Tuesday, August 04, 2009

Aku Ketahuan 2



Kasih sayang adalah sesuatu yang indah untuk dikenang selamanya. Tetapi ramai remaja yang patah hati.

Sudah lama pelajar ini tidak menghadiri kelas, sedangkan peperiksaan yang menentukan laluannya sama ada ke Politeknik, JC atau ITE akan berlangsung tidak lama lagi. Walaupun TCnya telah menelefon rumahnya berkali-kali, tiada siapa yang akan menjawabnya.

Cg rasakan kehilangannya kerana pelajar ini sering menjawab pantun-pantun yang Cg tujukan kepada kelas. Selalunya pantun dua kerat.

Seperti : Misah Omar beli kelapa, Bila besar jadi apa?
Jawapannya mudah : Misah Omar pergi salon, Bila besar jadi belon. (Betul ! Betul ! Betul !)

Akhirnya pelajar ini menjelma di kelas.

Setelah tamat kelas untuk waktu rehat Cg bertanya khabarnya setelah semua pelajar meninggalkan kelas. Pantun dua kerat yang Cg luahkan tidak dijawabnya. Hanya menggeleng-gelengkan kepalanya kemudian berlalu pergi !

Sejak itu kehadirannya macam biskut. Kejap ada ! Kejap tidak ada ! Namun begitu kata orang terkilat ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Kehadirannya telah menjawab persoalan ketidakhadirannya . . di lengannya. Kasihan! Begitu pahit untuk ditelan !

Pada satu kesempatan apabila Cg persoalkan tindakan yang dilakunya itu sesuatu yang tidak rasional, matanya merenung tajam menahan gelora perasaannya. Kemudian berlalu pergi !

Cg memasang perangkap. Para pelajar perlu melengkapkan karangan berdasarkan permulaan yang diberi untuk menyiapkan sebuah karangan. Loceng berbunyi. Karangannya tidak siap. Kemudian berlalu pergi !

Kehadirannya di sekolah seperti biskut. Akhirnya karangannya siap. Perangkap mengena. Yahoo ! Tiga garis parut di lengan kirinya akibat dikelar dengan pisau cukur sebagai tanda tiga tahun percintaan yang berakhir dengan darah dan air mata !

1 Comments:

Blogger sally said...

Tiga garis parut di lengan kirinya akibat dikelar dengan pisau cukur sebagai tanda tiga tahun percintaan yang berakhir dengan darah dan air mata !

cg ini maksudnya apa?
pelajar itu benar benar memarut lengannya ya?
kata "memarut" macam memarut kelapa haha :P
seharusnya gunakan kata "mengelar", kan??

6:26 PM

 

Post a Comment

<< Home