JEJak RASul 2
Bismillah : Peristiwa Israk dan Miraj berlaku pada hari Isnin 27 Rejab, 620 masehi. Buraq tunggangan Nabi Muhammad s.a.w hanya melakukan tujuh langkah dari Masjidil-Haram (Makkah) untuk tiba di Masjidil-Aqsa (Baitul-Maqdis) sejauh 1,600 km. Rombongan kami seramai 160 jemaah yang bertolak dari Makkah pada pukul satu pagi tiba di Masjid Dome Of the Rock (berKubah Emas) pada waktu sembahyang maghrib pada pukul 5.00 petang (selama 16 jam)
Ketika Nabi Muhammad tiba di Masjid Al-Aqsa, baginda telah menambat buraqnya sebelum baginda bersembahyang sunat. Kami berpeluang memasuki Masjid Buraq. Di salah sebuah dindingnya terdapat lubang bergelang besi tempat baginda menambat buraqnya. Baginda kemudian bersembahyang sunat yang bermakmumkan 124,000 para nabi dan rasul di pekarangan Masjid Dome Of the Rock. Tempat baginda bersembahyang kini didirikan kubah, dan bersebelahannya terdapat bangunan tempat baginda dimikrajkan ke langit. Subhanallah!
Batu yang ingin menuruti baginda ke langit telah ditahan oleh Jibril kini terdapat di tengah-tengah Masjid Dome Of the Rock. Setiap hari 70,000 malaikat turun ke batu tersebut dan tidak naik ke langit. Penganut Yahudi menganggap bahawa batu suci itu adalah batu asas kejadian bumi. Masjid Dome Of the Rock yang tidak bermimbar itu turut menempatkan bekas tapak kaki baginda. Sesiapa yang ingin berdoa pergilah ke ruang di antara pintu belakang dengan sebaris tembok rendah separas dada yang mengadap kiblat, yang dikenali sebagai pintu syurga:
"Tuhanku...Aku tidak layak...untuk syurgamu
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung...seksa nerakamu
Dari itu kurniakanlah...ampunan kepadaku
Ampunkanlah dosaku...Sesungguhnya
Engkaulah pengampun...dosa-dosa besar..."
Baginda dimikrajkan ketujuh petala langit dari pekarangan Masjid Dome Of the Rock kerana dikatakan tempat tersebutlah yang paling hampir dengan langit, untuk mengadap Allah s.w.t di Sidratul-Muntaha, menerima perintah bersembahyang lima kali sehari semalam.
Mengikut penerangan penjaga Masjid Al-Aqsa Sheikh Khalil, beliau menjelaskan, di pekarangan Masjid Dome of the Rock yang berdekatan dengan kubah Khidhir terdapat tanda Nabi Khidhir yang akan bersembahyang setiap waktu Asar di pekarangan Masjid Dome of the Rock.
Beberapa langkah dari kubah Khidhir terdapat kubah Pusat Bumi yang "menguasai" bumi tempat kita tinggal ini. Menurut beliau Nabi Sulaiman a.s dapat menguasai bumi dan isinya kerana baginda bertahta di Masjid Al-Aqsa. Bekas istana baginda (Pinnacle of the Temple) yang terletak di bawah tanah, bersebelahan Masjid Al-Aqsa, begitu luas dan besar; sungguh menakjubkan kerana istana itu masih kukuh walaupun sudah beribuan tahun dibina. Subhanallah!
Ketika tentera Khalifah Omar mengepung untuk menawan Baitul-Maqdis, salah seorang tenteranya telah jatuh ke dalam sebuah perigi yang terdapat di pekarangan Masjid Dome of Rock ketika cuba menimba air. Beliau disangkakan telah terbunuh, tetapi setelah tujuh hari beliau muncul dengan sehelai daun, yang dikatanya dipautnya ketika jatuh di sebuah perigi di sebuah taman yang indah. Khalifah Omar mengesahkan daun itu adalah daun syurga, dan beliau telah jatuh ke taman syurga. Tetapi kini perigi-perigi itu telah dimangga, ditakuti ramai yang akan ke Masjid Al-Aqsa untuk terjun ke syurga.
Akhirnya para paderi yang menguasai Baitul-Maqdis ketika itu menyerah kalah dan bersetuju untuk menyerahkan kunci Baitul-Maqdis. Khalifah Omar yang memasuki pintu gerbang Baitul-Maqdis telah disambut oleh para paderi kerana bertepatan dengan apa yang diberitahu kepada mereka: bahawa "orang" yang akan menerima kunci itu mempunyai dua belas tampalan. Sesungguhnya pakaian Khalifah Omar mempunyai dua belas tampalan kain. Masjid pertama Islam telah dibina yang dikenali dengan nama Masjid Omar yang terletak di kiri mimbar Masjid Al-Aqsa.
Bekas-bekas kebakaran yang memusnahkan kubah Masjid Al-Aqsa masih jelas kelihatan kerana kekurangan dana untuk dibaikpulih. Jika seorang dermawan Saudi telah membelanjakan jutaan wangnya untuk menghijaukan Padang Arafah setiap bulan, semoga muncul seorang dermawan Islam yang akan membiayai kos membaikpulih seluruh kawasan Masjid Al-Aqsa. Insya-Allah.
Untuk bersembahyang lima waktu, terutama berjalan pada waktu subuh pada pukul 4.30 pagi sungguh mencabar. Para jemaah terpaksa berjalan kaki melalui lorong-lorong bangunan purba yang suram lebih kurang 30 minit. Sebaiknya semua agensi pelancongan Singapura berkerjasama untuk menetapkan tarikh-tarikh yang serentak ketika menziarahi Masjid Al-Aqsa. Bilangan jemaah yang ramai akan menghilangkan "kebimbangan" jemaah untuk bersembahyang waktu di Masjid Al-Aqsa di samping mengeratkan silatul-rahim di kalangan jemaah Singapura.
Ketika kami melalui sebuah terowong di bawah Masjid Al-Aqsa kami diberitahu di suatu sudut di terowong tersebut (yang masih dalam proses baikpulih) terletaknya madrasah pertama yang dimulakan oleh Nabi Zakariah. Masjid Al-Aqsa dan Masjid Dome of the Rock yang berdiri megah masa kini telah dibangunkan oleh Khalifah Abd Malik pada tahun 691 masehi, lebih kurang 71 tahun setelah Peristiwa Israk Miraj. Bagi kita Peristiwa Israk Miraj telah berlaku 1,377 tahun yang lalu. Subhanallah!
Segala kepenatan kami terubat sudah apabila kami dapat saksikan sendiri kemuliaan Masjid Al-Aqsa dan Masjid Dome of the the Rock selama tiga hari dan telah membakar semangat kami untuk mengunjunginya pada masa hadapan. INSYA-ALLAH!
Wallahu a'lam bisyawab.
3 Comments:
What a great site
» »
7:50 AM
You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it 87 toyota celica convertible for sale How to take zocor foot pain relief store austin Company to consolidate debt Botox san mateo california wheelchair handlebar height extenders xxx adult video Home mortgage refinancing alhambra32 ill wheelchair Cheap prepaid wireless service plans wheelchair organizations Wrong soap in dishwasher Bangalore body builders discontinued baccarat
7:13 AM
Keep up the good work Camping theme for Bank loans fresno discount liposuction Crib mattress pad consolidation loans in the uk Locator technologies and mercedes interpreting credit reports soccer team usa camcorder repair service Slot s http://www.seo-companies-2.info/Theaffiliateguy-com-aposs-affiliate-marketing-world-reprint.html Every body has had more sex than me
6:21 AM
Post a Comment
<< Home