Tuesday, August 07, 2007

1 MisteRi XIV

Seperti yang dijanjikan petang tadi TamanBahasa telah bertemu dengan seorang penerbit buku. Menurut beliau untuk menerbitkan sebuah buku kosnya lebih kurang SDG $2,000 (dua ribu dolar) untuk mencetak 500 buah buku.

Jika buku itu terjual semua bermakna penulis akan mendapat keuntungan SDG $4,000.00 - jika setiap buku dijual SDG $12.00. ($6,000.00 - $2,000.00 = $4,000.00)

Dan jika bernasib baik pihak Majlis Buku Kebangsaan Singapura (NBDCS) akan memberi gran untuk membiayai kos penerbitan SDG $2,000.00. Penulis tidak akan mengeluarkan walaupun sesen tetapi mendapat keuntungan yang maksimum – SDG $6,000.00.

Tetapi menurut pengalaman beliau untuk menjual 500 buah buku Melayu di pasaran tempatan ia adalah satu cabaran. Sebab itu kita perlu mengatur strategi pemasaran.

Mengarang bukan untuk syok sendiri! Kita mesti tahu cita rasa pembaca. Ia seperti menghidangkan makanan untuk pelanggan. Restoran makanan segera tidak pernah lengang kerana pelanggannya adalah remaja. Buku-buku yang bertemakan keremajaan terlalu kurang di pasaran masa kini.

Oleh kerana itu TamanBahasa juga menggalakkan anda menulis cerita-cerita keremajaan – tema cinta semasa bersekolah antara tema yang menarik perhatian pembaca remaja.

Selepas sesi temujanji itu selesai TamanBahasa telah memberitahu niat kita untuk membukukan karya kita bersama dan beliau bersetuju untuk berkerjasama menjayakan impian kita supaya menjadi realiti.

TamanBahasa masih menanti kehadiran emel-emel anda. Tunggu apa lagi !

0 Comments:

Post a Comment

<< Home