Tuesday, May 30, 2006

GuNunG LeDanG



Nama asal Puteri Gunung Ledang : Gustri Puteri Ratno Dumilah dan dikatakan dia tidak dimakan usia (immortal) lantaran kuasa sakti dan jampi menteranya yang dimilikiya. Gusti Puteri, telah menetap di dalam sebuah gua di puncak Gunung Ledang. Di situ, "istana" Gusti Puteri dibina dan dihiasi perabut yang diperbuat daripada tulang-tulang orang mati, dan setiap inci tubuh badannya dihiasi dengan emas dan sutera.

Gua tersebut ditanami dengan pepohon buluh yang menghasilkan bunyian seruling yang indah dan mersik kemerduannya. "Istana" Gusti Puteri dikelilingi hutan di mana tinggalnya sang harimau (harimau jadian) yang menjadi pengawal kepada Gusti Puteri dan pendinding keselamatan beliau.

Gusti Puteri sebenarnya mempunyai kepandaian dan kuasa sakti untuk menyamar - di mana pada waktu pagi dia berupa seorang budak perempuan, tengahari berupa perempuan muda dan malam hari menjadi perempuan tua.

Hikayat juga ada menyatakan bahawa Gusti Puteri mempunyai tujuh orang saudara perempuan dari tanah Jawa, serta saudara-mara di Johor, termasuklah Puteri Gunung Banang di Batu Pahat, Puteri Gunung Panti di Kota Tinggi dan Puteri Gunung Beremban di sempadan antara Johor dan Pahang. Dipercayai bahawa puteri-puteri ini tidak dapat dilihat oleh orang ramai namun mereka yang tersesat di dalam hutan dikatakan pernah bertemu dengan sang puteri tersebut.

Mengikut ceritanya Gusti Puteri telah bersuami, suatu hari Gusti Puteri terperanjat dan dengan tidak sengaja tercucuk tangan suaminya dengan jarum yang berada di tangannya. Pada saat itu juga, suaminya jatuh ke pasir lalu mati. Apa yang Gusti Puteri tidak sedari itu adalah sumpahan di mana sekiranya suaminya itu tercucuk jarum, akan matilah ia. Atas sebab terlalu sedihnya ia, Gusti Puteri membawa diri ke Gunung Ledang dan berjanji tidak akan berkahwin lagi.

Atas sebab itulah Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud dengan mengenakan tujuh syarat yang tak mampu ditunaikan, ialah:

 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
 7 dulang hati nyamuk.
 7 dulang hati kuman.
 7 tempayan air mata anak dara.
 7 tempayan air pinang muda.
 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih bayi lagi.

Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

This is very interesting site... »

3:03 AM

 

Post a Comment

<< Home