Tuesday, August 28, 2007

o tanjobi gozaimasu

doumo arigatou gozaimasu :

aisai zaiton

choujo zetty & reisei iskandar
jijo diana & reisei herman
sannan alhakim
goreijou atiqa

gaison : haziq, batrisyah & aniq

Saturday, August 25, 2007

PeNantiAn BeRakHir



Selamat Datang RamaDhan

Yang kuingat
banyaknya juadah berbuka untuk dinikmati
ramainya jemaah bertarawih pada malam pertama
bangun sahur menelan liur dengan mata yang masih pejam

Yang kuingat
baju raya perlu ditempah awal-awal
kuih muih perlu disediakan berbelas botol
tawaf bazar di geylang mencari lailatul qadar

Yang kuingat
berebut-rebut mengambil bubur masjid
si hawa menyerbu kedai emas tepi tangga
si adam mengecat rumah memunggah perabut baru

Yang kuingat
mana nak cekau duit untuk keperluan raya
bergolok-gadai berhutang dan berbelanja sakan
tidur malam mengigau itu dan ini hingga menjelang takbir

Thursday, August 09, 2007

NeGaraKu SinGapuRa

Tuesday, August 07, 2007

1 MisteRi XIV

Seperti yang dijanjikan petang tadi TamanBahasa telah bertemu dengan seorang penerbit buku. Menurut beliau untuk menerbitkan sebuah buku kosnya lebih kurang SDG $2,000 (dua ribu dolar) untuk mencetak 500 buah buku.

Jika buku itu terjual semua bermakna penulis akan mendapat keuntungan SDG $4,000.00 - jika setiap buku dijual SDG $12.00. ($6,000.00 - $2,000.00 = $4,000.00)

Dan jika bernasib baik pihak Majlis Buku Kebangsaan Singapura (NBDCS) akan memberi gran untuk membiayai kos penerbitan SDG $2,000.00. Penulis tidak akan mengeluarkan walaupun sesen tetapi mendapat keuntungan yang maksimum – SDG $6,000.00.

Tetapi menurut pengalaman beliau untuk menjual 500 buah buku Melayu di pasaran tempatan ia adalah satu cabaran. Sebab itu kita perlu mengatur strategi pemasaran.

Mengarang bukan untuk syok sendiri! Kita mesti tahu cita rasa pembaca. Ia seperti menghidangkan makanan untuk pelanggan. Restoran makanan segera tidak pernah lengang kerana pelanggannya adalah remaja. Buku-buku yang bertemakan keremajaan terlalu kurang di pasaran masa kini.

Oleh kerana itu TamanBahasa juga menggalakkan anda menulis cerita-cerita keremajaan – tema cinta semasa bersekolah antara tema yang menarik perhatian pembaca remaja.

Selepas sesi temujanji itu selesai TamanBahasa telah memberitahu niat kita untuk membukukan karya kita bersama dan beliau bersetuju untuk berkerjasama menjayakan impian kita supaya menjadi realiti.

TamanBahasa masih menanti kehadiran emel-emel anda. Tunggu apa lagi !

Saturday, August 04, 2007

PeSta KeluaRGa 07

Wednesday, August 01, 2007

BloGGer GoBlok

Di negara jiran kita para blogger dijenamakan dengan pelbagai gelaran. Oleh kerana kebanyakan suara-suaranya tidak sehaluan dengan pihak kerajaan mereka dicap sebagai penembak curi atau penyebar fitnah.

Rasa tidak puas hati selalunya disalurkan melalui akhbar harian tetapi apabila saluran ini tertutup kerana sehaluan dengan pihak kerajaan, rasa kejengkelan itu disalurkan ke internet yang sejauh ini tiada undang-undang siber yang menyekat kebebasan seseorang untuk bersuara yang modalnya hanya tetikus! tetapi pelanggannya tidak terbilang!

Di negara kita beberapa blogger telah dihadapkan ke mahkamah kerana mempermainkan isu keagamaan yang dianggap sensitif yang boleh menggugat keamanan dan kesentosaan negara.

Layakkah para blogger dikatogerikan seperti monyet-monyet yang mengamalkan undang-undang rimba. Satu penghinaan yang melampau. Akhirnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Perlukah para blogger didaftarkan?

Semua orang berhak melahirkan perasaan tidak puas hatinya. Ada yang melahirkan dalam bentuk positif dan ada yang melahirkan dalam bentuk negatif.

Sebagai insan yang berhemah tinggi janganlah kita dijenamakan sebagai blogger goblok yang tidak dapat mengawal emosi dengan meluahkan sesuatu tanpa memikirkan kepentingan ummah dengan post-post yang liar dan beracun!

Menegur atau mengkritik patut digalakkan. Tetapi melucah dan memfitnah patut dielakkan!