Sunday, May 24, 2009
Tuesday, May 19, 2009
KemBar Buaya !!
Sebuah hikayat Banjar yang diwariskan secara lisan yang sampai saat ini masih dipercayai oleh sebahagian masyarakat Banjar.
Seorang saudagar dari negara Keling bernama Karna Mpu Jatmika mempunyai dua orang anak iaitu Mpu Mandastana dan Lambung Mangkurat. Lambung Mangkurat dijadikan patih (raja).
Kononnya . . . setelah Lambung Mangkurat bertapa selama 40 hari 40 malam tidak lama kemudian muncul buih yang menjelmalkan seorang puteri yang akhirnya dijadikan puteri raja di kerajaan Dipa yang diberi nama Puteri Junjung Buih.
Puteri Junjung Buih, nenek moyang Urang Banjar, adalah manifestasi dari Jata, sang penguasa Alam Bawah Air. Kerana itu ia punya kuasa atas segala makhluk yang berada di dalam air. Penghuninya sesekali menampakkan diri ke atas air dalam bentuk buaya.
Puteri Junjung Buih berkahwin dengan Pangeran Bulat Bulaling (menurut cerita Putera Majapahit itu cacat – tiada kaki dan tangan tetapi ketika dicampakkan ke air ia bertukar menjadi gagah perkasa dan dikenali Pangeran Suryanata).
Bermulalah keturunan orang Banjar . . . jelmaan buih dan buaya !!
Fenomena kembar buaya berakar umbi di kalangan masyarakat Sulsel (Sulawesi Selatan). Namun menurut kajian sains, semua jenis makhluk memiliki DNA (deoxyribo nucleic acid), iaitu zat asam yang mengandung zat deoxyribose. Dengan ini jelas, kelahiran kembar buaya bertentangan dengan ilmu genetik.
Dalam amalan kedoktoran, pernahkah seorang ibu yang melahirkan bayi di hospital bersalin diberitakan beranak buaya? Tidak pernah !!. Semuanya telus. Tiada ada yang akan disembunyikan.
Tetapi kelahiran di rumah sendiri sifatnya tertutup. Di sinilah manipulasi berlaku !!
wallahu 'alam

Friday, May 08, 2009
PiSang Raja UDang
. . . inilah pisang raja udang yang menjadi pantang larang masyarakat dan dilarang memakannya kerana menurut lagenda, roh jelmaan pohon pisang raja udang ini telah menolong seorang Putera Raja yang tercedera dalam medan peperangan . . .
Pada suatu masa silam sering berlaku peperangan untuk merebut kuasa dan meluaskan tanah jajahan. Mengikut ceritanya dalam satu peperangan serorang Putera Raja cedera parah dan berjaya menyelamatkan diri daripada musuhnya.
Putera Raja itu bersembunyi di sebuah hutan dan berteduh di bawah sepohon pisang. Oleh kerana lukanya yang parah Putera Raja itu pun jatuh pengsan.
Apabila Putera Raja itu sedar, baginda dapati lukanya telah dirawat oleh seorang gadis. Putera Raja itu berterima kasih kepadanya kemudian pulang ke istananya.
Putera Raja itu dimaklumkan bahawa gadis itu adalah roh jelmaan pohon pisang raja udang itu. Bila Putera Raja itu kembali ke pohon itu didapati pohon itu berbuahkan pisang berwarna merah kesan daripada darahnya.
Oleh kerana terhutang budi, Putera Raja itu mengisytiharkan kepada rakyatnya bahawa mereka tidak dibenarkan memakan pisang raja udang atau menebang pohonnya !!