AseAn CUp 2007
Suasana ASEAN CHAMPIONSHIP 2007 mengingatkan kembali kenangan 30 tahun yang lalu ketika Singapura masuk final bertemu Pulau Pinang Di Stadium Merdeka untuk merebut MALAYSIA CUP 1977. Kami telah bersama-sama ribuan penyokong Singapura memenuhi Stadium Merdeka di KL.
Ketika di stadium tiba-tiba kami berada dikelilingi oleh ribuan penyokong Pulau Pinang. Kami terpaksa berhati-hati menjerit. Sedangkan para penyokong Singapura berkampung di grandstand, kami yang menaiki keretapi membeli tiket di kaunter terpaksa berpisah daripada para penyokong Singapura.
Di akhir pertandingan kapten Singapura Dollah Kassim menjulang PIALA MALAYSIA dengan mengalahkan Pulau Pinang 3 - 2 selepas extra-time. Mungkin sejarah 30 tahun itu akan berulang dengan Singapura mengalahkan Thailand juga 3 - 2 !
0 Comments:
Post a Comment
<< Home