Amazing Race Pantai Timur
Misi Pertama
Awang Inn Rantau Abang
Kami sampai ke matlamat kami pada pukul 4.15 petang. Perjalanan kami tersangkak di Koswe. Sejam lebih kami tersendat menanti untuk melepasi pusat imigerasi. Bila sampai di kounter tiba-tiba komputer rosak. Berpindah ke kounter lain pulak. Hai nasib! Mengapa tidak pusat imigerasi itu diswastakan. Biar pihak kormesil yang uruskan. Mungkin perkhidmatannya bertambah baik kerana didapati hampir separuh kounter pemeriksaan paspot ditututp. Sejauh ini kita ada perkhidmatan komersil seperti Cisco yang menawarkan perkhidmatannya untuk publik. Di pusat imigerasi JB pula mengambil masa hampir setengah jam. Akhirnya kami berjumpa kereta 2 di JB pukul 8.00 pagi lalu terus menuju ke Mersing. Kereta 2 (Om Rizal) lenguh menunggu kami, kerana mereka bertolak selepas siaran pukul 3 pagi Piala Dunia. Rombongan kami bertolak menuju ke Rantau Abang pada pukul 10.00 pagi selepas bersarapan ringan. Sepanjang perjalanan Ustaz Muhd Nur Haziq tidak henti-henti berzikir – Allah! Allah! Allah!
Cerita Lawak :
1. Ketika melalui paluan ular ke Kota Tinggi, kali pertama Atiqa muntah selepas 17 tahun melancong menaiki kereta. Mabuk selekoh!
2. Di paluan ular Kota Tinggi, kami memotong, kereta, bas, lori, motorsikal termasuk traktor. Tiba-tiba di depan ada kereta polis. Jalan macam semut. Kereta 2 (Om Rizal) di depan tak berani memotong, walaupun kereta 3 (Herman) suruh memotong melalui talian hayat. Kereta polis itu macam sengaja, sekejap laju sekejap pelahan. Tumpang lalu Tok! Hormat Datuk!
3. Ketika memasuk Kuantan pada pukul 12.30 ayah memberitahu kami akan makan tengah hari di Gebang (sempadan Pahang dengan Terengganu), tetapi tiba-tiba ayah tukar program untuk makan di Kuantan di belakang Masjid Kuantan. Kami pusing-pusing di Kuantan cari tempat makan itu, tapi tak jumpa. Sama ada sudah tiada (sudah dua tahun) atau ayah sesat! Lalu kami terus ke Terengganu dan tiba di Gebang untuk makan tengah hari pada pukul 2.30 petang. Allah memperkenankan niat pertama ayah makan di Gebang!
4. Makan di Gebang juga lawak – Om anak beranak RM$37.00 (kereta 2) sedangkan kami yang ramai (kereta 1 & 3) dan makan banyak cuma RM$47.00!
5. Di Awang selepas makan malam di Dungun (kerana tukang masak di Awang cuti - penat melayan rombongan pelajar sehari sebelumnya) ayah bersama staf Awang menonton perlawanan bola di lobi pada pukul 9.30 malam. Om masuk sekaki untuk menonton sama perlawanan jersi kuning dengan jersi biru. Duduk depan lagi. Tiba-tiba baru Om sedar bukan perlawanan Piala Dunia antara Brazil dengan Argentina tetapi perlawanan akhir Malaysia Cup antara Kedah (kuning) dengan Melaka (biru). Tipa tertipu Bang!
6. Di Awang juga ada bilik internet di sebelah kounter pendaftaran untuk pelanggan melayari internet. Tetapi bilik itu juga macam penyu. Dulu ramai mat saleh tinggal di Awang untuk melihat penyu bertelor. Bila penyu pupus, mat saleh pun pupus dan internet pun pupus!
7. Pukul 10 malam rancangan nak beli sotong dari nelayan yang pulang dari laut dan bakar di tepi pantai. Wah best! Tetapi tiba-tiba hujan lebat. Kami pun bakar sotong dalam mimpi . . . selamat malam!
Misi Kedua
Kak Engku Pulau Kapas
Pagi di Rantau Abang kami habiskan dengan berjogging dan bermandi-manda sebelum meninggalkan jejak-jejak kami di pantai untuk ke Marang. Pagi ini sibuk cerita keputusan bola Piala Dunia siapa menang siapa kalah! Kami terima kiriman dari Mai – oleh-oleh dari negara kangaroo. Sebelum itu pengacara Atiqa mengadakan pengambaran segmen penyu bertelor di Rantau Abang.
Pukul 11.00 pagi kami bertolak menuju ke Marang dan tiba di Jeti Marang pada pukul 11.40 pagi. Kami makan tengah hari sambil menanti Kak Engku. 1.30 petang. Pada pukul 2.30 petang kami menaiki bot laju yang bergerak macam nak terbang . . terhentak-hentak di permukaan air. Satu pengalaman yang menyeronokkan tapi sikit mengerunkan.
Kami tiba di Pulau Kapas 3.00 petang dan menginap di bilik 41, 42, 43, 44 dan 45 yang berhawa dingin tetapi televisyennya tiada Astro untuk menonton perlawanan Piala Dunia.
Acara hari ini :
04.00 petang – minum petang (goreng pisang dan keropok lekor)
08.00 malam – makan malam (sambil menonton Astro Piala Dunia)
09.00 malam – 11.00 malam – mencandat sotong (tawar RM$350.00 dua jam)
12.00 malam – menonton perlawanan bola (kepenatan & kemabukan)
04.00 petang – minum petang (goreng pisang dan keropok lekor)
08.00 malam – makan malam (sambil menonton Astro Piala Dunia)
09.00 malam – 11.00 malam – mencandat sotong (tawar RM$350.00 dua jam)
12.00 malam – menonton perlawanan bola (kepenatan & kemabukan)
Cerita Lawak :
1. Para pengunjung yang datang ke Rantau Abang harap hati-hati kerana ‘Badang’ ada meninggalkan ‘bom’ di pantai Rantau Abang. Hahaha !
2. Om tak sabar menanti Kak Engku dan bayangkan macam Siti Norhaliza
3. Pampes Haziq tertinggal di Jeti Marang – 3 hari 2 Malam di Pulau Kapas tak pakai pampes!
4. Tawar menawar sewa bot candat sotong. Mula-mula RM$500 untuk 12 orang. Kemudian RM$450. Kemudian ayah tawar RM$350. Bos cakap RM$400 alasan harga minyak naik. Ayah cakap tawar menawar macam majlis peminangan, harga daging naik, harga gula naik . . candat sotong pun ada kena mengena dengan harga barang di pasaran. Pelik sungguh!
Misi Ketiga
Mencandat Sotong
Mencandat sotong adalah aktiviti ‘wajib’ untuk sesiapa yang bercuti di pulau-pulau peranginan tetapi kosnya tidak termasuk dalam pakej pelancongan. Kos mencandat sotong memang sudah ditetapkan antara RM$400 hingga RM$500 untuk sebuah bot bagi 12 orang. Kemahiran menawar akan menentukan harga bot tersebut. Selamat mencuba!
Kami bertolak pada pukul 09.00 malam dari jeti lalu menuju ke laut China Selatan. Alhamdullilah tidak hujan dan air laut tidak bergelombang. Setelah hampir 20 minit kami tiba di tempat mencandat sotong. Terdapat lebih 30 bot di sekitaran kawasan tersebut dengan disinari lampu minyak tanah, ooop maaf! lampu bot seperti pasar malam di tengah lautan luas.
Selepas sauh bot dilabuhkan para peserta diajar bagaimana mencampak mata kail dan menarik serta menghenjut tali tersebut untuk menarik perhatian sotong-sotong di dalam laut. Kami semua memang tidak sabar untuk mencandat. Akhirnya setiap orang mencampak mata kail dan mula mencandat sotong. Horai!
Hampir 20 minit menanti dan terus menanti. Kami mula bosan dan tangan lengoh menghenjut tali pancing. Mata mula ngantuk. Sotong kot tidur ke! Tiba-tiba terdengar pekikan dan keriuhan bermula. Mata kail kami mula direntap sotong-sotong. Horai! Terdengar sorakan Atok di belakang di ikuti dengan Pak Atik, Herman dan Diana. Pancing Iskandar juga mula mengena. Mata kami yang mula ngantuk kembali segar dan bercahaya untuk terus mencandat. Kami berlumba dengan pengendali bot yang memang ahli mencandat sotong. Hampir satu jam setengah kami mencandat dan mata kail kami bergilir-gilir dicandat sotong.
Hasil tangkapan kami melebih matlamat kami iaitu mengalahkan rombongan Bibik yang hanya mendapat 8 ekor sahaja. Horai! kita menang! Bibik kita menang! Juara mencandat sotong jatuh kepada Pak Atik yang berjaya mencandat 9 ekor sotong, Herman 4 ekor, Atuk 4 ekor, Diana 3, Iskandar 2 ekor dan Haziq yang sedang tidur dapat 1 ekor ditujukan khas untuk Batrisyah.
11.00 malam kami mendarat di jeti bersama tangkapan kami yang akan dijadikan juadah makan malam barbeku malam terakhir. Kami bergembira mencandat sotong-sotong kerana ia adalah kegiatan untuk para pelawat pada waktu malam. Tetapi gambarkan kehidupan seorang nelayan yang bergantung hidup kepada laut. Ia benar-benar mencabar! Mereka menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu! Tangkapan yang tidak menentu! Rezeki juga tidak menentu!
Akhirnya semua tidur dengan mimpi mencandat sotong. Perlawanan Piala Dunia hanya dalam mimpi. Atiqa siapa menang antara Brazil dengan Australia? Atiqa masih dalam selimut! Misi Ketiga selesai!
Cerita Lawak :
1. Ketika kita menanti sotong-sotong makan mata kail selama 15 minit dan mula bosan dan mengantuk tiba-tiba terdengar suara orang mengueeek. . dan mula muntah. . . dan tiba-tiba sotong-sotong mula makan mata kail kami. Agaknya dapat umpan dari Singapura sebab itu sotong-sotong itu mula memakan mata kail kami. Terima kasih ya sesiapa yang kasi umpan free untuk sotong-sotong itu. Siapa dia? Rahsia. Rahsia mu rahsia ku! Macam rahsia Siti Norhaliza!
2. Ketika kami tiba di jeti tiba-tiba ada pengail di jeti mengatakan ada penyu naik di Pulau Kapas. Sungguh-sungguh! Bila ayah tanya dia kata penyu itu dah habis bertelur. Cepat sangat penyu itu bertelor. Ayah cakap penyu berlakon kot! Dia tanya berlakon apa? Ayah kata saja-saja! Kasihan dia tak faham!
Misi Keempat
Mencari Nemo Di Pulau Kapas
Pagi ini pukul 10.00 pagi misi kami mencari teman bernama ‘Nemo’. Setelah mengenakan pakaian snorkeling kami menuju ke tempat sasaran. Air laut yang jernih kebiru-biruan dan tenang begitu mudah kami mencari sasaran. Nemo dan teman-temannya menyambut salam perkenalan kami dengan beramai-ramai berenang di sekeliling kami dan seperti biasa kami membalasnya dengan lambaian ‘wave’.
Pesta berlangsung dengan pertandingan captain ball di laut antara bekas-bekas pemain Piala Dunia seangkatan dengan Maradona, iaitu Abang Atit, Ayah, Cik Mat dan Cik Yati sebagai penjaga gol, menentang pemain-pemain baru seangkatan Wayne Rooney yang terdiri Herman, Diana, Iskandar dan Zetty sebagai penjaga gol. Pertandingan itu seakan berat sebelah dengan bekas-bekas pemain Piala Dunia mendahului dari awal hingga ke akhir. Sebagai rekod mereka menang 20 berbalas 12.
Pada pukul 12.00 kami pulang ke Resort untuk makan tengah hari dan bersiap untuk menaiki bot mengelilingi kepulauan Kapas. Acara menaiki bot mengelilingi pulau Kapas setakat bersiar-siar menghirup angin petang dan memberi makan ikan. Selepas itu kami makan petang sotong goreng bertepung yang kami tangkap. Enak sungguh. Lemak berkerim!
Acara malam terakhir ialah makan malam barbeku dengan menu utama ialah sotong panggang – sotong goreng dan satay sotong. Mabuk sotong! Dan ada yang phobia & truma makan sotong!
Cerita Lawak :
1. Pagi ini ayah menggunakan talian internet untuk mengemas kini blog TamanBahasa di kounter Kapas Resort. Bayaranya RM$5.00 untuk setiap setengah jam. Oleh kerana menggunakan sistem dial up, ayah memerlukan 30 minit untuk meng’post’ blog. Kalau di rumah cuma 3 minit sahaja. Lengoh menunggu!
2. Abang Atit korek rahsia tentang cerita-cerita ‘misteri’ di hadapan TamanSyurga (kubur). Kalau nak tahu lebih lanjut mesti datang ke Resort Pulau Kapas macam promosi pulak!
3. Tahu kenapa pulau Kapas dipanggil Pulau Kapas? Sedangkan tiada pokok kapas pun di pulau tersebut. Jawapannya di bawah.
Misi Kelima
Ikan Bakar Hari Bapa
Pagi ini kami lepak-lepak di sepanjang pantai sambil melawat Mak Cik Gemuk Resort. Tawaran di Mak Cik Gemuk Resort lebih mengancam dan resortnya betul-betul di tepi pantai dan tawaran harga pakej serta aktiviti lebih rendah daripada Pulau Kapas Resort. Nampaknya Abang Atit merancang untuk ke Mak Cik Gemuk Resort pada bulan November ataupun Disember akan datang bersama keluarganya.
Sementara menanti waktu makan tengah hari kami bermain volley ball. Jika bola masuk ke TamanSyurga (kubur) tolak 2 point. Pertandingan sungguh hebat dan berakhir dengan kemenangan kereta 2 (Om Rizal).
Akhirnya kami berangkat pada pukul 2.00 petang meninggalkan jejak-jejak kami di Pulau Kapas lalu menuju ke Kuantan, Pahang. Tiba di Kuantan kami menempah tiket untuk Abang Atit yang akan balik esok. Harga tiketnya RM$22.00 sahaja. Malam ini kami menginap di Mega View di tepi tebing Sungai Pahang di mana terdapat dua skrin besar pertandingan Piala Dunia. Wow!
Malam ini kami mencari Ikan Bakar Father’s Day di Awana Restoran. Tiga ekor ikan pari daun pisang yang dipanggang dengan sambal cili. Harganya Cuma RM$42.00 saja untuk hidangan tiga meja. Bila makan dengan nasi putih rasanya sungguh hebat. Berasap beb! Makan malam ini ditujukan khas kepada bapa-bapa bagi meraikan Hari Bapa : Bapak Hj Salleh, Ayah, Bapak Atit, Abah Ijal, Papa Herman dan bakal Daddy Iskandar. Kami rasa kehilangan Abah Ramli, Ayah Jaafar, Bak Jat dan Papa Arin yang tidak turut serta pada komboi kali ini. Namun begitu kami ucapkan semua bapa-bapa Selamat Hari Bapa! Misi berakhir!
Cerita Lawak :
1. Hari ini tiada cerita lawak. Cuma kami yang buat lawak. Lawak bodoh. Ha ha ha!
Misi Keenam
Tiara Beach Port Dickson (PD)
Selepas bersarapan, Ayah menghantar Abang Atit dan Atok (ingin kembali menemani Abang Atit) ke perhentian bas untuk kembali ke Singapura. Sementara kereta 1 dan 3 bergerak ke Tiara Beach Port Dickson kereta 2 menuju kembali ke utara, ke Pantai Batu Buruk dan seterusnya ke Kelantan untuk misi mencari Cek Mek Molek di Pantai Cinta Berahi.
Kereta 1 dan 3 bergerak meninggalkan Kuantan pada pukul 9.30 pagi melalui Lebuhraya Kuantan-Karak dan tiba di R&R Genting Sempah pada pukul 11.30 untuk makan tengah hari. Akhirnya kami tiba di Tiara Beach PD pada pukul 4.00 petang dan menginap dua apartment. Setiap apartment mempunyai 2 bilik tidur. Harga sebuah apartment boleh tinggal 3 hari di Awang Resort! Sepanjang petang kami bermandi manda hingga kecut-kecut dengan pelbagai jenis permainan seperti di Water City. Kalau keluarga kereta 1 ikut sudah tentu berendam sampai ke malam! Power! Haziq apa lagi main bola di ruang tamu yang seluas ruang tamu rumah ayah! Gedebam gedebum!
Malam - kami makan malam di sebuah restoran di pantai PD. Setelah itu kami ke pasar malam. Antara yang menarik ialah roti bungkus ayam atau sadin – satu ringgit saja. Tiara Beach Resort ini jaraknya 1 jam perjalanan (80 km) dari Melaka ikut jalan pantai.
Cerita Lawak :
1. Selepas sarapan di Mega View Kuantan ayah menghantar Abang Atit dan Atok ke perhentian bas untuk pulang ke Singapura. Bila tiba di perhentian bas, Atok tanya pasal passport. Rupanya tertinggal di hotel. Patah balik nasib baik cukup masa. Kalau tidak tertinggal bas!
2. Dari Kuantan ke Maran kami mengikut rombongan kereta menteri yang didahului oleh sebuah kereta polis. Kereta polis itu menghalau orang ke tepi dan lari macam pelesit, kami pun ikut di belakang, macam kereta menteri jugak le! Menteri Singapura kot! Menteri Singapura naik Toyota kot!
Misi Ketujuh
Resort Batang Pinang – Melaka
Selepas bersarapan roti canai kami menuju ke Melaka melalui jalan lama. Tujuannya untuk memperkenalkan Nur Batrisyah (anak kedua Nur Diana) dan Iskandar Shah (suami Nur Zetty) kepada ahli keluarga di Melaka; iaitu Nek Bibah, keluarga Abang Wahab dan Keluarga Mak Tua.
Sebelum itu pagi-pagi lagi – 7 pagi - Haziq mandi sorang-sorang bersama ayah. Kalau ada Juliana, Iman. Nadhirah, Era, Sufi dan Haatim pasti lebih meriah. Insya-Allah akan datang. Luas kolamnya seluas padang bola untuk dewasa dan setengah padang bola untuk kolam anak-anak serta terdapat air terjun setinggi 3 tingkat serta bebas menggunakan hot sauna.
Di Batang Pinang kami memetik buah jambu dan rambutan - pokoknya rendang dan rasanya manis-manis buah. Selepas memborong keropok, cincaluk, madu, dan (pelan-pelan cakap) belacan kami pun menuju ke selatan.
Hari ini 22.06.06 (khamis) kami berangkat pulang ke Singapura. Kami semua kereta 1 & 3 selamat tiba di resort kami di Punggol dan Tampines 8.15 malam. Alhamdullilah. Syukur pada Allah. Apa yang tinggal ialah jejak-jejak kami di pulau dan di pantai. Tetapi jejak-jejak akan hilang bila disapu air laut yang tinggal hanyalah seribu kenangan masam-masam manis.
Cerita Lawak :
1. Pagi ini Haziq buat lawak. Lawak no way. Minum milo dengan tisu ysng dicelup dalam cawan! Kalau dimarah dia jawab – No! No! No way!
2. Iskandar hilangkan tiket tol dan terpaksa membayar harga tol sebanyak RM$36.00 (harga penuh) dari KL ke Port Dickson. Tetapi kemudian jumpa balik dan kami ke pejabat tol di Johor. Cerita lawaknya kena tunggu satu bulan baru dapat balik duitnya walaupun ada resit dan tiket tol. Inilah lawak terakhir kami. Ha ha ha!
# Lawatan kali ini mencatat beberapa rekod :
1. Kami mengalu-alukan anggota baru iaitu Pak Atit, Iskandar dan Batrisyah
2. Nur Batrisyah anggota termuda – Berusia 1 bulan 21 hari
3. Kali pertama Iskandar dan Batrisyah bertemu keluarga di Melaka
4. Muhd Nur Haziq digigit nyamuk habis satu badan dan digigit arnab pulak tu!
# Untuk mengelakkan muntah kerana mabuk laut jangan makan makanan yang berlemak kerana ia akan masam bila kita bernafas angin laut yang bergaram. Sebaiknya jangan makan atau makan sop sahaja. Di laut jangan tengok air laut yang berkocak tapi pandang jauh ke depan.
# Untuk komboi lawatan kali ini kami beri 4 bintang kerana kegiatan mencandat sotong paling menyeronokkan serta kelancaran perjalanan. Komboi tidak dapat markah penuh 5 bintang kerana terdapat peserta-peserta yang 'terseksa' ketika mencandat sotong.
#Pakej 3 hari 2 malam di Pulau Kapas - SD$120.00 (termasuk makan, snorkeling dan resort)
# Pulau Kapas dapat namanya kerana pasir pantainya sehalus dan selembut kapas.
# Pulau Kapas dapat namanya kerana pasir pantainya sehalus dan selembut kapas.
Terima Kasih . . . Jauh Berjalan Luas Pandangan
2 Comments:
Looking for information and found it at this great site...
» » »
9:30 AM
Cool blog, interesting information... Keep it UP » »
5:30 PM
Post a Comment
<< Home