Wednesday, June 03, 2009

iDaman 3



Kisah bermula di bawah kolong blok pada hari pengkebumian allahyarhamah Cik Mos (Clementi) 15.03.2009 (Ahad). Abang Wan (Taman Pelangi JB) telah menawarkan sebuah rumah teres di Taman Perling.

Minggu berikutnya kami (termasuk Syurgawijr & Ylo Inda House) telah berkunjung Taman Perling untuk melihat rumah tersebut.

Keadaan rumahnya dijaga rapi termasuk sebuah taman mini di halaman rumahnya. Abang Wan juga menawarkan secara percuma segala perabut yang terdapat dalam rumah tersebut.

Lokasinya agak strategik. Cuma 15 minit dari Koswe dan berdekatan dengan Pusat Beli Belah Angsana, Giant dan Danga Bay.

Oleh kerana unit rumah teresnya terletak di tengah-tengah, kelihatan agak suram dan rasa terhempit. Sudah tentu kami merasakan harga yang ditawarkan agak tinggi - RM $200,000 (SDG $82,663.00) walaupun pemilikan bebas - internasional !!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home