Tuesday, October 07, 2008

PUaSa ENam


Hari ini genap enam hari untuk mereka yang berpuasa enam berterusan selepas meraikan idil-fitri pada hari pertama. Syukur alhamdullilah di atas nikmat Allah swt.

Sesiapa yang telah berjaya menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan selama sebulan kemudian diikuti dengan enam hari pada bulan Syawal maka dia akan dikurniakan pahala seperti orang yang berpuasa selama setahun.

Puasa di dalam bulan Ramadhan yang lalu selama 30 hari menyamai puasa 10 bulan. Sementara enam hari pada bulan Syawal pula menyamai dua bulan. Maka genaplah 12 bulan atau pahala seolah-olah setahun berpuasa.

Ini diterang di dalam sebuah hadis yang bermaksud :

Allah menjadikan (pahala) setiap kebajikan dengan sepuluh kali ganda pahalanya. Maka sebulan menyamai sepuluh bulan dan enam hari selepas Raya mengenapkan setahun.

Puasa enam ini juga ibarat solat Rawatib yang melengkapkan dan menampal kekurangan-kekurangan solat. Maka tentunya terdapat kekurangan yang kita lakukan semasa kita melakukan ibadah puasa di dalam Ramadhan yang lalu. Maka inilah peluang untuk kita menampal kekurangan puasa kita.

Ibadah puasa enam di dalam bulan Syawal boleh dilakukan samada secara berterusan atau berselang-seli, selama mana ia dilakukan di dalam bulan Syawal maka ianya diterima.

# Khutbah Jumaat Majlis Ugama Islam Singapura : 6 Syawal 1422

0 Comments:

Post a Comment

<< Home