Thursday, July 16, 2009

ANiQ E i E i O



Thursday, July 09, 2009

Mandi Bersama Gajah



Tuesday, July 07, 2009

DeMaM Gajah


Berita Harian - 07.07.09 - Artikal Mandi Bersama Gajah

Di Sinilah Bermulanya Serangan Demam Pada 21 Mac 09
Di Kuala Gandah, Pahang
Lalu Menular Ke 5 Buah Keluarga HMS Di Singapura
Juga Diekspot Ke Negara Kangaroo

Sila Baca Artikal Mandi Bersama Gajah Di CyBerita

Monday, July 06, 2009

DeMaM AYG


Tahniah kepada peserta belia Melayu yang terlibat dalam AYG dan memenangi pingat : Ilma Nur Jannah Fadzal - Bowling (Perak), Shahrir - Olahraga (Gangsa), Najwa - Perahu Layar (Perak) dan Dzuhaili - Renang (Final).

Namun begitu agak menyedihkan penyertaan belia Melayu dalam sukan bola sepak. Bilangan belia Melayu teramai (13 belia Melayu) tetapi prestasinya mengecewakan. Kalah dalam semua perlawanan !!

Para peserta belia Melayu dalam cabang sukan yang memenangi pingat mempunyai bentuk tubuh badan yang setara dengan peserta belia dari negara lain (China, Iran, Korea, dan Jepun). Begitu juga peserta belia keturunan Cina Singapura. Bertubuh besar, tinggi dan berisi.

Tetapi pemain bola sepak belia berbangsa Melayu kita saiz tubuhnya macam cacing !! Mereka tidak akan dapat bersaing tanpa mempunyai bentuk tubuh badan yang besar, tinggi dan berisi walaupun mempunyai kemahiran mengelecik !!

Demam ini boleh diubati.

Sepatutnya pihak pengurusan memilih hanya pemain yang besar, tinggi dan berisi walaupun tiada kemahiran. Tetapi yang penting mempunyai kekuatan fizikal dan stamina serta bermain secara pasukan bukan mengentel bola hingga ke pintu gol macam Dollah Kassim sudah berlalu !!

# Kepada Suffi jika ingin bermain dalam AYG atau YOG akan datang – Ketinggian cukup. Skills cukup. Ada potensi. Tetapi saiz macam lidi ! Makan nasi dan daging banyak-banyak supaya berisi ! Semoga Berjaya !

Sunday, July 05, 2009

DeMaM MJ

Ajal maut
di tangan tuhan.
Tetapi pemergian MJ seakan
tidak diterima. Dipersoalkan. Ajal maut
tidak memilih usia, sama ada usianya sehari,
seminggu, sebulan, setahun, sedekad atau seabad

Pemergian MJ secara mendadak pada 25.06.09
mengemparkan seluruh pelusuk dunia. Dunia
hiburan kehilangan ikonnya yang hidupnya
penuh dengan kontroversi .

Kehidupanya penuh dengan misteri dan
teka-teki. Pembedahan pelastik?
Anak-anak GodFathernya?
Hutang US $500 juta?
Kes pencabulan? Siapakah Mikaeel?
Kematian mengejutnya?

Namun kehadirannya yang singkat
di alam maya telah menyentuh dan
mewarnai sebahagian kehidupan
kita yang seera dengannya.

Lagu-lagu dan gerak tarinya akan
tetap bersemadi dan penawar pada
peminat setianya !

Demam MJ : Satu Korban
Tetapi diratapi di seluruh dunia

Like a rainbow
Fading in the twinkling of an eye
Gone too soon !

Saturday, July 04, 2009

DeMaM H1N1


NO

TAHUN

WABAK

JENIS

KORBAN

01

1889-1890

RUSSIAN FLU

H2N2

1 JUTA

02

1918-1920

SPANISH FLU

H1N1

100 JUTA

03

1956-1958

ASIAN FLU

H2N2

4 JUTA

04

1968-1969

HONG KONG FLU

H3N2

1 JUTA

05

2003-2004

FUJIAN FLU

H1N1

AYAM iTiK DiBUNUH

06

Mac 2009

MEXICO FLU

H1N1

?