Monday, November 20, 2006

MeMoRi LanGKaWi 91


Lawatan Ke LANGKAWI Yang Dianjurkan Oleh Sebuah Syarikat Pelancongan Tempatan Mendapat Sambutan Yang Hangat. Terdapat 5 Buah Bas Bertolak Dari Eunos MRT Pada Pukul 9.00 Malam Menuju Ke Langkawi. Bermalam Dalam Bas.

Tiba Di Kuala Perlis Pada Pukul 9.00 Pagi Lalu Menaiki Feri Menuju Ke LANGKAWI. Oleh Kerana 200 Peserta Yang Turut Serta, Kami Menginap Di Beberapa Resort Yang Berlainan Tapi Berdekatan Untuk Makan Dan Aktiviti Bersama.

15 Tahun Yang Lalu (1991) Lawatan Lebih Tertumpu Kepada Sejarah LANGKAWI Seperti Beras Terbakar, Air Hangat dan Makam Mahsuri. Kini Tempat-Tempat Lawatan Bertaraf Antarabangsa Seperti Kereta Kabel, Underwater World, Pertunjukan Haiwan Dan Sebagainya.

Pada Malam Terakhir Cg Bersama Teman-Teman Menganjurkan Aktiviti Untuk Para Peserta Setelah Memujuk Pihak Travel Agensi Menaja Hadiah Untuk Para Pemenang.

Insya Allah Lawatan Pada 8 – 10 Disember Bersama 6 Keluarga Seramai 25 Orang Selain Dapat Mengeratkan Hubungan Ahli Keluarga Dapat Kita Meninjau Pembangunan LANGKAWI Yang Kini Terkenal Dengan LE TOUR DE LANGKAWI Dan LIMA LANGKAWI Di Peringkat Antarabangsa.

Insya Allah Nantikan Laporan Harian CUTI-CUTI MALAYSIA 3 dari 7 Hingga 12 Disember. Di mana Lagi Kalau Tidak Di TamanBahasa. Blog Pilihan Peminat TamanBahasa

0 Comments:

Post a Comment

<< Home