Wednesday, December 10, 2008

Kembara 3 Kota : 4



Kembara pertama kami ialah mengunjungi stadium Manchester United di Old Traford.

Kami menaiki bas dari Hotel Premier Inn bas no 18 menuju ke Manchester Town dan kemudian menukar bas 236 untuk ke stadium.

Tambang bas kami beli 3.5 pound untuk pakej perjalanan sehari. Tidak kira berapa kali, Satu penjimatan kerana sekali perjalanan kosnya antara 2 atau 3 pound (SDG $4.30 hingga $7.00).

Pada pukul 10.00 pagi kami tiba di Stadium Manchester yang menjadi mercu tanda agung bagi peminat bola sepak dunia. Stadium dibanjiri oleh para peminat dan pelancong yang ingin turut merasakan kehebatannya. Kami bertemu dan berkenalan dengan dua keluarga Malaysia di situ.

Kami menuju ke museum Manchester United yang merakamkan setiap detik kegemilangan menjuarai setiap trofi kebangaan pemain dan peminat giler bola sepak. Sudah tentu peminat gilernya turut merasai kebanggaan yang tidak terkata. Betul tak Herman? Betul! Betul! Betul!

Kami juga turut masuk ke stadium untuk merakam gambar. Medan perjuangan Ryan Gigg, Ronaldo, Van De Sar, Rooney dan lain lain lagi termasuk David Beckham. Kami juga berusaha untuk mendapatkan tiket perlawanan Champions Leauge antara Manchester dengan Aalborg malam esok. Tapi kehampaan kerana tiket sudah siang-siang sold out !!!

Dengan kehampaan kami menuju ke Mega Store yang menjual pelbagai barangan jenama Manchester United, termasuk jersi, bola, cenderahati, poster dan peralatan rumah. Kami bagaikan orang jakun. Mata telah kelabu dengan jenama Manchester United. Sama ada yang berwarna putih, merah ataupun biru. Yang penting logo Manchester United !!!

Sekali lagi kami ‘kehampaan’ jersi-jersi bola yang dijual dari 15 pound sehingga 200 pound itu made in Thailand, made in Morocco, made in India, made in China, made in Indonesia, dan yang paling gelak habis made in Malaysia !!! Mana dia made in UK ?

Ketika membayar di kaunter jualan, Iskandar bertanya ada lagikah tiket perlawanan antara Manchester dengan Aaborg. Setelah dicheck oleh jurujual di komputer, beliau mengatakan ada beberapa tiket yang dipulangkan. Kami pun tanpa banyak bicara terus menempahnya. 6 dewasa dan 2 kanak-kanak.

Ya !!! kami akan menonton perlawanan Manchester United dengan Aalborg secara live di stadium. Yang kami tidak jangkakan kami akan dduduk di baris kedua, tempat duduk berkerusi. Jadi jangan lupa saksaikan kami semua di belakang gol. Ya tempat duduk kami di belakang gol baris kedua !!! Yaahhoooo !!!!

# Makan malam kami ialah kebab Taste Buds halal yang kami temui di sebelah stesen keratapi SALE di kawasan stadium Manchester United. Harganya antara 2 pound dengan 3.30 pound (SDG $4.00 hingga $6.00) sama seperti di Simpang Bedok !

# Jangan lupa tonotn perlawanan bola malam ini bersama kami di stadium Manchester, Old Traford !!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home