Kembara 3 Kota : 1
Malam ini bermula Kembara 3 Kota pada pukul 23.55 malam dengan kapal terbang SIA SQ328 di Teminal 3.
Kami seramai 10 orang terdiri daripada keluarga TamanBahasa, Skazeisk dan Ayangz. Muhd Nur AniQ yang baru selesai pagi tadi menjalani ibadat aQiQah sempena aidil-adha di Masjid Siglap pada pukul 10.30 pagi dan seekor lagi di Masjid TaQwa, Bedok pada pukul 12.30 tengah hari adalah peserta termuda yang berusia 18 bulan.
Selama 12 hari kami akan mengembara ke tiga buah kota kosmopolitan London (England), Paris (Perancis) dan Rom (Itali) tanpa pemandu pelancong. Kami hanya membeli tiket kapal terbang dan tempat penginapan.
Aturcara lawatan diatur oleh Skazeisk di Englang (Manchester, Liverpool dan London) dan di Kota Rom. Sementara Ayangz ditugaskan menyusun aturcara kembara di Kota Paris.
Insya Allah kami akan update setiap hari melalui laptop NEC yang kecil molek sesuai untuk tujuan kembara.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home