Wednesday, July 07, 2010

Cabaran 7


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Kalau orang merajuk hendaklah dipujuk. Merajuk kerana mungkin hatinya tersinggung. Sama ada disengajakan ataupun sebaliknya. Ada merajuk senang dipujuk. Ada merajuk yang sukar dipujuk. Terserahlah kepada orang yang dirajuk. Sama ada hendak memujuk atau sebaliknya. Masya-Allah.

Mula-mula jubin di dapur terkopak. Kemudian kipas di ruang tamu tiba-tiba rosak. Diikuti pula oleh kipas gantung di bilik. Mati tiba-tiba. Tidak lama kemudian penutup paip air tertanggal. Bumper kereta kemek ketika berundur di kolong blok 313. Dan semalam saluran paip mandi pula bucur! Masya-Allah.

Sejak terbetik berita rumah ini hendak dijual secara koinsiden apa yang dicatatkan di atas berlaku selang beberapa hari. Adakah rumah kami merajuk? Adakah rumah kami tersinggung dengan tindakan kami untuk berpindah rumah? Macam mana hendak pujuk rumah yang merajuk? Masya-Allah.

Kata orang > Merajuk pada yang sayang. Minta pada yang kasih. Betul! Betul! Betul! Masya-Allah.

Nantikan Esok Cabaran Ke 8

0 Comments:

Post a Comment

<< Home