HaTiNya ReTak SeRiBu
Malam ini 1 Julai 2006 perlawanan antara England dengan Portugal peringkat suku akhir seperti soap opera yang benar-benar menjanjikan plot cerita yang menepati unsur-unsur konflik, ketegangan, kejutan, klimaks dan peleraian cerita yang menyentuh perasaan pembaca atau penonton.
Plot bermula dengan menampilkan keagungan pemain-pemain dan liga England yang dikatakan nombor 1 di dunia. Siapa tidak kenal Liga England setiap minggu dengan taburan bintang-bintangnya yang mendabik dada sebagai JUARA DUNIA! Dan media massa tidak habis-habis menggembar-gemburkan kehebatan mereka!
Pertarungan sengit antara kapten kedua-dua pasukan iaitu Luis Figo (7) dengan David Beckham (7) seakan berat sebelah. Permainan Beckham tenggelam dalam pelukan isterinya Posh Spice kerana gagal memberikan persaingan kepada Luis Figo (7) dan akhirnya menangis seperti anak kecil yang kehilangan botol susu. Begitu pedih hati seorang kapten pasukan dikeluarkan ketika perlawanan sedang berlangsung sehingga mencampakkan pergelangan kaptennya ke tanah dan menangis teresak-esak sendirian mengenang nasib badan 7 minit selepas separuh masa kedua.
Wayne Rooney (9) watak panas baran memainkan wataknya dengan sungguh berkesan sehingga dibuang pada pada minit ke 62 kerana memijak peha pemain lawan kemudian menolak teman sepasukannya Cristiano Ronaldo. Rasa frustnya dan dendamnya yang mendalam diluahkannya di depan pengadil. Inilah klimaks yang akan menjadi berita hangat setiap Piala Dunia! kerana ia pemain England seperti Beckham dibuang padang pada tahun 1998!
Namun begitu kita dihiburkan dengan lakonan watak tinggi lampai Peter Crouch (21) yang memainkan watak serba tak jadi. Kejar bola sorang-sorang macam nak gila. Bila dapat tanduk bola sering dipersalahkan dan bila mengelecek bola selalu tertinggal bola!
Kita juga menyaksikan dua personaliti jurulatih yang berbeza bagai bumi dengan langit. Sedang L Scolari membakar semangat juang pemain-pemain Portugal, S Eriksson jurulatih England pula bagaikan seorang yang sedang menelan pil tidur!
Plot cerita berakhir dengan begitu tragedi yang menyayat hati. Frank Lampard (8), Steven Gerrard (4) & J Carragher (15) adalah pemain-pemain kelas dunia yang gagal menjaringkan tendangan penalti (Tepat Tekaan Atiqa). Akhirnya bintang-bintang England gugur bertaburan tanpa kerlipan dan sinaran Piala Dunia. Mereka layak menerima jolokan saguhati 'Juara Tanpa Piala'
Para pembaca atau penonton terpaku dengan wira pemusnah impian England Cristiano Ronaldo (17) penjaring penalti terakhir yang memastikan kemenangan Portugal ke atas England dengan penuh bergaya. Syabas! Cristiano Ronaldo, Ricardo & Portugal.
# Atiqa telah menggunakan hampir sekotak tisu sepanjang perlawanan terutama pada detik-detik tendangan penalti. Hatinya retak seribu!
3 Comments:
best regards, nice info 0 card credit mint merchant account service debbie travis home facelift
1:25 PM
best regards, nice info » » »
3:59 AM
This is very interesting site... » »
7:55 PM
Post a Comment
<< Home