Tuesday, January 30, 2007

AseAn CUp 2007


Suasana ASEAN CHAMPIONSHIP 2007 mengingatkan kembali kenangan 30 tahun yang lalu ketika Singapura masuk final bertemu Pulau Pinang Di Stadium Merdeka untuk merebut MALAYSIA CUP 1977. Kami telah bersama-sama ribuan penyokong Singapura memenuhi Stadium Merdeka di KL.

Ketika di stadium tiba-tiba kami berada dikelilingi oleh ribuan penyokong Pulau Pinang. Kami terpaksa berhati-hati menjerit. Sedangkan para penyokong Singapura berkampung di grandstand, kami yang menaiki keretapi membeli tiket di kaunter terpaksa berpisah daripada para penyokong Singapura.

Di akhir pertandingan kapten Singapura Dollah Kassim menjulang PIALA MALAYSIA dengan mengalahkan Pulau Pinang 3 - 2 selepas extra-time. Mungkin sejarah 30 tahun itu akan berulang dengan Singapura mengalahkan Thailand juga 3 - 2 !

Friday, January 26, 2007

ReNunGan PaGi JuMaat


Tak lama dulu adalah seseorang yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu gerai yang menjual ketam.

Pembeli : Cik! Itu ketam ada jual ka?
Penjual : Ada...ada...awak mau ketam Cina ka ketam Melayu?
Pembeli : Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka? Cuba awak tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?
Penjual : Itu sana dalam bekas ada tutup...ketam Cina.......sana dalam bekas tak ada tutup...ketam Melayu la....

Pembeli : Apa pasal ketam Cina awak kasi tutup..ketam Melayu awak tak kasi tutup?
Penjual : Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar...yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Pembeli : Ketam Melayu tak itu macam ka?
Penjual : Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi...jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar...yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Agak-agaknya kita ni dari kategori ketam yang mana satu?

Sunday, January 21, 2007

3 DalAm 1


TiGa PuteRi MenyamBut Hari LaHir
PaDa 21 Jan - Yan Ayangz
PaDa 26 Jan - Etty SkaZeisk
PaDa 26 - Gurl-Gurl Ayangz

SelaMat MenyamBut HaRi LaHir
SemoGa Allah MemBerikan
KeBaikan Di DuNia Dan KeBaikan Di AkhiRat

Friday, January 19, 2007

Maal HijRah 2007


A : Betul ke awak nak berhijrah?

B : Ya sana nak berhijrah ke Australia.
C : Ya saya pula nak berhijrah ke Timur Tengah, mengikut sunnah Nabi Muhammad saw.

B : Awak tanya ini, awak nak berhijrah ke mana?
C : Ke Malaysia?

A : Saya? Saya nak berhijrah dari dunia yang penuh noda dan dosa. Bertaubat. Tak nak lagi buat benda tak baik. Tak nak lagi tinggal solat. Tak nak lagi melawan perintah Yang Maha Esa.

Umur semakin meningkat. Dunia dah semakin ke penghujung. Wabak demam burung, Tsunami adalah antara petanda kiamat kecil. Saya benar-benar hendak berhijrah jadi insan yang mulia, meninggalkan maksiat dan dosa.

B : Tapi hijrah awak perlu pengorbanan dan iltizam sungguh-sungguh bukan setakat meniti di bibir. Awak mesti mulakan langkah.
A : Benar. Kalau tidak, tahun hadapan, kita akan mendengar senandung yang sama.
C : Apa-apapun saya ucapkan Salam Maal Hijrah. Semoga awak berjaya dunia dan akhirat.

Tuesday, January 16, 2007

TaMat LatiHan

Wednesday, January 10, 2007

RaYa KorBan 2006

Saturday, January 06, 2007

ROCK KAPAK

Thursday, January 04, 2007

UCapan TeRima KaSih


TamanBahasa MeRaikan Tahun Baru Dengan MeRakamkan Ucapan TERIMA KASIH Tidak TerhinGGa Kepada PaRa PenGundi Yang Memilih TamanBahasa SeBagai Antara Yang MeMenangi AnuGerah Yang DitaWarkan.

AnuGerah Emas KateGori Puisi : Puisi Gerimis PaGi – 26 April 2006
AnuGerah Perak KateGori Video : Bapa BoRek Anak Rintik – 26 May 2006
AnuGerah Emas KateGori Aktiviti : MenCanDat Sotong – 21 June 2006

SebaGai PelunGsur Setia Yang Melayari Blog Maya TamanBahasa, Kami Berjanji Akan MemBerikan Yang Terbaik Untuk AnDa, AGar Masa AnDa Melayari BloG TamanBahasa Bukanlah Sesuatu YanG Sia-Sia Tetapi Penuh Dengan InfoRmasi Sambil BerSantai.

PengAnuGerahan BloG 2006 Yang Masuk Tahun KeDua SeCara Tak LanGsung Telah Meningkatkan Kualiti Dan KepelBaGaian Bahan Yang Dipaparkan Untuk Tatapan Dan InfoRmasi Para Pelungsur Yang Melayari BloG-BloG Maya TerSebut. SyaBas!

SeSunGGunya Kita Akan Meraih PelBagai InfoRmasi Dengan MemBaca. Sebab Itu Ayat Yang Pertama Turun Ke Dunia Ialah IQRA’. Menyuruh Kita MemBaca. BloG Adalah Lelaman Maya KehiDupan Terkini Yang MengaDunkan PelbaGai Media Yang Berkesan Untuk MemBerikan Kepuasan Kepada Para PelunGsur Yang Melunsurinya SamBil MenamBahkan Asam GaRam KehiDupan.

SelaMat MelayaRi Tahun 2007 Dengan Terus MelungsuRi BloG TamanBahasa.

Wednesday, January 03, 2007

HaRi PertaMa PerSekolahan 2007


Hari Ini Bermula Tahun Baru Dengan Tugas Baru Seagai Seorang Pendidik Yang Dikenali Sebagai ADJUNCT TEACHER Di Sebuah Sekolah Di Kejiranan SENGKANG EAST Dengan Jarak Perjalanan Lebih Kurang 20 Minit Memandu.

Memang Agak Perit Sedikit Untuk Memulakan Sesuatu Yang Baru Dan Telah Lama DiTinggalkan. Namun Kerana Tugas Dan Amanah Insya Allah Tugas Dan Amanah Itu Akan Dilakukan Sebaik Mungkin.

SebaGai Pemain Bola Profesional Yang BerpinDah Randah, KeSetiaan Bukanlah Matlamat Utama. BeCkham, RonalDo, Owen, Dan Mereka Yang Sering Berpindah Kelab, Kepentingan GanjaRan Material Adalah Matlamat Utama Perpindahan Mereka.

SebaGai Adjunct Teacher Atau Relief Teacher (Guru BeBas) Yang Sering Berpindah Sekolah, Kami Juga MenghaDapi Dilema Antara Amanah Dan GanjaRan Material. Adakah GanjaRan Yang TinGGi Dan Keselesaan BertuGas Menjadi Ukur Tara Pemilihan Sesebuah Sekolah? Atau Adakah Amanah PenDiDikan Yang DiUtamakan?

LanGkah Pertama Pada Hari Pertama Akan Menentukan Arah Tujuan. Melihat Wajah-Wajah Anak-Anak Didik Waktu Pagi Yang Muram, Yang SeDih, Yang GemBira, Yang TerSenyum, Yang TerKebil-Kebil, Yang Masih Dalam Mimpi Adalah Warna-Warna KehiDupan SeOrang Pelajar Sekolah.

KehiDupan Ini Adalah Satu PerkonGsian. Kita BerkonGi KeseDihan Dan KeCeriaan Serta Ilmu PenGetahuan. KehiDupan Ini Lebih Bermakna Jika PerkonGian Itu MemBerikan FaeDah Pada SeSeorang. Ilmu PenGetahuan Dan PenGalaman HiDup Adalah PerKonGsian Yang TiDak Ternilai HarGanya. Atas Dasar Itu Marilah Kita BerKonGsi Ilmu & PenGalaman.

Hari Ini Bermula Dengan . . . BISMILLAH !