Friday, April 28, 2006

NuR BatRiSyaH

Gerimis Pagi

(Puisi Ini Khas Buat Ninda & Cucu Yang Berselisih Jalan)

Semalam kita masih mendengar burung-burung berkicauan
Serta menghidu harumnya bunga
. . . Di pangsa purinya

Terdengar gelak tawa serta tangis sendunya
Dihiasi dengan ukiran senyuman manisnya
Sementara bibirnya basah mencurahkan kasih sayang
Terasa hangat pelukan rindunya

Semalam kita masih mendengar burung-burung berkicauan
Serta menghidu harumnya bunga
. . . Di pusaranya

Terdengar bacaan doa serta deru angin bayu
Nafas-nafas dihela satu persatu berwajah sayu
Sementara bibir-bibir basah mengharap pengampunan Illahi
Terasa dinginnya pelukan bumi disirami gerimis pagi

Semalam kita masih mendengar burung-burung berkicauan
Serta menghidu harumnya bunga
. . . Di syurgaNya

Terdengar suara tangisan bayi memecah keheningan malam
Kelahirannya bersama darah dan air mata
Sementara bibir-bibir mengucap kesyukuran
Terasa nikmatnya menyentuh dan mencium pipinya sehalus sutera

Semalam kita masih mendengar burung-burung berkicauan
Serta menghidu harumnya bunga
. . . Di alam maya

Terdengar takbir berkumandang kalimah Allah
Sebagai bekal menempuh ranjau kehidupan
Sementara bibirnya dibasahi dek air susu
Terasa beratnya amanah di pundak bahunya

Semalam kita masih mendengar burung-burung berkicauan
Serta menghidu harumnya bunga
. . . Di alam fana

Terdengar ucapan takziah dan tahniah silih berganti
Buat penawar duka ninda dan cucu yang berselisih jalan
Sementara bibir-bibir masih basah melafazkan kata
Terasa dipagut pilu pada pertemuan yang tidak kesampaian

Semalam kita masih mendengar burung-burung berkicauan
Serta menghidu harumnya bunga
. . . Di pentas dunia

Monday, April 24, 2006

TakZiah & TahNiah

TakZiah Kepada Keluarga Hj Samsuri Di Atas Pemergian Hjh Rohani Ke Rahmatullah (Bonda Kepada Herman Rashidi / Ninda Kepada Muhd Nur Haziq) Semoga Rohnya Diletakkan Di Kalangan Orang-Orang Yang Beriman : 26 April 06

TahNiah Kepada Keluarga Herman & Nur Diana Di Atas Kehadiran Nur Batrisyah (Adinda Muhd Nur Haziq) Semoga Menjadi Anak Yang Soleha : 26 April 06

Berilah Kami Semua Ya Allah - Sama Ada Yang Masih Hidup Atau Yang Sudah Meninggal Dunia - Kebaikan Di Dunia Dan Juga Kebaikan Di Akhirat. Amin!

Sunday, April 23, 2006

LamBaiAn PuLau

SenYum SiKit

Peribahasa : Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang?
Maknanya : Ada orang melakukan skandal sebab itu tersiar gosipnya

Peribahasa : Kalau tidak ada angin masakan satu MRT berbau busuk?
Maknanya : Ada orang buang anginlah tu . . . (tahan nafaslah) . . .

Tuesday, April 18, 2006

Tayangan Perdana


Video Klip ini Bersempena Meraikan Hari Lahir
Hj Salleh Bin Hj Sirat (Bapa & Atok) - 88 Tahun
9 April 2006

Monday, April 17, 2006

Selawat Atas Nabi

Firman Allah SWT :

"Innallaha wamalaaikatahu yusallluna'alan Nabiyi, yaa aiyullazinaa amanu sallu 'alaihi wasallimu tasliimaa",

yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat sama berselawat untuk Nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawat dan salamlah ke atasnya.” [Al Quran - Surah Al Ahzab, Ayat 56]

Allahummasalli ‘ala Sayidina Muhammadin wa’ala aali Sayidina Muhammad.”

Atau pun hanya:

Allahummasalli ‘ala Muhammad

Perbanyakkanlah oleh kamu ucapan selawat ke atasku kerana sesungguhnya selawat itu akan menjadi cahaya di dalam kubur dan cahaya di atas titian dan cahaya di dalam syurga.

Monday, April 10, 2006

KuiZ HaiWaN


NAMAKAN HAIWAN YANG BERKAITAN DENGAN KISAH DI BAWAH YANG TERDAPAT DALAM KITAB SUCI AL-QURAN

01 Haiwan yang disembelih untuk aqiqah : _____ (ayam / kambing)

02 Kenderaan Nabi ketika baginda melakukan israk & mikraj : _____ (kuda / buraq)

03 Haiwan yang dilarang ditangkap pada hari Sabtu : _____ (ikan / burung)

04 Menjadi syarat bagi menghidupkan orang yang sudah mati : _____ (lembu / kucing)

05 Haiwan ini keluar daripada celah-celah batu : _____ (unta / kerbau)

06 Menjadi sahabat penghuni gua yang tidur 1000 tahun : _____ (arnab / anjing)

07 Nabi Sulaiman mendengar ia menyuruh kaumnya menyelamatkan diri : _____ (semut / belalang)

08 Seekor haiwan keluar dari satu lubang yang sempit, kemudian cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh : _____ (lembu / tikus)

09 Wabak demam burung (birdflu) telah menghancurkannya : _____ (gajah / harimau)

10 Firman Allah “. . tidak sekali-kali (manusia) akan dapat mencipta seekor ( ? ) walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya . . “ _____ (nyamuk / lalat)

JAWAPAN YANG TEPAT AKAN DIBERIKAN CENDERAHATI
(JAWAPAN BERKAITAN DENGAN KEISLAMAN & EMEL KAN JAWAPAN )
SELAMAT BERJAYA

Friday, April 07, 2006

JAnJi MelaYU JAnJi JaWA


Apabila kita berjanji kita perlu menunaikannya. Kata orang LEMBU DIPEGANG PADA TALINYA, SEMENTARA MANUSIA DIPEGANG PADA MULUTNYA. Manusia yang tidak mengotakan janjinya dikatakan MUNGKIR JANJI ataupun LIDAH BERCABANG BAGAI BIAWAK. Akibatnya orang tidak akan mempercayai kita selama-lamanya. TELAJAK PERAHU BOLEH DITARIK, TELAJAK KATA BURUK PADAHNYA. Oleh kerana itu hayatilah pantun dua kerat ini – SEBAB PULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT BADAN MERANA. Jika kita tidak dapat menunaikan janji, berterus teranglah atau meminta maaf jangan bersikap MENEGAKKAN BENANG BASAH. Tepatilah masa perjanjian, kata bijak pandai SEMBAHYANG DIBERI BERWAKTU, JANJI DIBERI BERKETIKA. Jangan sampai terdengar sindiran gurauan JANJI MELAYU atau JANJI JAWA. Kerana sesungguhnya sifat manusia YA, SEPANJANG HARI, JANJI SEPANJANG JALAN. Apabila JANJI SAMPAI, SUKATAN PENUH, itulah janji Allah kepada kita, tidak lebih atau kurang walau sesaat. Oleh itu tepatilah janji.

Thursday, April 06, 2006

NS : 13 JuN 2006


Muhd Al-Hakim Akan Menjalani Perkhidmatan Negara
Pada 13 Jun 2006 (Selasa) 8.30 Pagi di Akademi Polis

Monday, April 03, 2006

JEJak RASul 2

Bismillah : Peristiwa Israk dan Miraj berlaku pada hari Isnin 27 Rejab, 620 masehi. Buraq tunggangan Nabi Muhammad s.a.w hanya melakukan tujuh langkah dari Masjidil-Haram (Makkah) untuk tiba di Masjidil-Aqsa (Baitul-Maqdis) sejauh 1,600 km. Rombongan kami seramai 160 jemaah yang bertolak dari Makkah pada pukul satu pagi tiba di Masjid Dome Of the Rock (berKubah Emas) pada waktu sembahyang maghrib pada pukul 5.00 petang (selama 16 jam)

Ketika Nabi Muhammad tiba di Masjid Al-Aqsa, baginda telah menambat buraqnya sebelum baginda bersembahyang sunat. Kami berpeluang memasuki Masjid Buraq. Di salah sebuah dindingnya terdapat lubang bergelang besi tempat baginda menambat buraqnya. Baginda kemudian bersembahyang sunat yang bermakmumkan 124,000 para nabi dan rasul di pekarangan Masjid Dome Of the Rock. Tempat baginda bersembahyang kini didirikan kubah, dan bersebelahannya terdapat bangunan tempat baginda dimikrajkan ke langit. Subhanallah!

Batu yang ingin menuruti baginda ke langit telah ditahan oleh Jibril kini terdapat di tengah-tengah Masjid Dome Of the Rock. Setiap hari 70,000 malaikat turun ke batu tersebut dan tidak naik ke langit. Penganut Yahudi menganggap bahawa batu suci itu adalah batu asas kejadian bumi. Masjid Dome Of the Rock yang tidak bermimbar itu turut menempatkan bekas tapak kaki baginda. Sesiapa yang ingin berdoa pergilah ke ruang di antara pintu belakang dengan sebaris tembok rendah separas dada yang mengadap kiblat, yang dikenali sebagai pintu syurga:

"Tuhanku...Aku tidak layak...untuk syurgamu
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung...seksa nerakamu
Dari itu kurniakanlah...ampunan kepadaku
Ampunkanlah dosaku...Sesungguhnya
Engkaulah pengampun...dosa-dosa besar..."

Baginda dimikrajkan ketujuh petala langit dari pekarangan Masjid Dome Of the Rock kerana dikatakan tempat tersebutlah yang paling hampir dengan langit, untuk mengadap Allah s.w.t di Sidratul-Muntaha, menerima perintah bersembahyang lima kali sehari semalam.

Mengikut penerangan penjaga Masjid Al-Aqsa Sheikh Khalil, beliau menjelaskan, di pekarangan Masjid Dome of the Rock yang berdekatan dengan kubah Khidhir terdapat tanda Nabi Khidhir yang akan bersembahyang setiap waktu Asar di pekarangan Masjid Dome of the Rock.

Beberapa langkah dari kubah Khidhir terdapat kubah Pusat Bumi yang "menguasai" bumi tempat kita tinggal ini. Menurut beliau Nabi Sulaiman a.s dapat menguasai bumi dan isinya kerana baginda bertahta di Masjid Al-Aqsa. Bekas istana baginda (Pinnacle of the Temple) yang terletak di bawah tanah, bersebelahan Masjid Al-Aqsa, begitu luas dan besar; sungguh menakjubkan kerana istana itu masih kukuh walaupun sudah beribuan tahun dibina. Subhanallah!

Ketika tentera Khalifah Omar mengepung untuk menawan Baitul-Maqdis, salah seorang tenteranya telah jatuh ke dalam sebuah perigi yang terdapat di pekarangan Masjid Dome of Rock ketika cuba menimba air. Beliau disangkakan telah terbunuh, tetapi setelah tujuh hari beliau muncul dengan sehelai daun, yang dikatanya dipautnya ketika jatuh di sebuah perigi di sebuah taman yang indah. Khalifah Omar mengesahkan daun itu adalah daun syurga, dan beliau telah jatuh ke taman syurga. Tetapi kini perigi-perigi itu telah dimangga, ditakuti ramai yang akan ke Masjid Al-Aqsa untuk terjun ke syurga.

Akhirnya para paderi yang menguasai Baitul-Maqdis ketika itu menyerah kalah dan bersetuju untuk menyerahkan kunci Baitul-Maqdis. Khalifah Omar yang memasuki pintu gerbang Baitul-Maqdis telah disambut oleh para paderi kerana bertepatan dengan apa yang diberitahu kepada mereka: bahawa "orang" yang akan menerima kunci itu mempunyai dua belas tampalan. Sesungguhnya pakaian Khalifah Omar mempunyai dua belas tampalan kain. Masjid pertama Islam telah dibina yang dikenali dengan nama Masjid Omar yang terletak di kiri mimbar Masjid Al-Aqsa.

Bekas-bekas kebakaran yang memusnahkan kubah Masjid Al-Aqsa masih jelas kelihatan kerana kekurangan dana untuk dibaikpulih. Jika seorang dermawan Saudi telah membelanjakan jutaan wangnya untuk menghijaukan Padang Arafah setiap bulan, semoga muncul seorang dermawan Islam yang akan membiayai kos membaikpulih seluruh kawasan Masjid Al-Aqsa. Insya-Allah.

Untuk bersembahyang lima waktu, terutama berjalan pada waktu subuh pada pukul 4.30 pagi sungguh mencabar. Para jemaah terpaksa berjalan kaki melalui lorong-lorong bangunan purba yang suram lebih kurang 30 minit. Sebaiknya semua agensi pelancongan Singapura berkerjasama untuk menetapkan tarikh-tarikh yang serentak ketika menziarahi Masjid Al-Aqsa. Bilangan jemaah yang ramai akan menghilangkan "kebimbangan" jemaah untuk bersembahyang waktu di Masjid Al-Aqsa di samping mengeratkan silatul-rahim di kalangan jemaah Singapura.

Ketika kami melalui sebuah terowong di bawah Masjid Al-Aqsa kami diberitahu di suatu sudut di terowong tersebut (yang masih dalam proses baikpulih) terletaknya madrasah pertama yang dimulakan oleh Nabi Zakariah. Masjid Al-Aqsa dan Masjid Dome of the Rock yang berdiri megah masa kini telah dibangunkan oleh Khalifah Abd Malik pada tahun 691 masehi, lebih kurang 71 tahun setelah Peristiwa Israk Miraj. Bagi kita Peristiwa Israk Miraj telah berlaku 1,377 tahun yang lalu. Subhanallah!

Segala kepenatan kami terubat sudah apabila kami dapat saksikan sendiri kemuliaan Masjid Al-Aqsa dan Masjid Dome of the the Rock selama tiga hari dan telah membakar semangat kami untuk mengunjunginya pada masa hadapan. INSYA-ALLAH!

Wallahu a'lam bisyawab.

Sunday, April 02, 2006

seHATI seJIWA


Aur Dan Tebing Pasangan Sehati Sejiwa
Putusnya Hayat Jika Air Tidak Mengalir
Yang Hidup Saling Memerlukan
Sama-Sama Mensyukuri Hidayahnya