Sunday, March 02, 2008

Demam Kot 7



FATWA 1

Saudara-saudara sekalian, percayalah kita menentang UMNO kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.

Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.

Kampung Banggul, Peradong, Terengganu - 7 April 1981.

FATWA 2

Orang UMNO dianggap kafir berpandukan tiga faktor :

Ahli-ahli UMNO telah menyokong perlembagaan negara yang bukan merupakan perlembagaan Islam.

Pemerintah yang terdiri daripada orang-orang UMNO telah meletakkan perlembagaan negara lebih tinggi dari al-Quran.

Kezaliman yang telah ditunjukkan oleh pemerintah terhadap orang-orang Islam, khususnya PAS, jelas menunjukkan mereka tidak Islam.

17 Jun 1986.

PAS mengkafirkan UMNO kerana berkongsi kuasa dengan MCA, MIC dan lain-lain parti komponen BN yang bukan daripada kalangan umat Islam.

Sedangkan BA (Barisan Alternatif) dan BERSIH terdiri daripada PAS, KeADILan, PRM dan DAP?

FATWA 3

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang benarkan calon mengumpat.

‘‘Sesetengah ustaz kata tidak boleh mengumpat, dia sebenarnya ‘dok tahu kale’ (tidak berilmu). Ulama-ulama kita telah mengarang satu kitab yang membenarkan kelemahan, kerosakan dan kejahatan seseorang itu didedahkan.”

Kuala Besut : 27 Februari 2008.

# bersambung demam kot 8 . . .

0 Comments:

Post a Comment

<< Home