NaMaSte 2
17 DEC 2006
Selepas sarapan kami berangkat ke SrinaGar (KasHmir) IC 821 pada pukul 12.10 tengahari.
Kami tiba di Jammu 01.10 pm berhenti sebentar untuk ambil penumpang ke SrinaGar. Sebenarnya ada ceita lucu yang terjadi. Ceritanya di bawah.
01.50 kami berangkat ke SrinaGar dan tiba 02.20 di lapangan terbang SrinaGar disambut dengan bayu yang sungguh menggigilkan.
Pemandangan dari kapalterbang adalah panorama puncak pergunungan yang putih diselaputi salji sejauh mata memandang dan kelihatan Tasik Dal yang membiru.
Serinagar yang ketinggiannya 5200 kaki dari paras laut terletak di kaki BanjaRan HiMalaya.
Di Sini kami bermalam di Deluxe HouseBoat dan menggunakan GonDola seperti di ViNece sebagai pengangkutan untuk bergerak di Tasik Dal (macam Tasik Cini atau Tasik Kenyir) cuma bezanya tasik itu dipenuhi dengan RumahBot.
Selepas makan tengah hari pada pukul 3.00 petang kami menaiki shiQara (bot) melawati beberapa kilang kraf tangan. Keluasan Tasik Dal meliputi 24 kilometer persegi.
Mengikut cerita lagenda suatu masa tasik itu paras airnya tinggi dan dihuni oleh angsa-angsa. Seorang alim telah membuat perjanjian dengan angsa-angsa tersebut bahawa jika ia dapat menurunkan paras air itu angsa-angsa itu perlu meninggalkan Tasik Dal agar manusia dapat tingal di tasik tersebut. Cerita selanjutnya di bawah.
Semasa menaiki GonDola kami diserbu & dihimpit dua tiga GonDola bersilih ganti oleh penjual-penjual yang berGonDola. Menjual barang kemas, pakaian, kraf tangan termasuk gambar & poskad.
Penjual-penjual itu semuanya kata no problem kalau tak mahu beli tak apa tetapi macam memaksa saja. Mereka keluarkan dan lambakkan di depan kita! See Only! No Problem! Kini kami bersembunyi di dalam bilik (07.00 malam) kerana di ruang tamu ada penjual barang kemas! Hehehe! Cabut!
Selamat Malam!
# Angsa-angsa itu bersetuju kerana masakan orang alim itu dapat menurunkan air tasik yang tinggi itu. Dipendekan cerita orang alim itu membina sebuah lubung di kaki gunung agar air tasik itu dapat mengalir dan berjaya menurunkan paras air. Oleh kerana itu angsa-angsa terpaksa meninggalkan tasik dan Tasik Dal menjadi penempatan manusia hingga ke hari ini. Alkisahnya!
#Ketika di Jammu kami bersiap untuk turun dan mula beratur kerana sangka sudah sampai. Sebahagian mula turun sebahagian penumpang masih di tempat duduk. Bila ditanya rupanya SrinaGar di depan lagi. Nasib baik tak turun kalau tidak alamat sesatlah kami!
# Penerbangan pulang 12.00 tengah malam waktu DelHi (SaBtu) dan TIBA di SinGapura pukul 8.00 pagi pesawat IC 859 – 24 Dec 2006 Hari MinGGu.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home