Tuesday, May 30, 2006

GuNunG LeDanG



Nama asal Puteri Gunung Ledang : Gustri Puteri Ratno Dumilah dan dikatakan dia tidak dimakan usia (immortal) lantaran kuasa sakti dan jampi menteranya yang dimilikiya. Gusti Puteri, telah menetap di dalam sebuah gua di puncak Gunung Ledang. Di situ, "istana" Gusti Puteri dibina dan dihiasi perabut yang diperbuat daripada tulang-tulang orang mati, dan setiap inci tubuh badannya dihiasi dengan emas dan sutera.

Gua tersebut ditanami dengan pepohon buluh yang menghasilkan bunyian seruling yang indah dan mersik kemerduannya. "Istana" Gusti Puteri dikelilingi hutan di mana tinggalnya sang harimau (harimau jadian) yang menjadi pengawal kepada Gusti Puteri dan pendinding keselamatan beliau.

Gusti Puteri sebenarnya mempunyai kepandaian dan kuasa sakti untuk menyamar - di mana pada waktu pagi dia berupa seorang budak perempuan, tengahari berupa perempuan muda dan malam hari menjadi perempuan tua.

Hikayat juga ada menyatakan bahawa Gusti Puteri mempunyai tujuh orang saudara perempuan dari tanah Jawa, serta saudara-mara di Johor, termasuklah Puteri Gunung Banang di Batu Pahat, Puteri Gunung Panti di Kota Tinggi dan Puteri Gunung Beremban di sempadan antara Johor dan Pahang. Dipercayai bahawa puteri-puteri ini tidak dapat dilihat oleh orang ramai namun mereka yang tersesat di dalam hutan dikatakan pernah bertemu dengan sang puteri tersebut.

Mengikut ceritanya Gusti Puteri telah bersuami, suatu hari Gusti Puteri terperanjat dan dengan tidak sengaja tercucuk tangan suaminya dengan jarum yang berada di tangannya. Pada saat itu juga, suaminya jatuh ke pasir lalu mati. Apa yang Gusti Puteri tidak sedari itu adalah sumpahan di mana sekiranya suaminya itu tercucuk jarum, akan matilah ia. Atas sebab terlalu sedihnya ia, Gusti Puteri membawa diri ke Gunung Ledang dan berjanji tidak akan berkahwin lagi.

Atas sebab itulah Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud dengan mengenakan tujuh syarat yang tak mampu ditunaikan, ialah:

 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
 7 dulang hati nyamuk.
 7 dulang hati kuman.
 7 tempayan air mata anak dara.
 7 tempayan air pinang muda.
 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih bayi lagi.

Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya.

Saturday, May 27, 2006

7 JeNis KeCerDaSan


Dr. Howard Gardner, pencetus teori MULTIPLE INTELLIGENCE mengemukakan 7 jenis kecerdasan yang meliputi :

Cerdas Bahasa
kemahiran berbahasa (contoh : guru, penulis, peguam, wartawan, LKY)
Cerdas Gambar
memiliki imajinasi tinggi (contoh : pereka, Da Vinci, jurutera)
Cerdas Musik
peka terhadap suara dan irama (contoh : Mawi, pengubah, ahli musik)
Cerdas Tubuh
pergerakan tubuh badan (contoh : pelakon, penari, Rooney)
Cerdas Matematik
cerdas dalam sains dan mengira (contoh : ahli sains, Einstein, akuantan)
Cerdas Sosial
kemampuan tinggi dalam membaca fikiran dan perasaan orang lain (contoh : jurujual, kounselor, ahli politik, peniaga Datuk K)
Cerdas Diri
menyedari kekuatan dan kelemahan diri (contoh : Dr Mahathir)

Membangun seluruh kecerdasan anak adalah ibarat membangun sebuah khemah yang mempunyai beberapa tiang sebagai penyokongnya. Semakin sama tinggi tiang-tiang penyokongnya, semakin kokoh pulalah khemah itu berdiri.

Untuk menjadi sungguh-sungguh cerdas bererti memiliki tahap yang tinggi pada seluruh kecerdasan majmuk tersebut. Walaupun sangat jarang seseorang memiliki kecerdasan yang tinggi di semua bidang, biasanya orang yang benar-benar sukses memiliki kombinasi 4 atau 5 kecerdasan yang menonjol.

LEONARDO DA VINCI memiliki kecerdasan yang luar biasa dalam bidang gerak tubuh, kesenian, seni bina, matematik dan fisik.

Penelitian menunjukkan bahawa faktor genetik saja tidak cukup bagi seseorang untuk mengembangkan kecerdasannya secara maksima. Justeru PERANAN IBU BAPA dalam memberikan latihan-latihan dan sekitaran yang mendukung JAUH LEBIH PENTING dalam menentukan perkembangan kecerdasan seorang anak.

Jadi, untuk menjamin masa depan anak yang berjaya, kita tidak boleh bergantung kepada peranan sekolah semata. Ayah Ibu HARUS berusaha sebaik mungkin untuk menemukan dan mengembangkan sebanyak mungkin kecerdasan yang dimiliki oleh anak-anak mereka.

Thursday, May 25, 2006

PeNanTiAn BerAkHir

Thursday, May 26, 2005
TAMAN BAHASA

Selamat Datang ke Taman Bahasa. Ruangan Taman Bahasa ini mempunyai visi untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dalam Bahasa Melayu di kalangan generasi muda di samping melestarikan adat dan budaya Melayu yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.



1 - KOD 26 MEI



2 - LAWAK ANTARABANGSA



3 – BAPA BOREK



4 - ARAB PENGSAN

Tuesday, May 23, 2006

Kod 26 Mei 2006

26 Mei 2006 - Jika Selama Ini Anda Dihantui Kod 26 Mei 2006 - 26 Mei
26 Mei 2006 - Bayangan Kod 26 Mei 2006 Akan Menjelma - 26 Mei 200
26 Mei 2006 - Nantikan Tayangan Kod 26 Mei 2006 - 26 Mei 2006 26 M
26 Mei 2006 - Pada Malam Jumaat 26 Mei 2006 - 26 Mei 2006 26 Mei 2
26 Mei 2006 - 7 Video Klip Untuk Tontonan Anda Pada 26 Mei 2006 - 26
26 Mei 2006 - Raikan Bersama Kami Malam Istimewa Ini - 26 Mei 2006
26 Mei 2006 - Rebutlah Hadiah Misteri Untuk Kuiz TamanBahasa - 26 M

Monday, May 22, 2006

Mutiara TamanBahasa

Esok adalah Misteri - Hari ini adalah Realiti - Kelmarin adalah Mimpi

Saturday, May 20, 2006

TahNik


TAHNIK (merasakan langit-langit mulut dengan manisan).

Termasuk sunnah yang dilakukan pada saat menerima kelahiran bayi adalah TAHNIK, iaitu melembutkan sebutir KURMA dengan dikunyah atau menghaluskannya dengan cara yang sesuai lalu dikenakan pada langit-langit mulut bayi. Caranya, dengan menaruh sebagian KURMA yang sudah lembut di ujung jari lalu dimasukkan ke dalam mulut bayi dan digerakkan dengan lembut ke kanan dan ke kiri sampai merata. Jika tidak ada KURMA, maka gunakan sesuatu yang manis (seperti MADU atau GULA). Abu Musa menuturkan : "Ketika aku dikurniai seorang anak laki-laki, aku membawanya kepada Nabi, maka beliau menamainya Ibrahim, menTAHNIKnya dengan KURMA dan mendo'akan keberkahan baginya, kemudian menyerahkan kepadaku".

Wednesday, May 17, 2006

? ? ?


Sesiapa Yang Dapat Menyelesaikan Kod 26 May 2006
Akan Menerima Hadiah Misteri

Tuesday, May 16, 2006

KaSih SeOrang iBU

Ibu - Selagi dikau masih ada . . .
Selagi Dia Masih Hidup . . . . . . . .

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah.

Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam longkang.

Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit , " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH!".

Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan lain-lain. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih.

Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita.

Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE".

Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira. Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.

Apabila kita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang- sampai ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu, dengan tidak bersalaman dengan Ibu di luar dorm, takut malu dilihat kawan-kawan.

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin - kita ada boyfriend / girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata " Ibu ni kepohlah!!"

Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam ibu!!"

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri - Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan.

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu.

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu . . !!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di rumah Ibu. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata " saya sibuk!!!!"

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.

Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.

Ingatlah selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa Ibu. Siapalah kita tanpa jasa dan pengorbanannya.

Mutiara TamanBahasa

Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula,
Jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan
Jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya.
Mulakan dengan Bismillah sebelum minum.

Sunday, May 14, 2006

AL-KiSaH


IBU adalah di antara orang yang akan mencorak dan membentuk keperibadian anak-anaknya, sebagaimana maksud dalam sebuah hadis : "Tidak ada seorang yang lahir melainkan menurut fitrahnya, maka kedua IBU bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Al QAMAH ahli ibadat menghadapi masalah untuk mengucap ketika sedang nazak kerana hati IBUnya terguris kerana ia melebihkan isterinya daripada IBUnya. SI TANGGANG atau MALIM KUNDANG disumpah menjadi batu kerana tidak mengakui IBU yang menyusuinya kerana beristerikan seorang puteri. MAK HITAM mengorbankan dirinya kerana sifat tamak anaknya SI PEKAN yang memakan TELOR IKAN TEMAKOL sehingga terjadilah peristiwa BATU BELAH BATU BERTANGKUP.

IBU BAWANG MERAH (LABU) menjadi IKAN KALOI kerana dibunuh oleh madunya IBU BAWANG PUITH (KUNDUR). BAWANG MERAH hidup terseksa di tangan IBU TIRInya. Begitu juga LAILA MANJA didera oleh IBU TIRInya juga.

MASYITAH dan anak-anaknya sanggup dicampak ke dalam kuali berisikan minyak mendidih itu kerana ALLAH.

AKHIR sekali SITI AMINAH IBU yang TERPILIH telah mengandung dan melahirkan kekasih ALLAh iaitu NABI MUHAMMAD SAW

Wednesday, May 10, 2006

RaTu HaTiKu

Monday, May 08, 2006

HaRi iBU

. . nilai kasih sayang seorang iBU
Seorang anak mendapatkan iBUnya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis :

Kos membantu iBU menjaga adik : $4.oo
Pergi ke kedai beli barangan dapur : $4.oo
Buangkan sampah : $1.oo
Kemas semua tiga bilik : $3.oo
Sapu seluruh rumah : $3.oo

Selesai membaca si iBU tersenyum lebar lalu mencapai sebatang pen dan menulis :

Kos mengandungkan kamu - percuma
Menjaga kamu siang-malam - percuma
Kerunsingan kerana bimbangkan kamu - percuma
Menyediakan makan-malammu - percuma
Keseluruhan nilai kasihmu - percuma

. . . airmata anaknya kemudian berlinangan membasahi pipinya lalu memeluk iBUnya . . dia kemudian menulis . . ' telah dibayar '. . .

# Disunting Dari Gadis Permata Biru


Friday, May 05, 2006

TiP MengHadaPi PePeriKsaaN

Ketika anda menghadapi peperiksaan, anda sedang memperlihatkan kemampuan anda memahami apa yang telah anda pelajari.

Peperiksaan memberikan gambaran terhadap perkembangan pelajaran anda. Terdapat beberapa aspek, seperti sikap dan keadaan anda akan mempengaruhi anda dalam peperiksaan.

Sepuluh tip untuk membantu anda dalam peperiksaan:

Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal. Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

Tenang dan percayakan diri anda. Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

Bersantailah tapi berhati-hati. Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu. Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tanda kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan.

Catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin akan digunakan sebagai jawapan ketika anda membaca soalan.

Jawab soalan secara strategik. Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah : soalan paling sukar, yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya, tetapi mempunyai markah sedikit.

Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih. Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis. Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu. Semasa menjawab soalan esei - jawab pada persoalannya. Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan. Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

Analisa jawapan anda. Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Terjemahan dari : Landsberger, Joe. Ten Tips of Test Taking

Tuesday, May 02, 2006

Mutiara TamanBahasa

"Tangisan adalah penawar bagi setiap penyakit yang tidak ada ubat, mata yang sentiasa berair menangis adalah sumber bagi rahmat Ilahi."