Tuesday, July 18, 2006

RahSia IKan & ASam


Kata orang kalau dah jodoh Ikan Di Laut Asam Di Darat Dalam Periuk Bertemu Juga. Peribahasa yang melambangkan betapa kalau dah ditakdirkan untuk bersama sesuatu yang mustahil pun pasti akan berlaku. Begitulah ungkapan Takkan Lari Gunung Dikejar. Tapi bagi yang kejar tak dapat seringkali hajat tak kesampaian kerana Hajat Di Hati Nak Peluk Gunung, Apa Daya Tangan Tak Sampai.

Peribahasa jenaka Hidung Tak Mancung, Gigi Pulak Yang Mancung, sebab itu peminangan ditolak mentah-mentah kerana tak ‘cute’ atau tak ‘hensem’. Sepatutnya Hidung Tak Mancung, Pipi Tersurung-Surung. Bercinta Bertepuk Sebelah Tangan. Giler habis! Bercintakan Geliga Di Mulut Naga sesuatu yang mustahil untuk dimiliki. Sebab itu janganlah bercinta dengan orang yang tidak sepadan seperti kata peribahasa Pipit Meminang Anak Enggang.

Pasangan yang ideal Seperti Gemi Berjodoh Dengan Ikan atau Setumbuk Bagai Gelang, Sejodoh Bagai Cincin, bermaksud paling sesuai paling cucuk, kata orang Bagai Pinang Dibelah Dua atau Berdiri Sama Tinggi Duduk Sama Rendah atau Cincin Dengan Permata. Semoga cinta dan kasih sayang itu kekal Seperti Labah-labah Cinta Kepada Telurnya / Sarangnya janganlah diamalkan Habis Manis Sepah Dibuang dan Jikalau Kasihkan Padi Buanglah Rumput! Peribahasa mudahnya Main Kayu Tiga. Selalunya masa bercinta Hitam Mata Itu Takkan Boleh Bercerai Dengan Putihnya. Tetapi setelah hidup bersama pudarlah cinta Bagai Embun Di Hujung Rumput.

Selalunya tekaan atau sangkaan kita tentang jodoh kita atau seseorang salah kerana jodoh itu di tangan Allah. Lain Diniat Lain Ditakdir, Lain Diacah Lain Yang Jadi. RAHSIA!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home