Thursday, June 14, 2007

LamBaian ReDang 3


AktiViti CanDat SoTonG

BerCuti CanDat Sotong adalah aktiviti sampingan yang menarik. Malam tadi kami seramai 18 orang peserta telah berpulang untuk mencandat sama ada kali pertama atau kali kedua. Kali ini di Pulau ReDang.

Selepas makam malam BBQ kami bertolak pada pukul 8.00 malam dan tiba di perairan candat pada pukul 9.00 malam. Kali ini mangsanya yang pertama ialah Iman. Belum tiba lagi isi perutnya telah diluahkan ke laut. Kasihan!

Setiba di perairan mencandat kami semua kebosanan. Seperti biasa pada awalnya sotongnya belum mengenali bot kami. Sebelum sotong dapat di candat mangsa keduanya telah membuang isi perutnya ke laut.

Menjelang 9.30 malam barulah sotong-sotong mula dicandat. Tetapi telah mengorbankan beberapa mangsanya. Antaranya Cg juga menjadi mangsa mabuk laut.

Malam tadi kami cuma mendapat 12 ekor sotong lebih baik daripada rombongan MUIS yang hanya dapat 4 ekor sotong sahaja. Tahun lalu di Pulau Kapas kami mencandat 35 ekor sotong!

Mangsa-mangsa mula merayu untuk pulang. Tetapi Cg mengenakan satu syarat. Jika KakLong atau AlHkim dapat sotong baru kami pulang. Menjelang 10.45 malam KakLong mendapat candat bukan satu tapi dua sotong di mata kailnya. Oleh kerana itu kami semua pulang dengan perasaan lega. Acara itu ditutup dengan mangsa terakhir PakAtit - pemancing veteran juga turut membuangkan isi perutnya ke laut. Alhamdullilah!

Antara yang terselamat : KakNgah, KakIton, KakLong, KakMinah, Adik Ida, Era, Atuk, BakJat dan AlHakim berjaya melawan gelombang Laut China Selamat. Tahniah!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home