Monday, January 11, 2010

Melestarikan Bahasa Melayu


Tahun Ini (2009) Para Pelajar YCK Yang Mengambil Bahasa Melayu Meraih Keputusan Yang Sungguh Cemerlang. Bukan Setakat 100% Lulus Tetapi Mencapai Kelulusan 53.3% Distinctions (Pangkat A).

Syukur Alhamdullilah. Anak Didik Cg Bersama Cg Aishah Telah Membuktikan Bahawa Kesungguhan Adalah Resipi Terbaik Untuk Mencapai Kejayaan. Sebelum Itu Keputusan Di Bawah Paras Nasional.

Tahun Ini (2010) Cabarannya Sungguh Hebat Iaitu Meningkatkan Atau Mengekalkan Keputusan Yang Tercapai. Selain Persekitaran Pelajar Yang Hampir 100% Berbahasa Inggeris, Mengerakkan Minda Dan Minat Pelajar Mempelajari Bahasa Melayu Memerlukan Tahap Kesabaran Yang Tinggi.

Generasi Masa Kini Menilai Bahasa Melayu Bagaikan Dahan Yang Rapuh. Tidak Selamat Untuk Berpaut. Tiada Nilai Komersil. Mempelajarinya Kerana Tuntutan Pemerintah. Terpaksa !!

Nilai Bahasa Melayu Akan Disanjung Bila Kuasa Beli Masyarakat Melayu Setanding Masyarakat China, Jepun Ataupun Barat !! Buktinya > Tempat-Tempat Pelancong Di Eropah Pekerjanya (Mat Saleh) Pandai Berbahasa Melayu Kerana Kuasa Beli Orang Melayu Malaysia !!!

Oleh Itu Bilangan Ramai Karyawan Melayu Yang Berjaya Di Singapura Akan Menjadi Tapak Yang Kukuh Untuk Bahasa Melayu Terus Hidup !! Inilah Resipi Melestarikan Bahasa Melayu Di Singapura Dan Di Nusantara !!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home