PiSang Raja UDang
. . . inilah pisang raja udang yang menjadi pantang larang masyarakat dan dilarang memakannya kerana menurut lagenda, roh jelmaan pohon pisang raja udang ini telah menolong seorang Putera Raja yang tercedera dalam medan peperangan . . .
Pada suatu masa silam sering berlaku peperangan untuk merebut kuasa dan meluaskan tanah jajahan. Mengikut ceritanya dalam satu peperangan serorang Putera Raja cedera parah dan berjaya menyelamatkan diri daripada musuhnya.
Putera Raja itu bersembunyi di sebuah hutan dan berteduh di bawah sepohon pisang. Oleh kerana lukanya yang parah Putera Raja itu pun jatuh pengsan.
Apabila Putera Raja itu sedar, baginda dapati lukanya telah dirawat oleh seorang gadis. Putera Raja itu berterima kasih kepadanya kemudian pulang ke istananya.
Putera Raja itu dimaklumkan bahawa gadis itu adalah roh jelmaan pohon pisang raja udang itu. Bila Putera Raja itu kembali ke pohon itu didapati pohon itu berbuahkan pisang berwarna merah kesan daripada darahnya.
Oleh kerana terhutang budi, Putera Raja itu mengisytiharkan kepada rakyatnya bahawa mereka tidak dibenarkan memakan pisang raja udang atau menebang pohonnya !!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home