Tuesday, May 16, 2006

KaSih SeOrang iBU

Ibu - Selagi dikau masih ada . . .
Selagi Dia Masih Hidup . . . . . . . .

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah.

Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam longkang.

Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit , " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH!".

Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan lain-lain. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih.

Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita.

Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE".

Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira. Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.

Apabila kita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang- sampai ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu, dengan tidak bersalaman dengan Ibu di luar dorm, takut malu dilihat kawan-kawan.

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin - kita ada boyfriend / girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata " Ibu ni kepohlah!!"

Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam ibu!!"

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri - Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan.

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu.

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu . . !!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di rumah Ibu. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata " saya sibuk!!!!"

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.

Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.

Ingatlah selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa Ibu. Siapalah kita tanpa jasa dan pengorbanannya.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Saya amat setuju pendapat ini..
Kita yg selalu "sibuk" mengejarkan kejayaan untuk diri sendiri.Semasa kita kecil dahulu,Ibu selalu "sibuk" membesarkan kita, mendidik kita dan juga memberi yg terbaik untuk diri kita sendiri. Adakah seorang anak itu dpt membalas pengorbanan Ibu yang selalu sibuk dahulu demi untuknya?.Jgnlah selalu mementingkan diri sendiri kerana kita juga akan kesal kelak.

12:06 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Very nice site! Glencoe online learning center japan management courses manchester uk management schools with kids with adhd College awareness + elementary students oxycontin addiction Document management training texas document management Capressio coffee maker review special events management schools Nutritional supplements manufacturers san diego Hawaii site university web cpu takten amd athlon 2800xp

2:56 AM

 

Post a Comment

<< Home