Saturday, September 30, 2006

KuIz RaMaDhan 2006


01 Orang yang PERTAMA bermimpi agar azan dan iqamah diperdengarkan untuk mengumpul orang bersembahyang ialah __________ pada tahun pertama hijrah di Madinah
[01] ABDULLAH BIN ZAID
[02] BILAL BIN RABAH

02 Masjid __________ merupakan bangunan yang PERTAMA kali didirikan ketika Nabi Muhammad saw. berhijrah dari Mekah ke Madinah. Masjid ini terletak sekira 5 km dari Masjid Nabawi.
[01] QUBA
[02] QABLATAIN

03 Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan PERTAMA yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama __________ . Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?
[01] MASYITA
[02] MUTIAH

04 Perang __________ adalah medan perang PERTAMA di mana 313 penganut Islam menghadapi tentangan seribu tentera yang cukup kelengkapan yang berakhir dengan kemenangan di pihak Islam.
[01] KHANDAQ
[02] BADAR

05 Khalifah Aziz Billah telah menubuhkan universiti Islam PERTAMA di dunia iaitu Universiti __________ yang siap pembinaannya pada 22 Jun 972 Masihi bersamaan 7 Ramadhan 361 Hijrah
[01] CORDOBA
[02] AL-AZHAR

06 Beliau adalah pengembara Islam di benua Asia dan Afrika yang PERTAMA dan menghasilkan buku berdasarkan pengalamanan sendiri selama 24 tahun sejauh 120.000 km
[01] IBNU BATTUTA (MOROCCO)
[02] LAKSAMANA CHENG HO (ZHENG HE) CHINA

07 Madrasah __________ adalah madrasah PERTAMA dibina di Singapura pada tahun 1912 oleh seorang hartawan Arab bernama Syed Mohamed.
[01] MAARIF AL ISLAMIAH
[02] ALSAGOFF AL ARABIYAH

08 MUIS kali PERTAMA memperkenalkan program sijil halal di Singapura pada tahun __________.
[01] 1978
[02] 1980

09 Di dalam Kalendar Islam, __________ merupakan bulan PERTAMA.
[01] MUHARRAM
[02] SYAWAL

10 Ketika manusia dihisab pada hari kiamat, maka yang PERTAMA kali diperiksa adalah __________nya. Apabila ia menunaikan ibadat fardhu dengan sempurna maka hal itu sangat baik baginya, tetapi bila ada kekurangan maka dicarilah amalan sunat dan nafilahnya untuk menutup kekurangan-kekurangan tersebut. Dengan demikian, amalan sunat ini mempunyai fungsi yang sangat penting demi melengkapi kekurangan dalam ibadat fardhu yang mempunyai nilai tersendiri.
[01] PUASA
[02] SOLAT

JAWAPAN YANG TEPAT AKAN DIBERIKAN CENDERAHATI. JAWAPAN BERKAITAN DENGAN KEISLAMAN & EMELKAN JAWAPAN
TARIKH TERAKHIR 6 OKTOBER 06
SELAMAT MENCUBA

Thursday, September 28, 2006

NinDaKu WakSah


Khamis 28 September 2006
5 Ramadan 1427

I

Malam Jumaat
Malam Ke 6 Ramadhan
Malam ini kau dijemput kembali ke rahmatullah
Malam penuh barakah

NINDAKU
Masih segar dalam ingatanku
Setiap raya kau menghulur wang raya dengan tawa riamu
. . . tika kumencium tanganmu
Setiap kali kita bersua
Aku selalu mendakap dan mengurauimu . . .
Aku benar-benar tersentuh namaku masih kau ingat . . .

Aku insan lemah yang tidak dapat membalas
. . . segala kebahagiaan dan kegembiraan yang dikau berikan
Aku insan lemah yang tidak dapat bersamamu selalu
. . . tapi tawa riamu telah lama terpahat di sanubariku

Hanya doa doa dan doa
Kupanjatkan ke hadrat Illahi
Ya Allah yang Maha Pengampun dan yang Maha Penyayang
Bahawa lidah NINDAKU tidak pernah lepas mengucap namaMU
Bahawa NINDAKU layak ditempatkan di kalangan mereka yang beriman
Moga pusara NINDAKU antara taman-taman di syurga

NINDAKU
Kau kembali setelah menyempurnakan amanah Illahi
Kami yang dikau tinggalkan redha dengan kepergianmu

II

Di kedinginan malam
Kita hanya berdua sepanjang malam
Mengisi masa-masa bersama

Dikau terbaring dengan kakimu menghadap kiblat
Dan aku menemanimu dengan sujud kepada Illahi

NINDAKU
Lidahmu akan menyaksikan keEsaan Allah
Muhammad saw rasul Allah
Dan bibirmu basah menyebut kalimah Allah

III

Setelah dimandikan dikapankan dan disembahyangkan
Aku turut mengusung jenazahmu ke pusara persemadianmu
Blok 429 Lot 939

Tika kakiku melangkah pergi
Tak dapatku membendung sebak di dada
Bila kutoleh untuk kali terakhir
Air mataku mengalir mengiringi perpisahan kita

NINDAKU
Ramadhan ini
Ramadhan terakhir buatmu
Innallilahi wainnailaihi rajiun

Tuesday, September 26, 2006

KuiZ RaMaDhan

Kuiz RaMaDhan
Uji Pengetahuan Anda Tentang RaMaDhan
Nantikan Pada Malam Jumaat Ini
Hadiah Misteri Untuk Pemenang Kuiz RaMaDhan
Penyampaian Hadiah Pada 7 Oktober 2006
Sempena Majlis Iftar di Blk 313

TahNiAh HaDy MirZa


Sunday, September 24, 2006

FaDhiLat SoLat TeRaWih 1


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat TERAWIH pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah (Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Saturday, September 23, 2006

DesTiNaSi BaHaSa


Anda sudah mengenali dan pernah bermain MONOPOLY
ataupun SNAKE & LADDER
TAPI tak lama lagi anda akan dapat bermain DESTINASI BAHASA
Permainan BOARD GAME yang terbaru di pasaran
KREATIF, MENCABAR & MENGHIBURKAN
Ciptaan Permainan Terkini
Yang Menggabungkan Kemahiran Bahasa dan Aktiviti Melancong
MENJANA KEMAHIRAN BERFIKIR
Sesuai Untuk Pembelajaran Bahasa Di Sekolah
dan
Seisi Keluarga
INSYA ALLAH pelancaran RASMInya pada JANUARI 2007

Monday, September 18, 2006

SeLaMat BerPuASa



Bedah : pakai rantai dengan gelang . . . puasa akan menjelang
Seman : pagi hari makan pengat . . . ngapa cepat sangat

Bedah : makan durian perut senak . . . raya hendak puasa tak nak
Seman : lampu pelita tukar eletrik . . . nak puasa tapi gastrik

Bedah : makan kentang waktu siang . . . kenapa petang ketawa riang
Seman : jangan bermain waktu senja . . . penuh hidangan atas meja

Seman : ponteng sekolah hari selasa . . . macam mana utang puasa
Bedah : kentuk besar awang kenit . . . dah clear last minit

Bedah : pak lebai o pak lebai . . . ok semua babai
Seman : hari-hari makan mempelam. . . wassalam

Saturday, September 16, 2006

MaKan TuLAnG


Jika JALAN KAYU terkenal dengan ROTI PRATAnya SIGLAP tersuhur dengan LAKSAnya. Sementara di CHANGI VILLAGE para pelanggan sanggup beratur panjang untuk sepinggan NASI LEMAK. MEE REBUS di QUEEN, NASI AYAM di REX dan ROJAK KELING di GEYLANG SERAI pernah menjadi bualan ramai. Kini ROTI JOHN di SIMPANG BEDOK mendapat anugerah DAUN PISANG!

Tetapi hidangan EKSOTIK yang unik ialah MAKAN TULANG di BEACH ROAD! Hidangan TULANGnya POWER! Sumsum yang terdapat di dalam TULANG menjadi cabaran untuk mengeluarkannya, sama ada menyedutnya atau mengetuknya berkali-kali. Rasa sumsumnya yang lembut itu WOW! Dan rasa kuahnya WOW! Dan jejari pasti merah WOW! Untuk itu kami ingin memberinya 5 BINTANG, tapi . . .

Cuba perhatikan WAITER-WAITERnya, dengan kain gombang, rambut tak terurus dan peluh yang membasahi tubuh tidak ada siapapun yang memperdulikannya TERUTAMA gerai yang memaparkan pelbagai anugerah. Jika di restauran dan di pusat-pusat makanan lain pegerainya mempunyai etika berpakaian yang mesti dipatuhi tapi di sini ia tidak diperdulikan! Dan keadaan persekitarannya yang COMOT perlu dipertingkatkan. Untuk itu kami menganugerahkannya 3.5 BINTANG.

Thursday, September 07, 2006

NisFu Sya'Ban 7 Sept 06


1. Bulan di mana amalan diangkat kepada Allah swt.
2. Pertengahan Sya'ban : keAMPUNan dan keREDHAan.

Ulama mencadangkan agar dibacakan Surah Yassin 3 kali :
Bacaan Pertama diniatkan panjang umur untuk beribadat
Bacaan Kedua untuk ditetapkan iman dan keselamatan diri
Bacaan Ketiga agar dikurnia rezeki yang berkecukupan dan halal
Bacaan Doa dibacakan selepas setiap bacaan Surah Yassin

4. SUJUD dan DOA pada malam Nisfu Sya'ban :
"Telah sujud kepadamu kegelapan malam dan diriku ini, telah beriman kepadamu sanubariku, aku mengakui akan nikmat-nikmat yang telah engkau kurniakan, aku mengakui dosa-dosaku kepadamu, aku telah menzalimi diriku sendiri (dengan melakukan maksiat) maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa melainkan engkau, aku berlindung dengan keampunanmu dari azabmu dan aku berlindung dengan keredhaanmu dari kemurkaanmu dan aku berlindung denganmu sahaja, tiada upaya aku menghitung pujian untukmu, engkau adalah seperti mana engkau memuji dirimu sendiri."

Rasulullah bersabda : Pelajarilah dan ajarilah ia (doa itu) kerana sesungguhnya Jibrail telah memerintahkanku supaya menyebutnya dalam sujudku.

5. Sabda Rasulullah : Di malam ini dituliskan nama setiap bayi yang akan dilahirkan dan orang yang akan mati sepanjang tahun ini. Pada malam ini diturunkan rezeki-rezeki mereka dan pada malam ini diangkat amalan-amalan dan perbuatan-perbuatan hamba-hamba.

# Dipetik dari 'Kelebihan bulan dan hari' oleh Abu Khairy al-Latifi

Wednesday, September 06, 2006

BerUsiA 4 BuLan


1 Kini saya boleh memusing kepala ke semua arah
2 Saya suka seseorang tapi takut pada mereka yang lain
3 Saya akan meluruskan dan menegangkan kaki ketika berbaring
4 Saya terpesona dengan tangan saya
5 Saya akan membongkokkan tubuh untuk mencapai kaki saya
6 Jaga-jaga saya akan memasukkan apa saja ke mulut saya
7 Bila meniarap sering tangan saya tertindih di bawah perut saya
8 Saya suka duduk lebih kurang 15 minit jika ada sesiapa yang membantu
9 Saya lebih suka duduk daripada baring terlentang – kerana ia lebih cool
10 Saya ghairah untuk bermain apa saja permainan
11 Tapi saya akan menangis bila kamu berhenti bermain dengan saya!
12 Dan saya akan menepuk dan menendang ketika mandi.

Tuesday, September 05, 2006

PemBuRu BuAYa


Aksi Lakonannya Nekad dan Menghiburkan
Terlepas Daripada DiBAHAM Buaya
Terselamat Daripada PATUKAN Ular Berbisa
Akhir Nyawanya DiSENGAT si Ikan Pari

Friday, September 01, 2006

SeLaMat HaRi GuRu


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara
Jika hari ini seorang Ulama mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Seniman dipuja
Jika hari ini seorang Pahlawan dianugerahi pingat keberanian
Jika hari ini siapa saja menjadi Dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang GURU BIASA
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca
Selamat HARI GURU