Sunday, December 23, 2007

Raya Di RaNtaUan 9



ShangHai

23.12.07

08.00 am - Sarapan pagi
09.30 am - Hari ini acara bebas. Kami bebas melakukan apa saja. Tapi ini yang memeningkan kepala kami. Tak tahu jalan dan hendak ke mana? Bingung!

Tetapi setelah beristiqamah kami menaiki 2 teksi ke NanJing Road pusat membeli belah tarikan pelancong seperti Orchard Road. Kosnya cuma RMB 13.

Kami menyusur dari hujung ke hujung sejauh perjalanan daripada MarCoPolo Hotel ke Istana Presiden Singapura. Hampir semua pusat membeli belah kami kunjungi termasuk pusat membeli belah bawah tanah.

Di UnderGround Shopping : 4GB PSP cuma RMB 200 dan 16 GB USB RMB 150 sementara CyberShoot TS RMB 2,000 sahaja! Begitu juga pakaian dan barangan yang dijual boleh ditawar. Jika ke ShangHai jangan lupa ke UnderGround Shopping Mall.

12.00 pm - Kemudian kami makan tengahari di Restoran Islam yang terdapat di pusat membeli belah NanJing. Kami makan cara steamboat dan kosnya RMB 240. Setelah itu kami ke masjid di Xiaotaoyuan dengan menaiki teksi RMB 12. Masjid itu kami dapat dengan bertanya kepada pelayan di restoran.

01.00 pm - Oleh kerana kami berenam jadi memerlukan dua teksi. Tim Pertama Cg, Zet dan alHakim tiba awal di masjid tidak lama kemudian Tim Kedua Kakiton, AtiQa dan IskanDar tiba lewat kerana tiba-tiba tayarnya pancit di pertengahan jalan.

01.30 pm - Masjid Xiaotaoyuan macam bangunan Jamiyah Singapura bersih dan kemas cuba ambil wuduk sejuknya macam air batu. Selepas itu kami ke kedai China Islam untuk makan mi yang diuli jadi rambut halus. Power!

03.00 pm - Setelah itu kami kembali ke NanJing - RMB 15 untuk meronda lagi. Kami menaiki train macam di zoo dari hujung ke hujung RMB $2.00. Kami dapati harga di gedung-gedung pusat membeli belah di NanJing harganya agak mahal kecuali di UnderGround Shopping Mall.

06.00 pm – Kami kembali lagi ke kedai mi di sebelah masjid Xiaotaoyuan untuk makan malam. Kali ini kami dihidangkan percuma daging korban oleh tuan punya kedai dan salah seorang tetamu menuliskan alamat lima masjid yang terdapat di ShangHai.

07.00 pm – Kami bergambar dengan tuan punya kedai dan tukang masaknya di luar kedai sebagai terima kasih dan tanda kenangan.

08.00 pm – Akhirnya kami tiba kembali di hotel dengan teksi (RMB 25) untuk berkemas dan merehatkan tubuh yang sepanjang hari meronda tanpa henti macam amazing race!

# Keperluan mengetahui bahasa Mandarin dapat membantu ketika melancong di negara China. Kebanyakannya tidak faham bahasa Inggeris. Kami bernasib baik kerana Skazeisk boleh memahami bahasa Mandarin dan berbual macam tarzan sehingga mengambarkan daging kambing dengan mengepak macam ayam! Kelakar habis!

# Melancong ke nagara-negara yang besar seperti China dan India atau ke Amerika dan Eropah memerlukan ketahanan fizikal dan mental. Jika mempunyai anak-anak yang masih kecil sebaiknya melancong ke seberang tambak sudah memadai kerana anak-anak yang berumur 15 ke bawah tidak meminati tempat-tempat yang dilawati dan akan menjadi beban kepada orang tua mereka.

# Sepanjang perjalanan hampir 9 hari untuk menghilangkan rindu kami kepada Mat BurGer dan adik-adiknya kami sering mainkan video klipnya sama ada di hotel ataupun di dalam van dengan menggunakan laptop!

# RMB 50 = SGD $10.00

0 Comments:

Post a Comment

<< Home