Tuesday, November 07, 2006

ToPIK SoOotOnG


Penyiaran rencana CANDAT SOTONG yang disiarkan pada 8 OKTOBER 2006 di BERITA MINGGU benar-benar menyentuh minat ramai pembacanya. Sudah tentu wajah-wajah yang tersiar menerima SMS dan panggilan untuk pengesahan (Iman - excuse me!). Setelah sebulan ia masih menjadi topik hangat perbualan.

Teman-teman di masjid dan di sekolah yang pertama menyentuh topik CANDAT SOTONG ketika sehari disiarkan. Seminggu kemudian ketika di sebuah bank, manager bank tersebut juga turut membicarakan tentang CANDAT SOTONG. Dalam hati berbisik. Sudah bagus manager baca BM.

Mungkin CANDAT SOTONG akan turut dibincangkan di parlimen sekiranya Encik Yatiman Yusof masih ahli dewan undangan. Beliau juga turut menceritakan pengalaman yang mengerikan di Laut China Selatan. Terperangkap dalam gelombang dan hujan ribut sehingga botnya kehabisan minyak. Hampir 9 jam beliau bergelut dengan maut. Syukur beliau selamat.

Ketika meraikan hari raya, rencana CANDAT SOTONG turut disentuh sama ada di rumah oleh para tamu termasuk para pelajar dan juga ketika berkunjung di rumah saudara-mara dan teman. Salah seorang tetamu di rumah Zetty ketika mengadakan rumah terbuka bertanya, selepas CANDAT SOTONG apa kegiatan akan datang? Untuk menjawabnya mudah. STEVE IRWIN meninggalkan satu kerja kosong. Jadi CROCODILE HUNTER. Tangkap BUAYA la!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home