Tuesday, June 06, 2006

Weltmeisterschaft !


Pertandingan Piala Dunia di German akan bermula pada 9 Jun 2006. Pasukan Blog HjSalleh telah mula berlatih sejak ditubuhkan pada 1 Muharram 1427 (1 Feb 2006) dan telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan bagi menyemarakkan pesta Piala Dunia.

Latihan berbentuk Joga Bonito telah meningkatkan lagi semangat berpasukan di samping kemahiran bermain dan stamina para pemain.

Perlawanan terakhir menjelang Piala Dunia pada 21 Mei 2006 adalah perlawanan yang telah mencatat satu sejarah pada pasukan kami. Pasukan kami telah menang dengan penuh bergaya, iaitu 4 kosong, seperti kemenangan pasukan Brazil mengalahkan New Zealand dan England mengalahkan Northern Ireland dalam perlawanan persediaan terakhir mereka.

Contoh Kuiz Piala Dunia 2006 :
1. Siapakah Edson Arantes do Nascimento ?
2. Pertandingan Piala Dunia bermula pada tahun berapa ?
3. Siapakah pemain bola sepak Piala Dunia 1994 yang mati dibunuh kerana menjaringkan gol ke gawang sendiri ?
4. Namakan bola rasmi Piala Dunia 2006 .
5. Di negara manakah pertandingan Piala Dunia pada tahun 2010 akan dilangsungkan ?

Kuiz Piala Dunia dan Tayangan Joga Bonito Akan Disiarkan Pada Malam Jumaat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home