Sunday, December 17, 2006

NaMasTe 1


16 DEC 2006

Sepatutnya kapalterbang kami berangkat 9.05 am tetapi delay satu jam kerana banyaknya kapalterbang yang akan berlepas. Kapalterbang kami giliran ke 23. Beginillah gambaran sibuknya lapangan terbang Changi pada musim cuti.

Sebelum itu kami mengucapkan terimakasih kepada Cik Jaafar & Hakim yang menghantar kami dengan kereta WiSenya pada pukul 6.30 pagi.

Akhirnya kami berangkat pada pukul 10.23 pagi dengan kapalterbang AirInDIA IC 860. Waktu di Delhi 2 jam 30 minit lewat daripada SinGapura dan cuacanya seperti di Cameron Highland.

Semasa dalam penerbangan kami dihidangkan menu vegeterian, tak tertelan. Jadi makan rotilah!

PenerbanGan selama 6 jam benar-benar mencabar tanpa media elektronik. Hanya tiga kegiatan yang dilakukan oleh para penumpang. PertaMa makan (2 kali). KeDua tidur. KetiGa bila terjaga ke bilik air!

Nak tahu kenapa SIA syarikat penerbangan dipilih sebagai terBaik & perTama di dunia? Jawapannya di bawah.

SRK dilahirkan pada 2 Nov 1965 di pinggir New DelHi. SRK masa sekolahnya ialah kapten hoCkey, bolaSepak dan kriket tapi SRK tak minat pergi sekolah!

Ayah SRK mementingkan kejujuran. Jika SRK tak mahu ke sekolah beliau akan menulis surat kepada guru sekolahnya. Satu hari beliau sengaja tidak mahu menulis surat dan menyuruh SRK supaya berterus terang. SRK takut untuk berterus terang kerana ia pasti akan diRotan jika tiada alasan yang baik. Tetapi akhirnya SRK berterus terang dan gurunya mengatakan bahawa SRK pelajar yang jujur.

Itulah pentingnya kejujuran dalam kehidupan. Artikal dalam majalah SwaGat semasa dalam penerbangan. Kenal siapa dia SRK? Jawapannya di bawah.

Akhirnya kami tiba di Delhi pada pukul 4.00 petang waktu Singapura dan tiba di Connaught Hotel pada pukul 6.00 petang. Kami disambut dengan mengalungkan Bunga Malai dan pemandu pelancong kami bernama TariQ. 12 Jam perjalanan dari 6 pagi bangun hingga 6.00 petang tiba di hotel.

Sebaik tiba kami ke pusat bandar DelHi di PaLika Bazar. Wah betul-betul Giler. Barang-barangnya kebanyakan IDR $100 ($3.50). PaLika BaZar ini terletak di tengah-tengah bandar berbentuk bulatan dan ia lebih besar daripada Petaling Street atau Pekan Rabu ataupun Xia Shui Beijing ataupun di Thailand. Jarak hotel cuma 10 minit berjalan kaki. Sebelum itu kami naik tut-tut keliling kota dan bawa ke pusat membeli belah eksklusif (macam nak kena tipu) tapi akhirnya kami tarik diri dengan pelbagai alasan. Namun begitu terkopak IDR $20.00 ($0.70) untuk tambang tut-tut!

Jalan rayanya bising dengan hon dan wisel polis dan orang ramai menyeberang jalan ramai-ramai walaupun kereta sedang bergerak macam tidak pedulikan kereta dan polis yang bertugas. Satu pemandangan yang menjijikkan ialah ramai yang berdiri menghadap tembuk walaupun di tengah-tengah bandar untuk melepaskan hajat tidak kira siang atau malam walaupun berpakaian kot dan bertali leher!

Jalan Malam : Ayah yang keluar malam sorang-orang meronda bandar New Delhi. Nampak tak ada anak-anak ayam. Tidak seperti di Beijing & HongKong anak ayam bersepah di depan hotel dan di jalan raya. Tetapi di sini ramai yang menghadap tembuk pada waktu malam!


Menu Tepi Jalan : Macam Roti John - mula-mula telur digoreng, campur tomato, bawang dan sayur kemudian ditekup dengan roti bercampur cili. Harganya IDR $10 (35 sen)

# SIA pertama & terbaik di dunia kerana pramugara & pramugarinya Anak Dara sedangkan yang lain termasuk AirIndia, ialah Mak Dara & Pak Dara.

# SRK ialah pelakon utama Kuch Kuch HOta Hai yang diGiler oleh orang pompuan!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home