin melihat video klip eksklusif Harimau Putih membaham si mangsa sila klik emel di bawah. Cg hanya mengirimkan untuk ahli keluarga yang berminat. Tidak sesuai untuk mereka yang lemah semangat.

Video Eksklusif -> Harimau Putih

Tuesday, November 18, 2008

EPL QuRatun UNiteD



Pemain Muslim Yang Berjuang Dalam EPL (Liga England). Cukup Untuk Membentuk Sepasukan BolaSepak Yang Pasti Digeruni Lawan !!! Managernya Jose Mourinho !!!

PENJAGA GAWANG :

Ali Al Habsi (Bolton) Oman

PEMAIN PERTAHANAN :

Kolo Toure (Arsenal) Ivory coast
Lassana Diarra (Portsmouth) Perancis
Momo Sissoko (Liverpool) Mali
El-Hadji Diouf (Sunderland) Senagal

PEMAIN TENGAH :

Moustapha Salifou (Aston Villa) Togo
Samir Nasri (Arsenal) Perancis
Amr Zaki (Wigan) Egypt
Hossam Mido (Middlesbrough) Mesir

PEMAIN PENYERANG :

Ruben Van Persie (Arsenal) Belanda
Anelka - Abdul-Salam Bilal (Chelsea) Perancis

Sunday, November 16, 2008

Harimau Putih




Ajal maut di tangan Allah. Sekuat manapun tembuk penghalang maut dibina, maut tetap akan berkunjung bila sampai waktunya.

Kelakuan si mangsa tiba-tiba terjun ke kandang harimau merupakan satu misteri !!! Adakah si mangsa berniat untuk membunuh diri atau digerakkan oleh suatu kuasa lain? Kerana sebagai pekerja zoo si mangsa sudah tentu arif dengan keadaan tersebut. Lebih-lebih lagi si mangsa telah memohon maaf terlebih dahulu dengan teman-teman sekerja sebelum maut. Si mangsa lebih dahulu mencium kedatangan maut. Masya-Allah !!! Allah Maha Mengetahui !!!

Semoga rohnya ditempatkan di kelangan mereka yang beriman

Thursday, November 13, 2008

SelaMat HaRi LaHir


Tuesday, November 11, 2008

EUTHANASIA atau AMD ?



Euthanasia mengikut istilah Greek purba bermaksud "mati aman" tetapi mengikut istilah perubatan moden bermaksud "mengakhiri penderitaan dengan mengakhiri hayat". Sejak tahun 2008 banyak negara telah menghalalkannya termasuk Belgium, Luxembourg, Belanda, Switzerland, U.S.A dan Andalusia (Sepanyol) termasuk Thailand.

Sebahagian golongan menganggapnya sebagai satu pembunuhan sementara sebahagianya mengistilahkannya kematian belas ihsan. Kontrovesi ini disebabkan isu moral/agama yang dikaitkan dengan euthanesia.

Agama Islam dan kebanyakan agama langit mengkategorikannya sebagai haram membantu seseorang membunuh dirinya sendiri. Islam menegah penganutnya membunuh diri walau apa caranya pun. Kerana ajal maut itu ketentuan Allah.

TIDAK pada Euthanasia YA pada Advanced Medical Directive (AMD)?

Advance Medical Directive (AMD) bermaksud pengesahan bertulis pesakit untuk tidak mendapatkan rawatan secara "extraordinary" bagi meneruskan hayatnya dalam keadaan kritikal. Pesakit ingin mengakhiri hayat tanpa bantuan alat-alat teknologi penyambung hayat !!!

Parlimen Singapura telah meluluskan undang-undang AMD pada Mei 1996 dan telah berkuatkuasa pada Julai 1997.

Jadi Apa Pilihan Kita? Kedua-duanya mempunyai niat baik bertujuan untuk pesakit mengakhiri hayat dalam keadaan baik di samping dapat menjimatkan kos perbelanjaan yang menjangkau ribuan dolar.

Ajal maut itu ketentuan Allah. Cepat atau lambat malaikat maut mencabut nyawa seorang insan ada hikmahnya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Mungkin pesakit kritikal itu kembali segar atau kekal terlantar bertahun-tahun.

Tetapi yang penting - Mati Dalam Iman !!! Insya-Allah

Monday, November 10, 2008

Hari Ini Dalam Sejarah



Amrozi dan abangnya, Mukhlas serta Imam Samudra dikategorikan sebagai pengganas! Akibat angkara mereka, 202 orang awam menjadi korban di Bali pada tahun 12 Oktober 2002.

Mereka dikenali sebagai Pengebom Bali. Oleh kerana itu mereka dijatuhkan hukum tembak sampai mati walaupun mereka 'berjihad' untuk agama, bangsa dan negara !!!

Bezanya kerana mereka tidak punya lesen untuk membunuh !!! oleh adi kuasa !!!

Namun begitu setiap hari banyak lagi nyawa orang awam yang terkorban di Afganistan, Iraq dan di merata dunia. Bilangan mereka melebihi ribuan. Tangisan mereka hilang bersama debu !!!

Tetapi pengebomnya disanjung dan dihargai. Tersemat pingat menghargai jasa mereka membunuh orang awam yang tiada dosa kerana bangsa, negara dan agama.

Bezanya kerana mereka diberi lesen untuk membunuh !!! oleh adi kuasa !!!

Wednesday, November 05, 2008

ObaMa . . . OsaMa



SeMOga KeseRUpaan PaDa NaMa
AkaN MemBaWa KepaDA Titik-Titik PerTemUan & PerDamaiAN !!! InSya Allah !!!

Monday, November 03, 2008

HaMilton & ObaMa



Dengan KeMahiran, KeCekapan, KeYakinan - Impian Menjadi Realiti
Dengan Izin Allah
.